APAKAH SATU ANDAIAN BOLEH DIKIRA RASUAH?

November 1, 2010

Walaupun  kelmarin  merupakan  hari  Ahad –  hari  untuk  berlibur  tetapi  ramai  yang  terpaksa  berada  indoor sebab  cuaca  mendung  dan   sekejap – sekejap  hujan.  Dah tak  tahu  macam  mana  nak  sorok  muka  kecut  dan  muram  ini.

Mujurlah  ada  satu  berita  disaluran    TV   yang  memecah  kesunyian  dan  merangsang  untuk  ketawa.     Ia   bersangkut   dengan    amaran    SPR   tentang   hal   ehwal  kesalahan  pilihanraya  dimana  pemberian  saguhati  kepada  pengundi   boleh   membatalkan  kemenangan.  Tambah   maklumat  itu  lagi  sesiapa  yang  mengetahui  tentang  berlakunya  perkara  tersebut  boleh  lapurkan  kepada  SPRM  kerana  ianya   berupa    rasuah  besar.   Sebenarnya  kita  semua  dah  cukup faham,   lagipun  ini  bukan  pertama  kali  rakyat  berdepan  dengan  Pilihanraya.

Persoalannya  ramai  kurang   arif   apa  itu  politik.   Tidak  akan  mungkin  Parti  PAS yang  telah  memerintah  diKelantan  selama  20  tahun  lebih  tidak  tahu   yang   perkara  itu    satu  kesalahan.     Sebenarnya  saya     melihat  apa  yang  dikatakan  kesediaan  PAS memberi  saguhati  kepada  pengundi  luar  adalah  merupakan  satu  strategi  kempen  pilihanraya  semata-mata.     Dalam   politik   cara    begitu   disebut  sebagai   reverse   psychology .   Antara  lain  maksudnya  ialah   supaya  pihak  lawan   tidak      melakukannya   dan  jika  parti PAS berjaya  mendapatkan  bukti  yang  perkara   tersebut  ada   berlaku   maka   urusan  mendedahkan  kepada  SPRM   akan   menjadi   cukup  mudah.

Penutup  bicara   kita  percaya  Pengundi  Galas  sudah     tersedia  maklum  –  ta`  kan  lah  projek  berjuta-juta  yang  disebut  dalam  kempen  boleh  tercetus   dalam  waktu   yang  singkat   ini   dan  boleh pula  disiapkan   sebelum  hari  mengundi.     Pekerjaan  yang  paling  mudah  ialah    menjual  janji.   Jika  tidak,  suasana   pilihanraya   dilihat  seperti  tidak  bermaya.   Yang   pasti  setiap  orang  diDUN  Galas  ini   tetap   berharap   kepada    peningkatan   taraf   hidup   yang  disebut-sebut.    Kepada  Yang  Berkenaan,  jangan  biarkan   mereka   hanya   menanti   seperti   yang  diungkap  Jamal  Abdillah    “Malam  menanti   Siang,   Siang  Menanti  Malam” dalam  lagu  yang  sangat  popular  bertajuk  Kekasih  Awal  dan  Akhir.


MANA KEMENANGAN BESARNYA?

October 12, 2009

Pilihanraya   Kecil   Bagan  Pinang  sudah  berlalu.    Pilihanraya  yang  paling  pintar  lagi   terkedepan   “advanced” dalam  sirinya  semenjak  post-PRU  12.    Walaupun  tarikh   (hari)   mengundi  sebenar   telah  ditetapkan  pada  11hb  Oktober  sejumlah  besar    pengundi   sudah    MENGUNDI  DULU  pada  8hb  &  9hb  Oktober.    Hasil   dari  Undi  Cara  Pos   iaitu  sebanyak  30.00  %  daripada  keseluruhan  undi  telah  dibolot  oleh  UMNO/BN.   Jadi  pada   hari  mengundi  sebenar  (proper)  UMNO/BN  hanya  memerlukan  21.10  %  sahaja  lagi  dari baki  70 %   keseluruhan  pengundi  berdaftar  untuk  mencapai  kemenangan  mudah.

Para  pengundi  Atas  Pagar    memahami   cara   formula  diatas   dimana  tanpa  undi  dari  merekapun   UMNO/BN    boleh   mencapai  kemenangan  juga.   Mereka  mengambil  keputusan  untuk  sama-sama    menyokong   pemenang   buat  kali  ini.  Sesungguhnya  apabila  UMNO/BN  mencapai  kemenangan  begini  besar  mereka   tidak  akan  mengambil  kira  lagi  untuk  mengkaji  sokongan  terhadap  mereka.  Mereka  akan  terus  menerus  “celebrate”  kejayaan  tersebut .   Sebagai  contoh  media  massa  mereka  Radio/TV  masih  lagi  memperkatakan   perihal  kemenangan  tersebut  macam  orang  yang  ta`  pernah  menang.  Berdasarkan  pandangan  diatas  dimana  duduknya  perkataan  “Menang  Besar” itu?

