MENGAPA DIPERBESAR PILIHANRAYA KECIL

Didalam  tulisan  mengenai  Manik  Urai   sebelum   ini   saya   telah   menyebut  bahawa   Pilihanraya  ini  terpaksa  diadakan   oleh   sebab   berlaku    kematian  terhadap  penyandangnya.       Ia    diadakan    semata-mata     untuk     mengisi  kekosongan  dan  sama  sekali  tidak  boleh  mengubah  Kerajaan.

Masa   menjual  Jenama  telah  sampai  kepenghujung.   Kurang   lebih   30  jam   dari  sekarang    para   pengundi   sudah   tidak   boleh  diganggu  lagi.         Mereka    sudah   mendengar   beberapa   penjelasan  yang   tidak  menepati   persoalan  yang  mereka   ajukan.     Mereka  juga   sudah  mengambil  catitan  segala  janji-janji  yang  bertaburan   dimuka  laman.   Mereka  dilihat  kecewa   kepada  janji-janji  yang  bersyarat.     Mereka  juga  kecewa  dengan  tulisan-  tulisan    bagi   pihak   mereka    yang   mengambarkan    mereka     dibiar  menderita   sedangkan   mereka   tidak   perlu   mengubah   apa-apa    untuk     menghindarkannya.    Untuk  melaksanakan  projek-projek  pembangunan   dikampong-kampong  bukankah  sudah  ada  tersedia  JKKP  sebagai  agensi  Kerajaan  Pusat?

Mengikut   sesuatu  perkiraan  keputusan  Pilihanraya  Kecil  ini   besar  kemungkinan   akan  ditentukan  oleh   para  pengundi  muda  (saluran 4  dan 5).    Golongan   ini    sudah   tentu   mahu   memberikan   pertimbangan   berdasarkan   perkara-perkara  yang  melibatkan  masa  depan  mereka.   Mereka  tidak  berkecil   hati  apabila  adik-adik  mereka  menerima  (peralatan  penting)    durian  runtuh  kerana  mereka  tahu  itu  projek   “pukul  anak  sindir  menantu”     iaitu   saikologi  terhadap  Saluran  1  dan  2.

Yang  membingungkan  golongan  muda  ini adalah  perkara-perkara  seperti  PPSMI.     Persoalan  yang  membelenggu   benak  mereka  mengapa    semasa   hendak  dipertahankan   Dasar  itu  terlalu  banyak   bukti  kejayaan  ditonjolkan?  Dan   apabila  hendak   dimansuhkan  pula   mengapa   alasan   “poor  english”     pula   dijadikan  sebab?    Satu  soalan  lagi   yang  ingin    mereka  ajukan  mengapa  semasa  hendak  dimulakan  dulu  tidak    terlebih  dulu  bersedia  dengan  Guru-Guru  yang  terlatih  dalam  Bahasa  Inggeris?   Dan  untuk  diberhentikan  pula  mengapa  perlu  masa  sehingga   24  bulan   lebih?    Bukankah  tempoh   tersebut  akan  terus  merugikan  rakyat  berbillion  juga?

Kepada  Warga  Pengundi  diManik  Urai  saya  ucapkan   selamat  mengundi.   Saya  faham  undi  itu  RAHSIA  dan  ianya  hak  mutlak  saudara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: