KEMPEN BERSIH BARISAN NASIONAL : Bermula Bila?

Pengerusi  Barisan  Nasional  dilihat  benar-benar   berada  diatas  landasan.    Lanjutan  dari   aspirasi  1Malaysia  yang   sedang  giat    beliau   usahakan   beliau   mahu    Kempen-Kempen   diManik   Urai    dijalankan  dengan   cara   bersih.   Ianya  juga  dilihat  sebagai  satu  lontaran  “Idea”  yang  sangat  bernas.     Dalam   lain-lain  perkataan   tidak   akan   ada     lagi       serangan    terhadap  peribadi   calun   serta  memperlekeh   pihak  lawan  seperti  yang    diamalkan  sebelum  ini.

Saya   bersetuju   sepenuhnya   hasrat    serta    saranan   Pengerusi   Barisan  yang  juga  Presiden  UMNO     itu.      Pada   era   dunia   tanpa    sempadan    ini      majoriti    rakyat     telah   memahami   apa  erti   Urustadbir  yang  cekap,     ketelusan   serta   berintegriti.      Dengan  yang  demikian  amat  wajarlah  bagi   Parti-Parti  yang  bertanding  memperjelaskan    kepada    rakyat   setempat     tentang    perkara-perkara    yang     akan    mereka      tunaikan   sebaik  sahaja  diberi  mandat.

Dalam  konteks  Manik  Urai   ianya    adalah    pertembungan  dua  (2)  kerajaan  yang    masing-masing   meletakkan  calun  hebat.         Kerajaan    Barisan    Nasional         memerintah  diperingkat  Federal   dan  Kerajaan  PAS  (Pakatan  Rakyat)   pula   kukuh  memerintah  Negeri  Kelantan.     Saya  yakin   percaya    saranan  mengamalkan    “Kempen  Bersih”   boleh   dipraktikkan   dengan   berkesan  disini  sekiranya    para   penceramah  dan  juga   petugas  mahu  menghayati  saranan   yang  murni  ini.

Dengan  mengamalkan   pendekatan  “kempen  Bersih  dan  Berhemah”  para  pengundi  juga   boleh   berfikir  dengan  waras  siapa   yang  paling  layak   mewakili  mereka  diDewan  Undangan  Negeri  yang  kosong  ini.     Sudah  semestinya  mereka  tidak  terbawa-bawa  oleh   sentimen  yang  dicetus    oleh   para  penceramah  yang  berfikiran  sempit.

Apa  yang  mendukacitakan  mengapa  masih  ada  pemimpin  BN   yang   tidak   mahu   akur  kepada  kehendak  pucuk  pimpinan.   Saya   berkata  begini  kerana  ada  dilapurkan   dalam   Media Cetak  (The Star)  hari  ini   yang  menyebut  Datuk  Md  Alwi  iaitu  Setiausaha   BN   Negeri  menuduh    “PAS  Kelantan  khayal    didalam    dunia    sendiri    dan     buta    terhadap    pembangunan  politik  yang  berlaku  diNegeri -Negeri  lain”.     Beliau     selanjutnya  mempersenda  pemimpin  PAS  Kelantan  yang  tewas  di-   Muktamar  baru-baru  ini.    Kalau  terus  meneruslah  sebegini  telatahnya  pemimpin  UMNO  tempatan,  datanglah  secanggih   manapun  Idea  kepada   mereka  ianya  tidak  ubah  seperti  mencurah  air  kedaun  keladi  sahaja.

Seperkara  lagi  mengenai  Peruntukan-Peruntukan  Pembangunan  yang   disalurkan  keNegeri  Kelantan  bagi  Rancangan Malaysia ke9.   Datuk  Mustapa  Mohamad  selaku   Menteri  Kabinet  menyatakan    bagi    Hal   Pelajaran  sahaja  Kerajaan  Pusat  telah  menyalurkan  peruntukan  sejumlah  RM4 bil  dibawah  RM Ke9.   Yang  mengecewakan   kita    mengapa   baru    sekarang   disedari  yang   pelajar-pelajar  sekolah  diManik  Urai  memerlukan  bantuan   Pakaian  Seragam  dan  Beg Sekolah?    Setelah   separuh  tahun  2009   berlalu  baru  ada  pihak-pihak  yang  terfikir  untuk  membelanjakan  Peruntukan  RM4 bil  itu.

Bagi  para  pengundi  diManik  Urai   yang  telah   sangat  dewasa  dalam   hal   menilai   sesuatu,   fikirkanlah  penomena  yang  diutarakan  ini.   Bolehkah   hujan  sehari   melenyapkan  kemarau  yang  telah  ujud  berpuluhan  tahun?

3 Responses to KEMPEN BERSIH BARISAN NASIONAL : Bermula Bila?

  1. BR says:

    salam… selalu orang akan tanya… masih ada lagi ke kebersihan dalam umno? masalahnye nye ngan umno dulu kini selamanya mane ada bersih…. 🙂

  2. ANJA says:

    PAda saya mana mana parti pun sama tak ada yang bersih 100%,

    Adatlah manusia ini bila dilimpahi dengan wang dan kuasa …masing masing lupa daratan.

  3. khas says:

    Diantara rukun politik yang seorang ahli UMNO mesti yakin benar-benar adalah ‘rasuah bukannya haram’.Ini merupakan satu doktrinasi dan budaya yang murni untuk menolong sesama manusia. Jadi cerita bantuan pada masa kempen PRK, beri wang dan sebagainya semuanya HALAL. Jadi selagi UMNO dan BN memerintah jangan komen tentang perkara itu okay? Mengapa larang Kerajaan yang amat prihatin nak bantu rakyat. Kah,kah…kah.

Leave a comment