KEPUTUSAN DI TANJONG PIAI MERUPAKAN SUATU REPLEKSI

Besok 16 Nobember 2019 seluruh pengundi di Parlimen Tanjong Piai akan membuat keputusan. Seperti biasa setiap kali berlakunya Pilihanraya Umum atau PRK para sahabat akan bertanyakan pandangan saya siapa yang akan memenangi Kerusi yang kosong itu. Bagi Kerusi Parlimen Tanjong Piai ini saya meramalkan Barisan Nasional akan berjaya merampasnya kembali. Perkara-perkara berikutlah yang menyokong ramalan itu:

Pertama, pada PRU ke 14 BN tewas dengan majoriti yang terlalu kecil. Manakala PAS selaku outsider masih mampu meraih 2962 undi. Dalam PRK kali ini PAS tidak bertanding dan secara terang- terangan menyokong BN.

Kedua, pertandingan 6 penjuru menunjukkan situasi dingin para pengundi terhadap Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam kata lain ramai yang mahu melakukan undi protes.

Ketiga, keputusan Kerajaan PH secara tergesa-gesa menamatkan siaran TV Analog sangat-sangat mengejutkan para pengguna. Cara berubah kepada siaran Digital bukan semua rakyat tahu prosesnya dan ramai yang sudah tidak menonton TV.

Sekian sekadar pandangan. Jika tepat ramalan ini, sudah sampai masanya taiko-taiko PH mengubah keutamaan mereka.

Leave a comment