DIANTARA PELAWAAN IKHLAS Dengan KOMENTAR MELULU

Baru-baru  ini  Datuk  Zaid  Ibrahim  yang  merupakan  seorang  Ahli  Majlis  Pimpinan  Tertinggi  Parti  Keadilan  Rakyat   secara   jujur  dan  ikhlas  telah   mempelawa  Tengku  Razaleigh  Hamzah    menyertai  PKR.    Saya  sebagai       ahli  Parti  diperingkat   akar   umbi   sangat-sangat     bersetuju    dengan  tindakan  Datuk  Zaid  dan   bersama-sama  mengalu-alukannya.     Saya  juga    percaya    ramai    lagi   ahli   PKR    mengharapkan    perkara    ini    boleh menjadi   kenyataan.

Tengku  Razaleigh  yang  begitu  berpengaruh  dan  berpengalaman  luas  sama  ada  didalam  negara  mahupun  diperingkat  Antarabangsa  akan   benar-benar  menguntungkan  rakyat  jika  sekiranya  beliau  menyambut   pelawaan  tersebut.    Beliau  memiliki   “vision”    yang  mampu   merealisasi   harapan  setiap  rakyat    agar  Negara  Malaysia   segera  mencapai  taraf   Negara  Maju.

Rakyat  telah  dengan  jelasnya   memberikan   Petunjuk    “indicator”   melalui  Peti  Undi  dalam  PRU  ke 12  bahawa   mereka   cukup  yakin   Pakatan   Rakyat   mampu   mentadbir  negara  ini  dengan  lebih  cemerlang  lagi.   Sebagai   permulaan   rakyat   telah    memberikan    Negeri-Negeri   diUtara   untuk  diperintah  oleh   Pakatan  Rakyat.    Kejayaan    mentadbir  dengan  berkesan   akan  memungkinkan   rakyat   tidak  ragu-ragu  lagi    memberikan   mandat   sepenuhnya   kepada  Pakatan  Rakyat   memerintah  Negara  Malaysia.           Dengan  yang  demikian   ketokohan  Tengku  Razaleigh  akan  menjadi   benar-benar  bermakna    demi  kesejahteraan   rakyat.   Buat  masa   sekarang  ini  tidak  ada  sesiapapun  yang  mahu  memecahkan  Ruyong  tersebut  untuk  mendapatkan  Sagu  kerana   ia   tidak  berada  ditempat   yang  betul.

Terpulanglah  kepada  Tengku  Razaleigh  sendiri  sama  ada   mahu  menerima  ataupun  tidak   kepada  pelawaan  tersebut.    Adalah  sangat   tidak  wajar   ada  pihak-pihak   yang  memperlekeh   orang  yang  membuat   pelawaan  dengan  menganggap   beliau  sebagai   kacang  lupakan  kulit  dan   tidak  perlu  juga  diungkit-ungkit  segala  keistimewaan  yang  pernah  seseorang  itu  perolehi.

Mengikut  pengalaman,   ramai  orang  sebenarnya   yang   keluar  masuk  Parti.    Ada   yang  keluar  Parti  sebab  mengikut  pemimpin  tertentu   dan  masuk   kembali  apabila  keadaan  sudah  tenang   ataupun   peristiwa  pahit  telah  dilupakan.     Namun    begitu   perbuatan  tersebut     bukanlah   “tidak mengenang  budi”    namanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: