Dengan penuh bangga 50 Pemuda UMNO mewakili 2500 perwakilan memPROTES tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membenteras rasuah politik. Disamping itu mereka juga menghukum Lembaga Disiplin Parti dengan mengatakan lembaga tersebut telah nyanyuk.
Sebagai pelapis kepada UMNO, apakah yang dikehendaki oleh orang-orang muda ini? Adakah mereka sedar dengan menghalang pihak yang berkuasa menjalankan tugas membenteras rasuah bererti mereka tidak sanggup kehilangan budaya tersebut. Pada hakikatnya mereka-mereka inilah yang akan mengganti pimpinan mereka yang kebanyakannya sudah kekeringan idea. Bolehkah kuasa mentadbir negara diperturunkan kepada mereka setelah secara terang-terangan mereka menunjuk belang?
Sudah tentulah jawapannya TIDAK BOLEH. Dengan jelas mereka tidak akan tunduk kepada peraturan. Jadi mahu ta` mahu pemimpin yang ada jugalah terus memikul amanah rakyat.
Disinilah logiknya cadangan dari Lembaga Disiplin. Jika bersetuju memansuhkan sayap pemuda maka tidak akan ada lagi tunjuk perasaan yang melampau diadakan seperti semalam sebelum mesyuarat MT bermula.