WARGAKOTA KAH KITA?

January 10, 2009

Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah dinaikan  ketaraf  Bandaraya berkuatkuasa   1  Janari 2008.  Peristiharannya telah berlansung dengan gilang gemilang.  Bandaraya Warisan Persisir Air nama diberi.    Kita semua maklum sesuatu bandar itu perlu menepati beberapa kateria tertentu sebelum boleh dipertimbangkan untuk naik taraf.   Jelaslah  yang  sekarang ini rata-rata  “city dwellers”      diKuala Terengganu  adalah  orang-orang yang telah maju.

Apa yang peliknya   BN  mungkin terlupa atau seperti  tidak mahu mengaku  yang Kuala Terengganu ini bertaraf  BANDARAYA.      Jadi  mengambil kesempatan  sempena  Pilihanraya Kecil,   berbagai janji   diIklankan untuk memikat hati pengundi.  Baru-baru ini Menteri Besar mengumumkan bantuan RM 1 Juta kepada pengusaha Bas, 25,000 murid-murid sekolah berumur 11 tahun  akan dibekalkan seorang satu Laptop.   Dalam keadaan JKKK (JKKKP) rata-rata masih belum celik IT,  budak-budak Darjah Lima disuruh pikul benda berat tu.

Ada yang mengatakan  Pilihanraya  Kecil  ini  akan menentukan samaada rakyat  memilih Hudud  atau  kekal Secular.  Saya tidak setuju terhadap analisa-analisa sedemikian.      Alasannya  untuk melaksanakan hudud  Perlembagaan Malaysia mesti dipinda.     Perkara yang melibatkan Perlembagaan tentu sekali rumit.  Dengan  kuasa Allah  apa saja boleh berlaku bila sudah sampai ketentuannya.

Pada analisa saya  penduduk (pengundi) Kuala Terengganu  yang bergelar Warga Kota pasti  tidak mahu ketinggalan dari rakan-rakan diBandaraya lain dalam negara seperti di Kuala Lumpur dan Ipoh  yang  telah lama percaya kepada perubahan.

Sebagai sebuah Bandaraya yang masih muda,  banyak isu-isu prasarana  perlu diatasi selain dari memberi RM 1 Juta setiap Pengusaha Bas.  Hanya wakil dari kalangan pembangkang yang mampu membangkitkan  Isu-Isu tersebut untuk diambil tindakan.

Memandangkan    calun BN akan dilantik sebagai Timbalan Menteri   jika terpilih  maka beliau tentulah banyak tugas-tugas negara yang perlu diutamakan.


Sudah tidak ada ISU? … Biar Betul

January 8, 2009

Menyusuri laman-laman akhbar pagi ini ,  tersentak  saya seketika melihat satu  berita ditulis wartawan UM (Zulkiflee Bakar) bertajuk “TIDAK ADA ISU BARU”.

Saya juga bersetuju dengan pandangan beliau.  Namanyapun ISU BARU.  Ta` kan cepat sangat orang boleh  hidu.  Yang  jelas ISU-ISU  lamapun  berlambak-lambak  lagi  belum  ditangani.   Sebagai  contoh  apa yang terkandung dalam  akhbar sdra hari inipun sudah  ada isu.

ISUnya Menteri Pelajaran  beri jaminan akan merealisasi segala visi dan perancangan Allahyarham Datuk Razali.  Beliau juga memberikan jaminan kepada calun BN segala apa yang dirancang Allahyarham akan dilaksanakan.  Kesian sunggup, Kementerian yang begitu elit  tidak ada memiliki orang-orang yang berwawasan dan akitek dalam hal ehwal perancangan.  Mujurlah  sebelum ini pernah ada Datuk Razali dapat jugalah menumpang  kepakarannya  dan menjadikan aspirasinya sebagai hala-tuju sesuatu kemajuan.

Perkara diatas bolehlah  dianggap sebagai retorik saja.  Message  sebenarnya  ialah hendak mengampu pengundi.  Kan dah jadi resam kebanyakan orang  suka dipuji.  Bila dah “termakan puji” faham sajalah.

Untuk ISU-ISU yang lain kita bincang lain masa.


MAWE DIJANGKA MENANG LAGI

January 7, 2009

Saya  percaya  ramai  yang  keliru  tentang  tajuk  tulisan  saya  kali ini. Sebenarnya  saya  ingin  menghuraikan  persamaan   MAWE       dengan  MAWI.

Beberapa  tahun  yang  lepas,  Industri Muzik   melalui   Rancangan  Hiburan  ASTRO  iaitu Akademi Fantasia  hadir  seorang  anak  peneroka FELDA mencuba  nasib  untuk  bergelar  Artis.    Pemuda tersebut  bernama Asmawi.

Seperti  yang  dijangka  oleh  para penggiat seni  pemuda  ini  tidak berjaya keperingkat   seterusnya   kerana  12  orang  yang dipilih dalam Konsert Prelude tersebut  memang  lebih hebat dari Asmawi.

Selesai saja konsert prelude tersebut pihak Astro dihujani berbangai kritikan kerana  tidak bersetuju penyingkiran  MAWI    Ada juga yang ugut nak boikot AF  kali ini.  Pihak  penganjur  sudah tiada pilihan. Dalam   satu majlis silap-mata  Mawi & Masha  diserap menjadikan jumlah  peserta 14.

Keputusan bijak Astro ini  membuahkan  hasil.  Saban  minggu  undi  yang diterima Mawi  berpuloh kali  ganda  lebih dari  peserta-peserta  lain.  Dan  akhirnya  Mawi diistiharkan sebagai juara.  Ada yang kata  juara  SMS.   Ta` kisahlah  itu.  Yang penting  Mawi  memangpun  hebat.  Barulah  ada suara-suara  yang  mengatakan  dia   seorang Penghibur   bertaraf dunia,  bakat  terpendam,  dan  berbagai  pujian  lagi.

Moral  cerita Mawi ini  memanglah  ada  persamaan  dengan Calun Pakatan daripada PAS  Ustaz  Mohd  Abdul  Wahid  Endut  (MAWE).  Beliau  telah  berkhidmat  kepada  rakyat  dikawasan  ini   semenjak  tahun 1990  tidak putus-putus.  Popularitinya  terserlah  dalam  PRU 11  apabila  PAS  gagal  mempertahankan  negeri  yang  dimenangi  pada  PRU 10,  Ustaz  Mawe  masih  mendapat kepercayaan  rakyat kerana  sikapnya  “mesra rakyat sepanjang masa”.

Faktor  kemenangan berpihak  kepada Pakatan Rakyat  kali  ini  sememangnya  sangat  jelas  melalui  petunjuk  dalam  PRU 12  lagi. BN  hanya mampu  mengekalkan satu kerusi sahaja  daripada   empat  (4).  Gula-gula   setiap  Syarikat Bas  Awam   akan diberi   RM 1 Juta  setiap  satu  (yang diumumkan M.B. Terengganu)   dan  wang  royalri  berpuloh-puloh billion  yang diumumkan  lebih awal   tidak  akan dapat  mengubah  pendirian  pengundi.

Usaha-usaha  untuk  menawan  pengundi atas pagar juga  akan  menuju  kegagalan. Dizaman  setelah  50  tahun   lebih  Merdeka  mana  ada  lagi  pengundi  atas  pagar.   Mereka  semuanya  sudah  menjadi  pengundi   yang bijak   hanya  ada  diantara  mereka  tidak  suka  menyertai mana-mana  parti.   Mereka  lebih  senang  senyap-senyap  menyumbang derma  dimajlis-majlis  ilmu  yang  PAS  a njurkan.

Dengan  lain  perkataan,  bolehkah  kempen-kempen  selama  1 bulan 1/2    menidakkan  jasa dan  bakti  ADUN Wakaf  Mempelam   dalam  tempoh  18  tahun  sebagai   jurucakap  kepada  rakyat ?   Kalau  minta  nasihat  Nabil  sudah  tentu  dia  akan  berkata  “Pengundi mampu  berfikir sendiri”.

Seperkara lagi,  salah seorang  pemimpin  ada berkata  yang  calun BN  adalah  Underdog.   Saya  nak  ingatkan  perkara  yang kita  sedang  hadapi  ini  bukan  lawan  bola  dimana  banyak  faktor  Underdog  boleh  menang   seperti  keadaan  cuaca,  pengadil  berat  sebelah dan  pemain  lawan  cedera dan  sebagainya.

Kita  bercakap  tentang  politik dan  pilihanraya  dimana  pengundi hanya  berpandu  kepada  track  record.       Zaman  para  pengundi  berbangga  yang wakil rakyar mereka adalah  juga  seorang  menteri  dan  datang  bertemu  mereka  menaiki  Merc  Mata  Belalang   sudah  berlalu.

Kepada warga Kuala Terengganu  saya  ucapkan  selamat  melaksanakan  tanggungjawab.


TAHUN BARU DIKEDIAMAN M.B.PERAK

January 1, 2009

Inilah kali pertama dalam sejarah hidup saya menyambut kehadiran  1  Januari (  2009 )  diKediaman Resmi Menteri Besar, Negeri Perak.  Disamping  berpeluang bertemu teman-teman Bloggers  Matsamankati  dan juga Sy-reformis  saya  juga berasa sangat bangga kerana dapat mengikuti beberapa motivasi sebagai  wadah yang merangsang  diri  saya  untuk  terus  meningkatkan iltizam bagi digunakan  memperkukuh Pakatan Rakyat.

Ya Allah Ya Tuhanku  hambamu ini amat bersyukur diatas nikmat yang  telah Kau kurniakan.    Sesungguhnya Engkau Ya Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.    Aku Berazam Ya Allah yang  aku akan terus memelihara ugama mu ini.  AMIN.