HEBAH-HEBAH CARI MAKAN

Perkara-perkara  yang  berlaku  dalam  Pakatan  seperti   ADUN   membuat protes  terhadap   tindakan  Kerajaan  Negeri,   Ahli  Majlis  pulaukan  Sidang, Tok-Tok  Guru  yang  berselisih  pendapat  dan    sebagainya   sentiasa   akan  menjadi  Tajuk  Utama  Akhbar-Akhbar  Arus  Perdana.    Lihat   sahaja  apa    yang  berlaku  diKedah  baru-bari  ini.    Kenyataan  Ahli  Dewan  Undangan      Negeri  Kedah    tunggal  dari  Parti  DAP   telah   mendapat   liputan   meluas    didada     Akhbar-Akhbar   Arus   Perdana.       Liputan    meluas    yang   dimaksudkan    termasuklah   ulasan-ulasan   pemimpin-pemimpin  komponen   Barisan  Nasional  yang  secara  angkuh  mengatakan   Pakatan   rapuh  yang  menunggu  hari   untuk  hancur,   Pakatan  yang  memiliki   mimpi   yang  berlainan  walaupun  tidur  berkongsi  bantal  dan  sebagainya.  Tidak  keterlaluan  saya  katakan   insiden  yang  berlaku  dalam  Pakatan  Rakyat  ini  telah  melenyapkan   cerita   “Gempak”    mengenai   pulangnya  kerahmatullah  Allahyarham  Jacko.

Saya   “highlight”    perkara  ini  bukan    mahu  membela  Pakatan  Rakyat.    saya  sebenarnya    ada  rasa  kasihan  dan  simpati  kepada   pengusaha-      pengusaha  persuratkhabaran.   Dengan  menghebahkan   cerita-cerita    sensasi   yang  berlaku  dalam  Pakatan   sahajalah  boleh   mendapat   “demand”   jualan  yang   luarbiasa.    Saya  katakan   mereka  hanya   bersedia   hebahkan  berita-berita  sensasi   saja   ada   kebenarannya.  Apabila  ADUN  dari DAP   yang  berkenaan  membuat  pengumuman  menjadi  Ahli  Bebas  dalam  Dewan  tidak  pula  dia  mendapat   liputan  seperti  sebelumnya.  Disini  umum  faham  apabila  seseorang  itu   meletakkan  dirinya  sebagai  Bebas  maka  dia  sudah  tidak  berhak  bercakap  bagipihak  mana-mana Parti.  Jadi  jelaslah  kisah  ADUN  ini  menjadi  Bebas   sudah  tidak  menjadi  “news”  lagi.

Mungkin  ada  yang  tidak  berpuashati  mengapa  saya  tidak   menegur  rakan-rakan  Blogger  yang  dalam  keadaan  sama  mengambil  kesempatan   juga   menghebahkan   berita-berita  sensasi  itu.    Jawapannya   “obvious”  berita-berita  yang  disumbang  oleh  para  Bloggers    “is not for sale”   dan    tidak  ada  sebarang  pendapatan  daripadanya.

3 Responses to HEBAH-HEBAH CARI MAKAN

  1. BR says:

    -salam tuan.. diharap sihat sekeluarga… maaf kerana sudah lama tak berkunjung… agak sebuk sekarang ni… tapi sebuk dangan kerja… heheh saya pun baru buka email..

    -media sekarang ni suka menaikkan rating peminat dengan menonjolkan kebodohan sendiri dari menyampaikan informasi.. seperti badut yang syok sendiri… menyampaikan perkara/cerita lawak, penonton gelak ketawa bukan kerana cerita nye tapi kerana muke badut dan telatah badut yang bodoh… seperti media sekarang orang tengok bukan kerana isi nya tapi kerana bodohnya mereka terlampau mengikut telunjuk kerajaan pusat…

  2. ANJA says:

    Setuju dengan BR,
    Ramai antara kita kadang kadang terlupa , dengan menceritakan keburukan orang lain ,kita hanya menjatuhkan imej diri kita sendiri (dah jadi badut).

    Sekarang saya baca akbar Sinar Harian ..pada saya akhbar itu tak mengutuk sesiapa dan tak menyebelahi sesiapa.

  3. ahmadzawawi says:

    BR dan ANJA,

    Terima kasih diatas sokongan yang diberikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: