Pada mulanya saya hanya mahu menjadi pembaca dan pendengar saja tentang kemasukan Datuk Nasaruddin Hashim kedalam PKR. Tidak ada satupun peliknya tindakan Datuk Nasa ini. Dia mewakili rakyat dikawasan Bota didalam Dewan Undangan Negeri Perak yang diperintah Pakatan Rakyat. Oleh kerana PKR adalah anggota komponen dalam Kerajaan Perak maka tindakan beliau ini sebenarnya mahu menentukan rakyat dikawasan Bota dapat menikmati pembaharuan yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat diNegeri Perak yang diterajui YAB Dato` Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Kecaman yang pelbagai oleh orang-orang UMNO tidak lebih daripada menzahirkan rasa kecewa dan ketakutan yang amat sangat sekiranya ada lagi yang mahu mengikut jejak Datuk Nasa.
Saya katakan Datuk Nasa overnight jadi celebrity sebab kecil besar orang-orang UMNO bercakap. Ada yang paginya minta dia ubah fikiran dan kembali kepangkuan dan pada petangnya mendesak dia supaya kosongkan kerusi. Alasannya kerusi tersebut adalah kerusi pesaka mereka.
Jadi dalam hal ni memang betullah orang UMNO memang mudah lupa. Mereka lupa masa Datuk Seri Dr. Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Perjuang Bangsa mereka katakan parti PKR mahu membazirkan wang rakyat kerana untuk SPR mengadakan satu-satu Pilihanraya Kecil berjuta-juta ringgit wang rakyat akan lesap. Dengan yang demikian ungkapan “double standard” hanya mereka saja yang layak guna.
Ada seorang tu ta` mahu kalah. Dia kata bila UMNO kuat semula orang yang melompat ini akan meleleh air liur nak kembali kepangkuan UMNO. Saya percaya dia seorang saja yang mungkin begitu. Bagi pelompat-pelompat lain saya pasti tidak akan menyeberang balik sebab “Jambatan telah lama terbakar”.
Salam Saudara Zawawi
Belah Bota ni setiap Jawatankuasa UMNO cawangan dilayan dengan rapi. Mereka bimbang kut2 malam esok ada yang umumkan ikut YB Nasa. Kita tunggu jer ler malam esok
Salam saudara AhmadZawawi,
Kalau tak silap saya, pepatah Farsi mengatakan: Kayu yang reput tak boleh diukir lagi.
Kesian meleleh air liur mereka!!!
benar lah kata ibu saya bahawa kalau nak berkawan, jgn cari org politik, sbab nye tlah terbukti munafik. Masa pilihanraya umum @ kecil macam2 janji baik BN atau PR. Kata parti org tu tak betul kemudian bila tak dapat yg di citakan. boleh kata parti yg disokong dulutak betul. Yang rakyat bawahan ni nak bertumbuk mempertahankan calun masing2. sedangkan calun tu bila2 masa boleh berubah. Wahai org Islam yang berbangsa MELAYU. Jagalah Agama & Bangsa kamu jgn sampai menang sorak Negara, Agama & Bangsa tergada