Bagi memperjelas tajuk diatas suka saya terjemahkan dalam bahasa Inggeris iaitu “Year of the ox : what we have in store.
Kita sering mendengar haiwan – haiwan yang setia ialah Anjing dan Kuda. Anjing terkenal begitu taat menjaga hakmilek tuannya. Manakala Kuda pula bersedia membawa tuannya pergi sejauh-jauh perjalanan bertujuan menyelamat daripada mara-bahaya.
Lembu mengatasi haiwan-haiwan lain. Untuk membantu tuannya berjimat dengan pengunaan bahan bakar disamping menghindar pencemaran alam sekitar Lembulah satu-satunya haiwan yang bersedia menjadi kereta (kereta lembu) . Satu lagi khidmat masyarakat yang lembu lakukan ialah komitmennya menjadi “Haiwan Korban” semasa umat Islam menyambut Aidil Azhar.
Sungguh hebat peranan lembu dalam kehidupan manusia. Tetapi mengapa apabila manusia mengalami masaalah lembu pula yang menjadi mangsa dan sasaran. Jikalau manusia itu bodoh dan ta` mampu berfikir dan tidak berdaya membuat keputusan dengan baik dia akan dikatakan “Bodoh macam lembu atau otak lembu”. Dan sekiranya pula ada manusia yang telah diperdaya dia akan dikenali sebagai orang yang telah diperlembu.
Saya percaya pada suatu hari nanti lembu-lembu akan sedar juga akan gejala yang menimpa mereka ini. Ketika itu sekiranya lembu-lembu kita ini sudah pandai berpolitik janganlah kita hairan dan terkejut yang mereka boleh bersepakat dan bersetia membantu mana-mana pakatan menjelmakan satu perubahan besar dalam negara kita. InshaAllah.
simbolik betul lah pulak posting ni,,,!!!!!!!!! susah den nak nak faham!!!!!!