BILAKAH KITA BOLEH MENJADI PEMIMPIN

December 31, 2009

Life begins at Forty bagi  sesetengah  orang  ia  bermaksud  bermulanya  kedewasaan.  Bagi  sesetengah  yang  lain   pula  ia  bermaksud  segala  perangai   buruk  ( negatif)  yang     ada   hendaklah  ditinggalkan  menjelang  usia  yang  keempat  pulohan.

Bagi  Pelajar  Cemerlang  Nor  Amalina  dan  Mathematician  Adi  Putra  perkara  ini  tidak  patut  ada.   Mereka  kecewa  melihat   orang-orang  dewasa  asyik  membuang  masa.   Daripada  sekecil-kecil   bermain  Dam  Haji digerai-gerai  hinggalah   berjaga  hingga  kepagi  menonton  English  Premier  League.   Jika  benarlah  pada  usia   empat pulohan  baru  hendak  dimulakan  satu-satu  pembaharuan  sempatkah  kita  menjadi  pandai  bila  sampai  umur   wajib   bersara  iaitu  diakhir  lima  pulohan?  Jadinya  falsafah  kolot  “life begins at 40”  hendaklah  dikikis  dari  minda.   Akibatnya   walaupun  telah  mencapai  usia  yang  begitu  matang  tetapi  masih  tidak   mampu   membezakan  diantara  Mesyuarat  dengan  Berbincang  dalam  kelompok.   Masih  tidak  dapat  sesuaikan  diri  apabila  aspek-aspek  disiplin  ditekankan.

Beberapa  hari  lagi  akan  bermulalah  tahun  baru  2010.    Apa  kata  mulai  tahun  2010  ini  kita   terus   sahaja  melakukan  yang  terbaik  untuk   diri,  masyarakat    serta    negara    dan   tidak  lagi    sekadar    membaharui   Azam.    Jika  kita  tidak  serious  dengan   amanah  yang  Tuhan  kurniakan  ini  sampai  bilapun  kita  tidak  akan  kemana-mana  jauh  sekali  untuk  menjadi  Pemimpin.


1 : 12 > 52 > 365 = SATU TAHUN

December 14, 2009

Tajuk   berbentuk   formula  ini   bertujuan  menceritakan      betapa   singkatnya   masa.    Mesej  yang  ingin  disampaikan  tidak  lebih  dari  memperingatkan  betapa  pantasnya    kita   melupakan   sesuatu   mala   petaka   yang  pernah  menimpa.    Tahun  2009  hanya  tinggal   beberapa  hari  saja  lagi.     Kerajaan  yang  hilang  hanya  ditangisi  buat  beberapa  bulan  sahaja.  Kini  semuanya  sudah  senyap  sepi   seolah-olah   sudah  tidak    mempunyai   daya    mempertahankan  hak.      Keputusan  sama  ada   Dato  Sri  Nizar  Menteri  Besar  yang  sah  bagi  Negeri  Perak   atau  tidak   masih  tergantung.    Hal  inipun  hanya   terdapat   seorang  dua  Blogger  sahaja   yang   meluahkan   kekecewaan.   Orang-orang  politik  nampaknya  sudah  kehabisan  steam.

Setiap  kali  diakhir  tahun  berkumandanglah  perkataan  KPI.   Sama  ada  KPI  seseorang  itu  mencapai  tahapnya  terpulanglah  kepada  pihak-pihak  yang  menilai.   Seperti  biasa   setiap  orang  sentiasa  mempunyai  ruang  untuk  memperbaiki   kelemahan.    Jika  sekiranya  KPI  seseorang  itu  tidak  memuaskan  pada  tahun  ini  ianya  boleh  diperbaiki  ditahun  hadapan  dan   ditahun-tahun   seterusnya  jika  masih  tidak   berdaya  maju.

Tidak  bagi  Petani  dan  Peladang.   Mereka   sentiasa   mengharapkan   Pak-Pak  Menteri   dan  penjawat-penjawat   awam  dapat  mencapai  KPI  yang  cemerlang   kerana  secara  tidak  langsung   tahap  KPI   tersebutlah   yang  menentukan   kejayaan  usaha  mereka.   Segala   produk  yang  mereka  keluarkan  akan  hanya  boleh  mendatangkan  hasil   melalui  kecekapan  dan  prihatin   pihak  Kerajaan.     Secara  jelas  para  petani  dan  lain-lain   yang   bekerja  sendirilah Tuan dalam  negara  ini.    Mereka  tidak  akan  memberontak  jika  dipinggirkan  dan  mereka  juga  tidak  akan  melakukan  sesuatu  yang  tidak  baik  kepada  kesejahteraan  negara  tercinta  ini.  Mereka   pasti  akan   zahirkan  kekecewaan  didalam  Peti  Undi  yang   menjelma  lima  tahun  sekali.  Itu  KPI  dan  NKRA   yang  mereka  ada.

Faktor masa memainkan  peranan  penting  bagi  satu-satu  kejayaan.   Kita   perlu  berubah  kepada   cara  berfikir   yang  positif.   Walaupun  kita  mempunyai  365  hari  dalam   satu  tahun,   ianya  menjadi   kurang  apabila  dibahagi  kepada  minggu.   Ia  menjadi   lebih   berkurangan  lagi  apabila   dibahagi  kepada  bulan.     Jika  tempoh    setahun  ini   telah  meninggalkan  kita  sebelumnya   tercapai  cita-cita   maka  tidak   akan  ada   pilihan  lain  melainkan   melafaskan   satu   lagi   Azam  Baru. Akhir  sekali        Selamat  Menyambut  Kehadiran Tahun  Baru Tahun  2010.


TAHUN LEMBU : Apa yang terkumpul dalam setor

January 28, 2009

Bagi  memperjelas  tajuk  diatas  suka  saya  terjemahkan  dalam  bahasa Inggeris  iaitu  “Year of the ox :  what we have in store.

Kita  sering  mendengar   haiwan  –  haiwan   yang   setia  ialah  Anjing  dan  Kuda.    Anjing  terkenal  begitu  taat  menjaga   hakmilek   tuannya.   Manakala  Kuda  pula   bersedia   membawa  tuannya  pergi  sejauh-jauh  perjalanan  bertujuan  menyelamat  daripada  mara-bahaya.

Lembu  mengatasi   haiwan-haiwan  lain.   Untuk  membantu   tuannya   berjimat  dengan  pengunaan  bahan  bakar  disamping   menghindar  pencemaran  alam sekitar Lembulah  satu-satunya  haiwan  yang  bersedia  menjadi  kereta (kereta lembu) .  Satu  lagi  khidmat masyarakat  yang  lembu  lakukan   ialah  komitmennya  menjadi  “Haiwan Korban”  semasa  umat  Islam  menyambut  Aidil Azhar.

Sungguh  hebat  peranan  lembu   dalam   kehidupan  manusia.   Tetapi  mengapa  apabila   manusia  mengalami  masaalah   lembu  pula yang  menjadi  mangsa  dan sasaran.    Jikalau  manusia  itu  bodoh   dan  ta`  mampu  berfikir  dan  tidak  berdaya  membuat  keputusan  dengan  baik  dia  akan  dikatakan  “Bodoh  macam  lembu  atau  otak  lembu”.  Dan  sekiranya  pula   ada  manusia   yang    telah  diperdaya  dia  akan  dikenali  sebagai  orang  yang  telah  diperlembu.

Saya  percaya   pada  suatu  hari  nanti  lembu-lembu   akan  sedar  juga  akan    gejala  yang  menimpa  mereka  ini.    Ketika  itu  sekiranya   lembu-lembu   kita  ini  sudah  pandai   berpolitik  janganlah  kita  hairan dan  terkejut  yang  mereka  boleh  bersepakat  dan  bersetia    membantu   mana-mana  pakatan   menjelmakan  satu  perubahan  besar  dalam  negara  kita.  InshaAllah.