HULU SELANGOR : PELUANG BLOGGER MENGISI KEKOSONGAN

Secara  resminya  Suruhanjaya  Pilihanraya  sudahpun  menetapkan   17hb.  April  sebagai  tarikh  Penamaan  Calun  bagi  mengisi  kekosongan  Kerusi  Parlimen  Hulu  Selangor  dan   jika  ada  pertandingan  Hari   Mengundi  ialah  pada  25hb.  April,  2010.

Mengikut  perkhabarannya  Barisan  Nasional  akan  hanya  mengumumkan  Nama  Calun   mereka  pada  15hb.  iaitu  dua  hari  sebelum  tarikh  penamaan.    Dalam  erti  kata  lain    Calun  tersebut  sebenarnya  sudahpun    dikenalpasti.    Dengan  cara  begini   Parti-Parti  komponen  lain  yang  mengharapkan  calun  mereka  dipilih  tidak  mampu  melakukan  apa-apa  lagi  kerana  kesuntukan  masa.  Berdasar  kepada     Status quo , calun   Barisan  Nasional  tentunya   dari  Parti  MIC  dan  ini  merupakan  satu  risiko  yang  terpaksa   BN  hadapi.

Parti  Keadilan  Rakyat  juga  tidak  memiliki  banyak  pilihan.     Jika    calun   dari   kaum  India  dipilih   untuk  mengimbangi  BN   besar  kemungkinan   pengundi-pengundi  melayu  yang  menyokong  memenangkan  Dato  Zainal  Abidin  dulu  akan  tawar  hati.    Dan  lagi  seperti  yang  dilapurkan  dalam  Akhbar    Parti  MIC  sangat  yakin  12,000   Pengundi  dari  kaum  India  akan  mengundi  calun  mereka.    Mahu  tidak  mahu  seorang  calun  Melayu  jugalah  yang  akan  mewakili  Pakatan  Rakyat   dalam  pertarungan  yang  dijangka  sengit  ini.

Pucuk  pimpinan  PKR   dilihat   dalam  dilemma untuk  memilih     “winnanble  candidate”. Jika  seperti  lazimnya  orang-orang  yang  pernah  bersama  Anwar  dalam  UMNO  dulu  atau  rakan-rakan  semasa  di MCKK   dipilih   tidak  mungkinkah  mereka  ini  juga  akan  mengikut  jejak  rakan-rakan  yang  telah  membebaskan  diri itu?    Walau  bagaimanapun  masih  ada  orang  yang   baik  dalam  Pimpinan  PKR.       Untuk  memileh  seorang  yang  berpendidikan,  berintegriti  dan   mempunyai  latarbelakang   ugama  tidak  keterlaluan  saya  katakan   Calun  tersebut  ialah  Sdra  Mustafa  Kamil  Ayob.  Selain  dari  memiliki  ciri-ciri  yang  disebutkan  beliau  juga  merupakan  salah  seorang  Naib  Presiden  Parti.   Dikalangan  ketiga-tiga  Naib  Presiden  PKR  beliau   sahaja  yang  tidak    bergelar   YB.      Lain-lain  alternatif  seperti  meletakkan  ahli  Parti  PAS  sebagai  calun  akan  lebih  merumitkan  keadaan.

Melihat  kepada  senario  ini,  saorang  calun  dari  pihak  ketiga   ” 3rd  choice  “ boleh  melakukan  kejutan  dan    memintas  kedua-dua  calun  diatas.   Dan  peluang  ini  terbuka  luas  kepada    para  Blogger.  Kepada  Blogger  yang  laman  blog  mereka  mencapai hit beribu-ribu  sehari   perkara    menyertai   saingan   di  Hulu  Selangor   ini   adalah   ibarat          ” orang  mengantuk  disorong  bantal “. Memandangkan   usaha  ini  merupakan  satu Trend  Setter sudah  tentulah   para  blogger   akan  bersatu   dalam    menjayakan  kempen  sama  ada   lawatan  rumah  kerumah  mahupun  dialam  maya.    Sebelum  ini  ramai  yang  mendakwa  kejayaan  Pakatan Rakyat  didalam    beberapa    Pilihanraya  Kecil    adalah  dari   bantuan   para  Blogger.  Sudah  sampai  masanya  para  Blogger  sendiri  mewakili   rakyat  diParlimen.   Kalau  rata-rata  orang  berkata   Malaysia  Boleh maka  tidak  mustahil    Blogger  juga  Boleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: