Sebagai seorang rakyat Negeri Perak (dilahirkan diBukit Chandan,Kuala Kangsar) saya amat tersinggung tentang arahan-arahan kepada pegawai-pegawai persekutuan diNegeri Perak supaya jangan melayan sebarang jemputan Kerajaan Negeri Perak.
Disini saya ingin syorkan kepada semua anak negeri supaya jangan ambil kisah sangat tentang arahan-arahan menteri tersebut. Yang beliau arahkan itu adalah pegawai-pegawai dibawah takluknya begitu juga jkkkP (P: Percubaan tanpa had, tidak seperti JPJ hanya untuk 2 tahun sahaja). Hanya yang diharapkan perkara ini biarlah dua-hala. Apabila orang tidak sudi kita pula ta` usahlah membazir.
Untuk mencapai ketahap “win-win situation” saya ajukan cadangan bernas seperti berikut:
i. Pembayaran gaji/elaun/insentif hendaklah dipastikan BUKAN pendapatan yang diperolehi dari pembayar cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berniaga diNegeri Perak
ii. Segala urusan yang dimaksudkan untuk Negeri Pakatan Rakyat ini dipancar dari mana-mana saja asalkan bukan stesennya diPerak. Salurkan semua bentuk urusan melalui khidmat jalurlebar i.e. secara Maya (internet). Dengan berbuat begini pihak Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu lagi menyediakan bangunan-banguinan pejabat serta tempat-tempat tinggal orang-orang federal
iii. Rakyat Negeri Perak boleh berbangga kerana cara yang dicadangkan ini benar-benar consumer friendly. Tidak perlu pergi kemana-mana pejabat untuk berurusan dengan jabatan persekutuan yang dimaksudkan. Buat saja permohonan melalui intenet dan barang /khidmat yang dipohon akan sampai dihadapan pintu
iv. 5 buah negeri boleh memulakan nya. Saya percaya dalam tempoh yang terdekat kesemua negeri-negeri lain akan mengiktiraf “brainchild” ini.
Akhir sekali, semua ini adalah merupakan pandangan saja akibat dari penerimaan tamparan yang sangat sakit.
salam pakcik,
di kelantan,, sudah lebih 18 tahun UMNO/BN dera & khianati kami.
hasil gas/minyak kami diangkut ke utk diproses di sebelah SIAM.
takpa, biar UMNO/BN dera rakyat Perak..ihihihh.insya allah, PRU 13 , Pakatan Rakyat tentunya masih memerintah Perak.Insya allah.
terima kasih kerna memberi sokongan
Tuk Wee
Selamat kembali belajor. Bior minda aktif. Keputusan periksa dah keluor. Keputusan kurang menyakinkan. Semester ni pulun lagi bagi markah naik minda sihat.
Biasa dah dekat ajal…buang tabiat pegawai-pegawai mereka.
Tak pe Yob. Biorkan jee si mamat Zahid meghapu. PR buat koja teghus. Dalam he tandatangan, kalau susah beno oghang kampong nak dapat tandatangan JKKP, pegi aje jumpa gughu beso di sekolah, insyaallah (lebih 80% belah kite). Dalam he tak boleh mesyuarat dengan kerajaan PR, tak ape … tak de rughinye kite, orang tak sudi ngape pulak kite nyongeh? kita teghuskan buat koja … kite dah tak de mase nak layan he yang ngaghut2 gini …
Salam saudara AhmadZawawi,
Memang baik cadangan begitu.
Kalau masih ambik hasil dari Perak janganlah berlagak sombong.