Diawal pagi diantara pukul 2.00 hingga 4.00 pagi tidak banyak program yang menarik diTV untuk ditonton. Hanya siaran ulangan yang ditayang pada sebelah siang tadinya diulang semula. Bagi Astro Awani dan juga BERNAMA TV inilah masanya diulang siar bualbicara yang dirakam “live” beberapa jam sebelumnya.
Rancangan AGENDA Awani telah saya tonton pada siaran sebenarnya dan tidak ada yang menarik untuk diulang tonton. Tepat jam 3.30 pagi tadi saya cuba tinjau Saluran 502 dimana Helo Malaysia sedang diulang siar. Tajuknya ialah Wanita dan Cabaran Semasa dikendalikan oleh Penyampai terkenal Sherkawi Jirim. Manakala Ahli-Ahli Panel di ” monopoly ” oleh Pemimpin Wanita UMNO.
Soalan-soalan yang dikemukakan tidaklah begitu berat. Panel pertama Dato Jamelah Abu Bakar berbekal pengalaman luas dalam bidang kewartawanan disamping aktif sebagai Blogger dilihat mudah “deliver” setiap persoalan yang diajukan kepadanya.
Slot ini menjadi sedikit pudar apabila Nahar Ahmad selaku panel kedua diawal-awal bicara sudah menempelak Pakatan Rakyat dengan berkata Wanita UMNO tidak seperti Pembangkang (Pakatan Rakyat) “beri gula sekilo terus buat publisiti”. Saya tidak ada pilihan selain memberi “respect” kepada kenyataan Ketua Wanita Bahagian Kota Raja itu. Ianya bersesuaian dengan nasihat orang-orang tua “tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak akan tahu”. Walaupun secara jujur saya kurang senang dengan kenyataan Penal tersebut tetapi saya tetap mahu mengikuti kesudahan bualbicara tersebut.
Sedang perbincangan “progress” dengan lancar beberapa panggilan dari penonton tampil bertanyakan beberapa persoalan kepada ahli-ahli panel. Didalam memberikan respons kepada soalan-soalan penonton inilah “belang” sebenar mereka terserlah. Menjawab kepada soalan mengapa setelah kalah diPRU ke 12 keadaan Wanita UMNO seperti telah terhakis, Nahar Ahmad dengan tegas menyatakan TIDAK BENAR mereka (wanita umno) berdiam diri kecewa. Mereka terus mencurahkan bakti seperti biasa. Menurut beliau lagi sebagai contoh dirinya kini berulang alik keManik Urai menyelesaikan masaalah rakyat disitu yang terlalu daif. Beliau lantas mengatakan penduduk Manik Urai bukan berkehendakkan pembangunan. Masaalah mereka ialah kehidupan sehari-hari. Telah sekian lama dibiar dalam keadaan kemiskinan beliau menambah. Beliau sendiri ada menghantar seseorang yang dalam keadaan terlalu uzur untuk mendapat rawatan.
Apabila saya mendengar kenyataan diatas, saya berpendapat ianya lebih teruk dari menjaja “sekilo gula” yang beliau lemparkan kepada Pakatan Rakyat. Disinilah relevannya perumpamaan “Kata Dulang Paku Serpih”. Bagi Kerajaan yang memerintah Malaysia bukankah Kementerian-Kementerian yang khusus membantu orang-orang miskin terletak dibawah tanggungjawab Barisan Nasional? Mengapa orang diManik Urai kena beri kemenangan kepada BN dulu sebelum diberi bantuan?
Berbalik kepada Helo Malaysia itu tadi dimana diakhir-akhir rancangan Sherkawi ada menyatakan selepas ini akan menjemput wanita dari parti- parti lain pula membicarakan hal yang sama. Sekiranya benar ada hasrat sedemikian saya ucapkan Syabas “in advance”.
Apa khabar Babi di Melaka ye..
Senyap je cerita lawat sini…
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html
Naruto alu2 kan..
Salam AhmadZawawi,
Orang perjuangan ini nampaknya terlupa mata tu kan baru dirawat. Tak apa ke dibawa menonton tv?
Walau apapun, saya doakan semoga sembuh seperti sedia-kala, amiin ya Rabbal-‘alamiin!
Doktor,
Terima kasih. Buat sebulan dua ini saya kena pakai
Cermin mata gelap. Saya dinasihat jangan berdepan
dengan direct sunlight.
Bersabit dengan perjuangan, lagi lama kita tinggalkan
medan tempur lagi banyak tektik musoh kita
ketinggalan.
Ha..ha. satu artikel yang menarik….
Mana ada poltik yang memegang prisip ‘Tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu’
Rakyat Manek Urai tu..teruk benar ke miskinnya?
Inilah satu perkara yang saya tidak setuju ttg politik , bila jumpa rakyat miskin, pemerintah disalahkan.