November 26, 2009
Kerusi DUN N. 3 Kota Siputeh diistihar oleh Mahkamah sebagai Kosong pada 16 November 2009. ADUN terakhir ialah Datuk Abu Hassan Sarif dan beliau bukanlah orang baru sebagai ADUN. Tidak ada alasan untuk beliau tidak tahu adanya Peruntukan Undang-Undang mengenai kehadiran Ahli Dewan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Beliau adalah seorang Penggubal Undang-Undang diDewan Undangan Negeri itu sendiri. Tambahan pula beliau mewakili sebuah Parti yang sangat ternama dan established.
Sebagai rakyat biasapun sekiranya menghadapi pendakwaan/pertuduhan diMahkamah kita sama sekali tidak boleh memberikan alasan tidak tahu Undang-Undang terhadap Kes yang didakwa. Setiap kita wajib mengambil tahu perkara yang bersangkut paut dengan Undang-Undang. Lagipun tidak ada sesiapapun Above The Law.
Begitu jugalah dalam Kes ADUN Kota Siputeh ini. Beliau sepatutnya akur kepada keputusan Mahkamah dan beri peluang kepada orang lain yang mampu memberi sepenuh komitmen terhadap tanggungjawab serta sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakatnya.
Memang betul ada avenue dimana beliau berhak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah tersebut. Itu adalah hak mutlak peribadi beliau. Dimana pula keadilan untuk para pengundi? Mengapa mereka perlu menunggu satu tempoh yang ta` dapat dijangka untuk Kerusi tersebut berpenghuni kembali. Jika tidak ada sebarang rayuan sudah pasti selewat-lewatnya dalam tempoh 2 bulan sahaja penduduk Kota Siputeh akan menerima Y.B. baru.
Setiap yang merayu mempunyai alasan tersendiri. Ada yang mengatakan Pilihanraya Kecil jika diadakan akan merugikan rakyat juga kerana urusan mengendalikan satu-satu Pilihanraya itu memerlukan satu perbelanjaan yang sangat besar. Tidak dinafikan kebenaran kata-kata itu. Berbalik kepada peristiwa bagaimana boleh berlakunya kekosongan, bukankah ianya akibat dari sikap yang tidak bertanggungjawab seseorang. Apakah perbuatan ini tidak merugikan rakyat?
Amalan demokrasi sangat segar dalam negara ini. Setiap orang mempunyai hak dalam Undang-Undang dan ini termasuklah kelebihan untuk membuat rayuan hingga keperingkat paling Atas (Mahkamah Agong). Jika perkara-perkara kecil seperti wajib kehadiran ini dipatuhi masa-masa yang berharga dapat diselamatkan daripada ia dihabiskan semata-mata untuk naik turun Mahkamah.
Leave a Comment » |
politic | Tagged: PKR, UMNO, PAS, DAP, Pakatan Rakyat, BN |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
November 24, 2009
Water water everywhere dipetik dari baris-baris Puisi popular yang bila diterjemah keBahasa Melayu maknanya hanya satu perkataan iaitu Banjir. Apabila datang musim tengkujuh hujanpun mencurah-curahlah kebumi. Oleh sebab kuantitinya terlalu banyak apa yang ada dimuka bumi akan tenggelam. Paling bernasib baik hanya sekiranya bumbung-bumbung rumah masih dapat dilihat dan sekaligus memberi kelegaan kepada orang yang sedang Bercinta. Bagi pasangan kekasih sering kita dengar jika dapat tengok Bumbung Rumahpun sudah cukup untuk mengubat rindu. Peristiwa sebegini barulah boleh dipanggil bencana alam atau satu Ujian dari yang Maha Berkuasa.
Disambung Puisi tadi kita ambil Not a drop to drink dan ini maknanya semua air yang terdapat ditempat berlakunya banjir akan menjadi tercemar atau contaminated dalam bahasa sainsnya. Akibat daripada pencemaran tersebut berbagai penyakit berjangkit melalui air “water-borne” seperti taun, taipod dan cirit-birit amat mudah menjadi wabak. Kesukaran hidup ini terpaksa dialami oleh rakyat dibeberapa negeri antaranya Utara Perak, Kedah, Kelantan dan Trengganu bila sampai musim tengkujuh.
Bagi kita yang tidak mengalami bencana ini tidak akan tahu betapa rumitnya orang-orang yang dilanda musibah tersebut terpaksa mengharung berbagai masaalah. Berapa banyakpun jenis bantuan yang akan tiba ia tetap tidak dapat memulihkan keadaan. Kesukaran makan minum, terpaksa bergelap kerana bekalan letrik terputus dan kemusnahan banyak peralatan-peralatan penting disebabkan oleh banjir ini sangat menyayat hati.
Satu soalan yang masih tidak terdapat sebarang jawapan bolehkah Penganjuran Monsoon Cup menyelesaikan segala kesukaran yang terpaksa ditanggung. Dengan lain perkataan bolehkah kegembiraan dan kegirangan sewaktu menyaksikan berlangsungnya acara-acara Monsoon Cup dapat melerai segala derita? Saya kira idea asal untuk menetapkan kalendar Monsoon Cup dimusim tengkujuh inipun bertujuan mengalihkan persepsi yang bukan pada cuaca baik sahaja kita boleh mendapatkan hiburan.
Jika pihak yang berkenaan merasakan ada sedikit kebenaran daripada tulisan ini adalah diharapkan projek yang menelan perbelanjaan berjuta-juta ini dapat dikaji semula. Kita akan dipandang lebih mulia jika mengutamakan kebajikan rakyat daripada mengejar nama.
Leave a Comment » |
politic | Tagged: Banjir Besar, Banjir Besar DiTrengganu, Monsoon Cup |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
November 19, 2009
Sewaktu pucuk pimpinan MCA mengambil keputusan menyerahkan kepada Central Delegates menentukan halatuju Parti, pemimpin-pemimpin yang bertelagah memberi pengakuan yang mereka bersedia patuh dan menuruti kehendak para Perwakilan.
Keputusan tersebut telah memberikan keyakinan baru kepada pengamal politik dalam Parti Politik terbesar bagi orang-orang Tionghua. Telah direncana MCA akan pasti kembali kelandasan asal sebaik sahaja selesai EGM pada 10 haribulan 10. Akan dibuktikan yang semua kritikan yang dilempar terhadap mereka sebelum ini adalah salah.
Perkara yang paling utama yang telah diputuskan oleh para Perwakilan pada EGM tersebut ialah hilangnya kepercayaan terhadap Presiden. Dengan lain perkataan mereka mahukan Presiden Ong berundur secara terhormat. Bagi memberi keadilan kepada Presiden, mereka juga tidak bersedia memberikan kembali jawatan Timbalan Presiden kepada Dr. Chua. Para Perwakilan bersetuju mengembalikan hak Dr. Chua sebagai ahli yang sebelumnya telah dipecat oleh Majlis Presiden.
Tuan Presiden yang sama sekali tidak menyangka akan menerima hukuman seperti itu lalu merujuk Perlembagaan untuk terus berkuasa. Terdapat satu Fasal dalam Perlembagaan Parti yang menyatakan Tuan Presiden tadi tidak secara otomatis telucut jawatannya memandangkan usul hilang kepercayaan tersebut tidak mendapat majoriti yang diperlukan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan. Kaedah yang sama juga terpakai bagi orang Nombor 2 dalam Parti. Akhirnya Dr. Chua kembali berkongsi kuasa.
MCA terus bergolak. Hari demi hari berbagai pemecatan mengambil tempat. Ada pihak-pihak yang merasakan mereka boleh menyelamatkan Parti dengan menganjurkan satu lagi EGM. EGM yang dimaksudkan ini boleh membuat ketetapan supaya barisan kepimpinan tertinggi dipilih semula. Walau bagaimanapun usaha-usaha pihak berkenaan gagal mendapatkan restu walaupun kuota memangil EGM mencukupi. Kini pemikiran seluruh anggota MCA tertumpu kepada Agenda 28/11 sama ada ianya boleh/akan berlaku. Sekiranya akan ada satu lagi EGM mampukah ia melakar satu keputusan yang lebih mutlak dari apa yang terungkai dalam EGM 10/10.
Kita tidak tahu apakah masaalah sebenar yang dihadapi oleh MCA dan sejauh mana ia menjejaskan BN. Mereka mengambil masa begitu panjang untuk membaikpulih rumahtangga. Nampaknya orang-orang yang memimpin MCA sudah berhenti berpolitik. Sudah tidak kedengaran lagi suara-suara pemimpin yang sanggup menjadi penyelesai masaalah. Ruang Arena yang begini luas hanya diguna untuk bercakaran sesama pemimpin. Setiap hari cakap-cakap yang kita dengar hanyalah berkisar kepada pemilikan kuasa. Agenda kuasa ini sajalah yang sedang berkumandang. Memang benar kuasa itu penting. Tetapi apa gunanya kuasa jika pertubuhan semakin lemah. Lebih menyedihkan apa gunanya kuasa jika sudah tidak ada yang percaya kepada perjuangan.
Masih bolehkah diharapkan kepada MCA untuk menggalas harapan sebilangan besar masyarakat? Kehidupan mesti diteruskan. Kepada yang merasakan mereka hanya membuang masa sebenarnya masih belum terlambat untuk bersama-sama Chua Jui Meng dalam PKR atau DAP yang sentiasa membuka pintu seluas-luasnya . Walau bagaimanapun MCA belum lagi layak menjadi bahan sejarah. Tetapi jika para pemimpinnya terus mendesak dan mengalih segala kepentingan, apa lagi pilihan yang ada?
Leave a Comment » |
politic | Tagged: PKR, DAP, Pakatan Rakyat, MCA/BN |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
November 16, 2009
Datuk Abu Hassan jelas dalam Dilemma. Timbalan Presiden Partinya membuat arahan yang beliau mesti hadir keDewan Undangan Negeri Kedah yang dijadualkan akan bersidang besok (17.11.09) manakala yang terbaru berita dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan yang kerusi Kota Siputeh kosong dan sekaligus mengarahkan SPR mengadakan Pilihanraya Kecil.
Sebagai Ahli UMNO Datuk Abu Hassan boleh dikenakan tindakan tatatertib jika ingkar kepada arahan Pucuk Pimpinan Partinya. Sebagai seorang rakyat pula beliau terbukti Menghina Mahkamah jika beliau berdegil juga lantas hadir sebagai Ahli Dewan.
Menyingkap berita secara online sebentar tadi Barisan Nasional akan mengemukakan Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Kita terpaksa menunggu dengan penuh sabar akan perkembangan selanjutnya. Walau bagaimanapun perhatian sudah pasti berpusat diDewan Undangan Negeri Kedah pada besok.
Sebagai orang biasa kita mungkin akan dapat melihat satu lagi sejarah tercipta. Berbagai kemungkinan boleh berlaku. Sedang semua pemikiran tertumpu diKota Siputeh mana tahu tiba-tiba tiga territory katak diPerak juga diistihar kosong. Anggota Parti dalam Pakatan perlu juga bersiap siaga kepada kemungkinan tersebut. Jentera kita sudah boleh dikemaskini walaupun BN sedang sibuk mahu membuat Rayuan.
3 Comments |
politic | Tagged: BN/UMNO, DAP, Pakatan Rakyat, PAS, Pilihanraya Kecil, PKR |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
November 12, 2009
Tajuk yang tertera diatas merupakan kata-kata pelengkap sebuah ungkapan. Sepenuhnya ia berbunyi seperti berikut : CAKAP SALAH TA` CAKAP SALAH..JADI SEMUA SERBA SALAH. Sebagai seorang Ahli PKR saya sering berdepan dengan dilemma seperti ungkapan ini. Sudah terlalu ramai ahli yang tidak sayang kepada Parti. Masing-masing mahu mengejar publisiti.
Sekecil-kecil insiden dibawa kepentas umum. Setelah mendapat liputan Akhbar boleh pula mereka berdamai dan mengumumkan yang segala pertelingkah yang dihebah sebelumnya sudah berjaya diselesaikan. Gejala mencari publisiti murahan ini mestilah dihentikan. Jika tidak Partilah yang akan menerima padahnya. Saya orang kecil saja dalam Parti tetapi saya sangat sayangkan perjuangan atau loves the Party more. Jika kita rajin membuat penyelidikan memang terdapat dalam Parti orang-orang yang bertalam dua muka. Jika mereka diberi tempat, pemimpin akan dipuji melangit jika sebaliknya akan kedengaranlah kutukan-kutukan keras terhadap Kepimpanan.
Perkara-perkara internal tidak patut dibawa kepada umum. Pihak-pihak Akhbar Perdana yang menagguk diair keroh memanglah bersedia memberikan liputan demi survival persuratkhabaran dan sekaligus berjaya meningkatkan jualan. Dan apa yang dapat dilihat ahli-ahli Parti kitalah yang berlumba-lumba mendapatkan Akhbar berkenaan dan membiarkan Lidah Resmi Parti Suara Keadilan bertimbun dan bersawang diatas Rak-Rak Outlet. Selagi kita tidak sedar akan gejala ini selagi itulah pihak-pihak yang berkepentingan memperoleh laba politik.
Pihak pimpinan perlu segera meletakkan full stop kepada perkara-perkara antik yang ahli-ahli lakukan ini. Tidak kira apa kedudukannya (walaupun YB) , mereka tidak sepatutnya dibiar mengamalkan Double Standard. Didalam ceramah-ceramah, mereka sering menganjurkan perkara yang baik-baik tetapi lain pula yang mereka sendiri amalkan. Janganlah dimusim-musim Pemilihan baru hendak jaga sopan santun dan tidak berhenti senyum.
Jadi kesimpulannya kita kembali kepada tajuk. Dan saya sudah bersedia berada didalam keadaan tersebut. Jika tulisan saya ini mendapat reaksi negatif saya akan sentiasa ada pilihan dan jalan keluar. Yang mesti diberi Keutamaan hanyalah Parti dan perjuangannya.
1 Comment |
politic | Tagged: anwar ibrahim, Pakatan Rakyat, PKR |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
November 11, 2009
Parti KeADILan Nasional yang ditubuhkan dalam tahun 1998 dengan tempoh yang singkat telah berjaya menyertai Pilihanraya Umum Ke 10. Didalam Pilihanraya tersebut Parti Keadilan Nasional telah memenangi Kerusi DUN Bota yang diwakili oleh Kapten (B) Usaili Alias. Serentak dengan penubuhan tersebut juga sayap-sayap Wanita telah diujudkan disetiap Bahagian dalam Negeri Perak.
Puan Fatmawathy Salim adalah dikalangan mereka yang terawal (pioneer) menyertai Parti dan memperhambakan diri. Beliau bermula sebagai ahli biasa sahaja. Kelibat beliau akan dapat dilihat disetiap aktiviti Parti sama ada diPeringkat Negeri mahupun diBahagian. Beliau hanya menjadi pengikut sahaja dizaman Puan Sharifah menjadi Ketua Wanita Negeri dan kemudiannya diambil alih oleh Hajjah Hasnah.
Pada era Sharifah dan juga Hajjah Hasnah sayap Wanita sangat malap. Setiap kali diadakan mesyuarat J/Kuasa Negeri jumlah kehadirannya amat mendukacitakan. Wanita PKR Negeri Perak berubah wajah semenjak Puan Fatmawathy ditunjuk sebagai Ketuanya. Melalui kepimpinan beliau yang mesra dan terbuka telah dapat menarik kembali pemimpin-pemimpin wanita Bahagian memperkuatkan organisasi. Suasana mesyuarat J/Kuasa Wanita Negeri sudah mula meriah. Banyak aktiviti-aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap mesyuarat bulanan dihadiri oleh hampir-hampir seluruh Bahagian dalam Negeri Perak. Tidak timbul lagi mesyuarat tidak cukup korum. Sampai kehari ini Puan Fatmawathy dilihat masih komited terhadap kerja-kerja Parti sisamping suara-suara sumbang itu. Dengan lain-lain perkataan laungan yang meminta beliau berundur sedikitpun tidak melemahkan semangat juang yang beliau miliki.
Kepada Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi yang mewakili 100 wanita yang mendesak Puan Fatmawathy untuk meletak jawatan suka saya nasihatkan supaya memahami Peraturan dan Perlembagaan Parti. Apabila kita telah baca dan faham akan Perlembagaan tersebut barulah kita tahu perkara-perkara yang Boleh dan Yang Tidak Boleh sesorang ahli buat. Seterusnya kita akan faham hanya Parti yang boleh membuat soalan seperti Apa yang Boleh Anda Berikan Kepada Parti. Sebagai Ahli kita tidak berpeluang mengemukakan soalan balas.
Jika seseorang ahli itu tidak sanggup akur kepada kehendak-kehendak Parti memang sewajarnya bersetuju dengan saranan Ketua Umum Parti iaitu memilih platform lain yang mampu memberikan keselesaan dan kesenangan tanpa perlu berkorban.
Sebagai rakan seperjuangan saya memohon agar Puan Fatmawathy tidak berganjak dari Kerusi Ketua Wanita PKR Negeri Perak. Melepaskan sesuatu amanah itu bererti kita tidak sanggup menempuh cabaran sedangkan saya tahu Puan Wati seorang yang tidak pernah gentar kepada cabaran.
Leave a Comment » |
politic | Tagged: anwar ibrahim, Pengkianat Perjuangan, PKR |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
November 8, 2009
Sejauh manapun sesuatu perjalanan itu ia tetap bermula dengan langkah yang pertama. Tanggal 8 Mac 2008 adalah tarikh keramat. Pakatan yang masih belum terurus dipaksa oleh rakyat mentadbir Negeri Perak.
Pada dasarnya Pakatan Rakyat mahu mentadbir negeri berjiwa rakyat. Sehingga untuk melantik Ketua-Ketua Kampong beserta dengan Ahli JKKK pun diserah mengikut kehendak rakyat. Ahli-Ahli Majlispun dianjurkan terpaksa melalui berbagai saringan. Proses melantik Ketua-Ketua Kampong dan Ahli-Ahli Majlis dimulakan dengan memberi penerangan kepada ahli Parti diikuti dengan mengundi untuk memileh Ketua-Ketua Kampong dan beberapa Temuduga bagi melantik Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Walaupun telah melalui peraturan yang memakan masa yang begitu panjang keputusan muktamatnya tetap tidak demokratik. Jika dalam Bolasepak ia disebut “sudah diatur”.
Oleh sebab tiadanya orang-orang cerdik dikalangan ahli-ahli maka Ketua-Ketua Bahagian yang kalah Pilihanraya terpaksa dipilih bagi mengisi kerusi Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan selebihnya pula ia diisi oleh orang-orang kepercayaan Ketua-Ketua Bahagian. Dan ini tidak termasuk agihan-agihan bagi mengetuai GLCs. Melihat kepada realiti sebegitu sepatutnya tidak perlu langsung diujudkan berbagai saringan dan proses. Dari awal-awal lagi sepatutnya ditegaskan kepada ahli yang segala keputusan yang dibuat oleh Pimpinan adalah muktamat. Ahli-Ahlipun tidak lah terbuang masa hadir temuduga dan saringan. Tidak kah para pemimpin sekelian sedar yang mereka telah terlalu banyak membuang masa? Sikap mementing diri dikalangan pemimpinlah yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas diseparuh jalan.
Kini, semua ahli diminta berkerja keras bagi menjamin kemenangan sekiranya Pilihanraya akan berlaku didalam masa yang terdekat. Lain pula yang dilakukan oleh para pemimpin. Mereka nampaknya lebih sibuk mengadakan Poll Status Calun didalam Blog bagi meninjau populariti sambil mengumpul peratusan yang tertinggi supaya tidak ada orang lain yang mampu bersaing. Bila kita kata mereka datang keParti ini membawa budaya UMNO bukan main marah lagi sampai ta` nampak telinga.
Tentu ramai yang ta` senang dengan tulisan ini tetapi untuk berlaku Adil cakap-cakap mereka saja kah yang betul dan perlu diikut? Saya akan berasa amat bangga sekiranya Datuk Seri Presiden PKR sendiri dapat mengambil sedikit perhatian.
Leave a Comment » |
politic | Tagged: anwar ibrahim, DAP, PAS, PKR, Poll Populariti Calun, UMNO |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
November 2, 2009
Sebuah lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab bertajuk Bila Rindu Ku Sebut Namamu telah menjadi Juara Lagu dalam pertandingan anjuran TV3. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Siti Fairus. Sebuah adunan muzik yang begitu mendayu dan disempurnakan (perfect) lagi dengan susunan lirik yang hebat oleh Juwie.
Diantara liriknya : Tanpa kusedar….Aku tersebut namamu
Mengapakah dengan tiba-tiba….Akupun menjadi rindu
2. Lagu ini tiada kaitan langsung dengan Sungai Bayor. Saya mahu membayangkan kepada para pembaca betapa sayunya saya dihari ini apabila terkenangkan tempat tersebut. Saya berkhidmat disini selama tujoh tahun (1971-1978) sebelum diarah berpindah keSitiawan bagi melaksanakan bidang tugas yang lebih mencabar.
3. Saya mula kenal persahabatan diSungai Bayor. Dalam usia yang masih mentah saya diberi kepercayaan memimpin golongan Belia dan Belia-Belia diSungai Bayorlah yang mengangkat saya sehingga saya dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa diPeringkat Negeri. Disini jugalah saya mula berjinak dengan kegiatan politik. Saya tidak mungkin mendapat keistimewaan sebegini jika saya tidak sanggup tinggalkan kampong halaman.
4. Saya percaya ramai rakan-rakan seangkatan masih berada diSelama khasnya diSg. Bayor seperti Cikgu Zakaria , Cikgu Shamsuddin, Cikgu Ibrahim Sazali (kesemuanya telahpun bersara) dan Sdra Mohamad Ibrahim.
5. Saya sangat berharap untuk kembali melihat keadaan Sungai Bayor yang saya dengar sudah banyak berubah. Kepada khalayak Sungai Bayor yang berkesempatan membaca tulisan ini saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Leave a Comment » |
politic | Tagged: Ahmad Nawab, Juara Lagu 1988, Mengurus Rindu, Tempat Kenangan |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
October 30, 2009
DiNegeri Sembilan masakan yang paling popular ialah Masak Lemak Pedas menggunakan Cili Api. Bagi membuktikan kebenaran perkara ini sehingga ada satu tempat dinamakan Pedas. Saya juga pernah berkursus diSekolah Latihan Kesihatan Rembau disekitar awal 1969 dan saya memperakukan yang masakan Gulai Lemak Cili Api ini memang “Best” walaupun kegemaran saya tetap Gulai Tempoyak.
Bercakap mengenai jenis-jenis Cili (cabai) memang ada cili yang pedas, kurang pedas dan merah menyala tetapi langsung ta` pedas. Walau macam manapun sekiranya kita hendak mengesahkan sesuatu kesalahan kita akan berkata “Siapa Makan Cili Dialah Yang Merasa Pedasnya”
Saya hendak kaitkan kisah ini dengan apa yang diluahkan oleh Datuk Mohamad Aziz Sri Gading diParlimen semalam. Melalui laporan diAkhbar dan juga ulasan didalam Blog Detikdaily dua Menteri Kabinet dimintanya meletak jawatan. Saya tidak nampak cacat celanya kedua-dua watak tersebut. Sebagai Ahli Jemaah (Kabinet) mereka melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh jika Ong Tee Keat tidak membuat kerjanya ta` mungkin skandal PKFZ kini “box office”. Bagi Presiden GERAKAN pula beliau baru saja berada disitu. Jika tugasan yang perlu beliau pikul sesuatu yang mudah tidak perlulah Perdana Menteri melantik seorang lagi Menteri bertanggungjawab kepada KPI.
Sebagai rakan dalam BN pula Sri Gading sepatutnya mengambil tahu akan kandungan Perlembagaan MCA. Oleh kerana keputusan Undian hanya “simple majority” maka jawatan Presiden tersebut tidak terbatal secara otomatis. Berpandukan kepada perkembangan terkini usaha-usaha “berkompromi” yang telah dibuat antara Ong dan Chua ini dilihat boleh menjernihkan kembali perpaduan ahli. Sebagai Wakil Rakyat, Sri Gading sepatutnya menggunakan masa yang diberi untuk meluahkan masaalah rakyat. Sebagai contoh Peraturan yang mewajibkan kenderaan berumur lebih 15 tahun dibawa kePuspakom sebelum boleh diperbaharui Cukai Jalan mulai tahun depan patut ditentang oleh wakil-wakil rakyat kerana ia boleh menyulitkan keadaan. Bukan semua kenderaan lama tidak “road worthy” dan bukan semua yang baru itu tiada cacat cela. Tengok saja Jambatan Gantung Kuala Dipang yang runtoh sedangkan baru dua minggu dibina.
Saya bersetuju benar publisiti yang meluas ini diberi kepada Sri Gading. Oleh kerana terlalu kurang mendapat liputan media saya pun terkejut bila mendapat tahu yang beliau telah tiga ( 3 ) Penggal menjadi Wakil Rakyat dan sebelum ini juga beliau pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri. Hanya jawatan Menteri Kabinet sahaja yang belum. Bagi menutup cerita ini biarlah cili memainkan peranan yang sepatut baginya. Jangan terikut-ikut orang dulu-dulu, menghukum anakpun guna cili.
Leave a Comment » |
politic | Tagged: Barisan Nasional, DAP, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, UMNO |
Permalink
Posted by ahmadzawawi
October 28, 2009
Dimana rasionalnya Bajet Tahunan dilulus dalam tempoh ( masa ) yang begitu singkat iaitu kurang dari 2 jam sedangkan Notis memanggil Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk hadir Persidangan mengambil masa 14 hari sebelum tarikh iaitu satu tempoh yang memungkinkan para ADUN cukup bersedia dengan Input yang sepatutnya.
Perkara ini berlaku pada 28 Oktober 2009 diDewan Undangan Negeri Perak. Bagi Anggota Kerajaan beserta dengan BN Backbenchers nya sudah tentulah merasa sangat bangga kerana kejayaan mencipta satu sejarah yang sangat unik. Tetapi bagaimana pula dengan perasaan pembayar cukai. Tidakkah perlakuan sedemikian rupa telah benar-benar mengecewakan mereka? Jika peruntukan beratus juta boleh dilulus dalam tempoh sesingkat itu tidak mustahil perbelanjaan sebenar boleh berlaku sepantas kilat.
Yang pasti peristiwa ini akan terakam didada-dada Akhbar besok harinya dan semua golongan rakyat dapat menatapnya. Begitulah juga kepada peminat-peminat Sejarah seluruh dunia dimana maklumat serupa akan diperolehi melalui portal-portal berita yang terkenal.
Sudah tiba masanya bagi para pengundi membuat penilaian dan bersedia memberi perhitungan betul dan tepat pada PRU ke 13 nanti. Bukti yang macam mana lagi diperlukan untuk Menolak mereka daripada terus Bersultan dimata dan beraja dihati.
1 Comment |
politic | Tagged: Bajet 2010, DAP, PAS, PKR, UMNO/BN |
Permalink
Posted by ahmadzawawi