Hampir sebulan berkampong disini. Kini sampai masa untuk pulang. Rakan-rakan yang pulang ke Sarawak sudahpun sampai di Kucing. USM terletak dipulau dan untuk sampai kesini perlu menyeberangi laut. Suasana dan tempat belajar sangat menyenangkan. Dua buah Tugasan telah dapat disiapkan disini. Apabila kembali hanya menumpukan final (PA) saja.
Sesiapa yang ingin mendalami ilmu kesusasteraan perlu segera mendaftar kerana mulai Intake 2014/15 mata pelajarandalam kursus tersebut akan dipertingkat iaitu dengan penambahan 20 unit jam kredit. Kalaupun tak boleh jadi Sasterawan para pelajar mampu menghasilkan suatu penulisan setidak-tidaknya menerbitkan siri-siri cerpen.
Saya disini tidak mengejar nombor keramat 41. Saya sudah lama bersara. Saya berada disini sekadar mencari kepuasan diri kerana pada usia-usia awal tidak ada peluang. Terima kasih USM. Terima kasih Malaysia yang mengzahirkan Pengajian Sepanjang Hayat.