Kepada  penyokong  Pakatan  Rakyat  khususnya  Parti  PAS  janganlah  merasa  gusar.  DiPRK  Bagan  Pinang  ini  Parti  PAS  tidak  kalah  cuma  tidak  berjaya  merampasnya  saja.    Kejayaan  UMNO/BN    adalah  ibarat  “salin  tikar”  saja.    Kita  misti  optimis  pada  PRU  ke  13  nanti   keseluruhan   kerusi  DUN  dalam  Parlimen  Telok  Kemang   akan  jatuh   kepada  Pakatan  Rakyat.  Untuk  makluman  pada  masa  sekarang  inipun   Pakatan  sudah   memiliki  3/5    Kerusi  Dewan  Undangan  Negeri    dalam   Parlimen   Telok   Kemang.

Kepada  para  petugas  yang  telah  kembali  ketempat  masing – masing  ucapan  terima  kasih    dari  Blog  ini  diatas  kesungguhan  yang  diberi  semasa  diPort  Dickson.


ACID TEST BUAT PAKATAN RAKYAT

July 28, 2009

Sering  kali  Pakatan  Rakyat  dilabel  sebagai  Pakatan  Pilihanraya  oleh  Parti-Parti  yang  goyah  dalam  Barisan.    Asas  yang  membuat  mereka   berkata   demikian   adalah   kerana   Parti-Parti    dalam   Pakatan   tidak    didaftar  dibawah  satu  Parti  Induk  dan  memiliki  Lambang  yang  sama.         Walaupun   telah   dibuktikan   yang  Pakatan   tersebut  telah  lama  ujud           dan  kukuh  sehingga  hampir-hampir  dapat  menawan  Kerajaan  Federal,   puak-puak  tersebut  terus  menerus  memperlekehnya.

Perkara  yang  sama  juga   pernah  dipraktis  oleh  “Big Bro”   BN    dalam           Isu  Kerajaan  Perpaduan.   Mereka   meminta   PAS  membuat  keputusan    sendiri-sendiri   dalam  rencana  “berpadu”  dengan  mereka   dan   tidak     perlu    terlebih  dahulu   mendapatkan  “restu”   dari   rakan-rakan  dalam     Pakatan  Rakyat  dengan  alasan   hubungan  diantara  Parti-Parti   dalam    Pakatan  adalah  tidak  “formal”.

Sekali  lagi   Pakatan  Rakyat   terbukti  kukuh  apabila   PAS  telah   membawa   Isu   tersebut   kedalam   Mesyuarat   Majlis  Pimpinan   Pakatan  Rakyat dimana    keputusan    “Tidak  akan  ada  Kerajaan  Perpaduan”  telah  dicapai.   Dalam  respons  segera  UMNO  menyatakan   mereka  tidak   berasa  kecewa    kerana   cadangan  asalnyapun  adalah  dari  PAS  sendiri.

Daripada  kenyataan  tersebut   Parti  PAS  seharusnya  sedar  yang  mereka    sahaja   yang  inginkan   “perpaduan”    sedangkan  UMNO   tidak  sekali-kali   mahu  merendah  diri.    Sebagai  contoh  tidak  bersikap  proaktif  menyediakan    platform   untuk  menyegerakan  perbincangan.

Dengan  yang  demikian   para  pimpinan  beserta    pendokong   Pakatan   perlu   bertindak  segera   memperkuatkan   diri.       Fikirkan   harapan   tinggi   Rakyat   yang   mahu   melihat  Pakatan  Rakyat   memerintah  Negara.  Sebelum  ini  rakyat  juga  sedar  yang  mereka   tidak  memberikan  “push”    yang  100%.    Itulah  sebabnya    Pakatan  hanya  mampu   menafikan  BN     2/3  majoriti  diParlimen.     Rakyat   sudah  betul-betul  bersedia   melakukan  “total push”   dalam   PRU  ke  13  nanti.    Tetapi  soalannya    para  pemimpin  kita   dilihat   tidak    mencerminkan  kesungguhan.

Para  pemimpin  masih  lagi  berpolimik    dan    masih  melayan  setiap    apa   yang  dikatakan  oleh   pembesar-pembesar  BN .    Disinipun   telah  menunjukkan  tidak  betulnya  kita.    Kita  kata  kita  “boikot”   media  mereka   tetapi   tetap  respons  kepada  setiap  apa  yang  dilapur  oleh  Media Perdana.

Marilah  kita  benar-benar  “merasakan  diri  kita”   sebagai   ahli-ahli  Parti  dalam  Pakatan   dengan  memberikan   penuh  perhatian  kepada  “Inquest”  yang   akan  bermula  esok.   Inquest   ini  diujudkan   bagi  memastikan  apa  yang  telah   terjadi  kepada   Ahli  Kita  iaitu   Mendiang   Teoh Beng Hock.     Dengan     memberikan   sepenuh  perhatian  kepada  perkara  ini   dan   meminggirkan   “politiking”  berlebihan   kita  sebenarnya   sudah   dapat   banyak   belajar  dari  kesilapan  lalu.    Dan  percayalah   dengan  memulakan   aktiviti  ini  kita  tidak  akan   menoleh  kebelakang  lagi.