DRAMA KHAS diRADIO

Skrip:

i. Sepasang suami isteri  dibilek tidur

ii. Siisteri tidak dapat melelapkan mata (fikiran berceramok)

iii.Sisuami mengantuk gile  tapi  ta` boleh  lena sebab lampu terang

Dailog:

SUAMI:   Tidurlah  Teh  (Puteh Mariam)  ooi..  dah  3  pagi ni, besok kita nak mengundi

ISTERI:  Ta` mahu lena Bang  Cik (Awang  Kecik) ooi..  susah hati memikirknn perkara-perkara mendatang ni

SUAMI:  Sudah!  tutup lampu tu….  tidur!     Tentang  benda-benda yang nak datang  kita  fikir lain masa.    Besok MENGUNDI  itu yang paling penting

ISTERI: Yang saya peningkan ni  bersangkutpaut dengan Undilah Bang Cik ooi…

SUAMI:  Sementelah Abangpun ta` dapat nak tidur,  Teh ceritakan kat abang ni  apa dia yang berat sangat tu

ISTERI:  Banyak perkara sebenarnya

SUAMI:  Ta` kisah  Teh,   huraikan  satu persatu

ISTERI:  Baik,  yang pertama  Laptop Percuma – anak kita  ta` akan dapat kerana dia sekolah menengah.  Mahu ta` mahu kita kena beli untuk dia supaya tidak ketinggalan zaman

ISTERI:  Yang kedua  berbillion-billion turun ketempat kita ni  abang ta` takut  ke  rumah kita dipecah penjenayah  kerana  mereka ingat kitapun dapat berjuta juga?  Dan selepas p/raya ni  selesai  macamana keselamatan kita tanpa 6000 tu.  Mereka  tentu dah rindu dengan anak isteri.

SUAMI:  Teh…Teh…   Percayalah kat abang ni.  Perkara-perkara itu semua  ta`  akan ada.  Itukan janji-janji politik.    Kalau kerajaan ta`  mampu nak umum itu semua nanti  penyokong-penyokong kita  perlekeh pulak.    Semua tu  ta` ada  Teh  ooi . Buat kata orang Penang “gempaq saja”.    Teh tengok saja  janji-janji semasa diPermatang Pauh – JANJI TINGGAL JANJI.

ISTERI:   Kalau macamtu  O.K. lah  barulah Teh faham.  Tapi!!!  Ada satu lagi yang Teh  ta` berapa nak faham.

SUAMI:  Pulak dah,  ta` boleh tidur lagi lah ni.  Apa dia???

ISTERI:  Ni lah Bang Cik ooi…. pasal  struktur cukai.  Tiap-tiap tahun dalam perbentangan bajet – Cukai Rokok mesti naik.  Alasannya  supaya  rakyat berhenti tabiat buruk tu.    Kerajaan ta` tahu ke  yang hisap rokok ni  adalah  para nelayan  dan pengubah lagu macam Abang.    Sedangkan  rokok  masih dijual.    Kemudian  ada  ketetapan pulak  tidak boleh beli sebatang  sebatang.   Kena beli  sekotak besar  sebab  kotak  untuk 6 batang  telah tidak dibenarkan.

SUAMI:  Betul lah  cakap isteri abang ni.   Abangpun baru sedar, dulu semasa abang mula-mula hisap rokok peter harganya  ta` sampai RM3.   Sekarang  RM9.    Banyak betul  bajet rumahtangga pergi kesitu.   Sempena  dengan kesedaran ini  abang nak buat satu  ketetapan.   Walaupun Undi itu rahsia abang nak beritahu Teh  kali ini  abang akan berubah.  Abang nak ikut pandangan  “blogger” yang mengatakan  orang-orang dibandaraya lain seperti KL  dan Ipoh sudahpun berubah.

ISTERI:  Teh bersetuju benar dengan pendirian Abang ni.  Besok pagi diPusat Mengundi kita mulakan perubahan yang hakiki.

SELESAI

Nota:  watak dalam drama adalah rekaan semata – tidak ada kena mengena dengan yang telah tiada dan yang masih hidup.

One Response to DRAMA KHAS diRADIO

  1. Lee Chin says:

    ….janji palsu, kelepet, belit dan tipu sangat senonim dgn Untuk Melayu Nothing..ibarat cagu dengan kuku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: