Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengzahirkan penghargaan seseorang. Bermula dari zaman Penjajah lagi setiap rakyat yang berjasa akan ada satu kaedah menghargai jasa seseorang itu. Cara yang paling lumrah ialah dengan memberikan Pingat atau Bintang Kebesaran Negara. Amalan sebegini telah diteruskan oleh Kerajaan kita. Sehingga kehari ini sudah terlalu ramai orang dikurniakan Pingat-Pingat dan Bintang Kebesaran. Begitu jelas dapat dilihat betapa ramainya orang-orang yang bergelar Datuk. Ada diantara mereka yang berusia terlalu muda dianugerahkan gelaran tersebut.
Saya menyatakan ini bukan kerana irihati atau cemburu tidak tergolong dikalangan orang-orang yang bernasib baik itu. Bagi orang- orang seperti Nicol N. David dan Lee Chong Wei mereka memang “deserved” dan layak menerimanya. Yang menghairankan ada dikalangan pemuda (politik) yang berumur diawal Tiga Pulohanpun menerima anugerah sebegini tinggi. Tidak adapun jasa-jasa yang jelas mereka sumbangkan kepada Negara.
Walau bagaimanapun bukan perkara ini yang hendak saya utarakan dalam tulisan kali ini. Saya sebenarnya mahu pihak Kerajaan tahu yang cara-cara mencetak gambar-gambar yang menjijikan diatas kotak- kotak rokok adalah satu perbuatan menghina pembayar cukai dikalangan perokok. Dan gambar-gambar tersebut juga mereka terpaksa membayarnya kerana kotak rokok itupun adalah sebahagian dari harga jualan yang mereka terpaksa membayar. Saya katakan menghina kerana kita semua maklum berapa banyak cukai yang Kerajaan perolehi daripada para perokok kita.
Saya bersetuju kepada cara-cara nasihat yang diamalkan sebelum ini iaitu dengan memberi Amaran Merokok Membahayakan Kesihatan dan menyatakan kandungan-kandungan racun yang terdapat pada setiap batang rokok tertulis diatas setiap kotak rokok. Nasihat-nasihat seperti inilah yang telah menyedarkan saya 10 tahun dahulu dimana secara resminya saya berhenti merokok dalam tahun 1999. Sebelum daripada itu saya menghisap 20 hingga 30 batang sehari tanpa cuti kecuali pada siang hari dalam Bulan Ramadan.
Akhir sekali saya percaya para perokok kita perlu diberi penghargaan yang setimpal dengan sumbangan (cukai) mereka kepada Negara. Anugerah yang paling sesuai ialah dengan membuang gambar-gambar jijik yang terdapat pada kotak-kotak rokok.
Reblogged this on Ahmadzawawi's Weblog.