BARISAN BERMULA DENGAN TUGAS BERAT

Proses  Penamaan  Calun   bagi  mengisi  kekosongan  P.094  telah  berjalan  dengan  penuh  demokratik.   Empat   orang   telah  dinamakan  sebagai  Calun.    Dua  orang  mewakili  Parti    manakala   dua   lagi   bertanding  sebagai  calun-calun  Bebas.     Secara  resmi  gelanggang    kempen  sudahpun  dibuka.

Parti  PKR  yang  mewakili   Pakatan  Rakyat   dilihat    mampu   mengekalkan  Kerusi  tersebut.   Walaupun  Allahyarham   Dato  Zainal  Abidin   sentiasa  sahaja  keluar  masuk  hospital,  kebajikan  masyarakat  dalam  kawasan  Parlimen  ini  tetap  dilaksanakan  melalui  Penyelia-Penyelia  DUN  yang  dilantik  oleh  Kerajaan  Negeri  Selangor  dibawah  pimpinan  Tan  Sri  Menteri  Besar.

Bagi  Barisan  Nasional  pula  dari  awal  lagi  telah  dilihat  sedang  berdepan  dengan  pelbagai  masaalah.  Sebaik  sahaja  selesai  urusan  Penamaan  Calun,  BN  terpaksa  dengan  cara  drastik  memecat  dua  orang  dari  Parti  Komponen  mereka  kerana  bertanding  sebagai  Calun  Bebas.   Semua  orang  tahu  calun-calun  yang  bertanding  secara  bersendirian  tidak  akan  mendapat  apa-apa  keuntungan  malah  besar  kemungkinan  akan  kehilangan  Wang  Pertaruhan.  Tetapi   mereka  yang  bertanding  sebagai  Calun  Bebas  ini  merasa  puas   kerana  apa  yang  mereka  lakukan  ini  adalah  merupakan  satu  Protes  kepada  pimpinan  Barisan  Nasional   sebab  telah  membelakangkan  kehendak  akar  umbi.    Dalam  lain-lain  perkataan  BN  terpaksa  mengambil  banyak  masa  memperjelaskan  kepada  penyokong-penyokong  mereka  mengapa  calun-calun  favourite ditolak.

Dalam  apa  keadaanpun  Ahmad  Maslan  selaku  Ketua  Penerangan  UMNO  bolehlah  berbangga  kerana  cabarannya  telah  disambut  oleh   Encik  VS  Chandran  yang  bertanding   menggunakan  lambang  Jam Loceng.   Parti  PKR  tidak  dapat  menyahut  cabaran  beliau  itu  oleh  kerana  kepentingan   53 %  Pengundi  melayu  mesti  diutamakan.  Istilah-Istilah  seperti  Kerusi Selamat dan  Bukti  Setiakawan hanya   terpakai  dalam  Barisan  Nasional.   Dalam  realitinya  seseorang  Wakil  itu  hendaklah  datang  dari  kumpulan  yang  majoriti.

Walaupun  saya  sedikit  kecewa  kerana  tidak  ada   calun  dari  kalangan   Blogger ,  kehadiran   Johan  Mohd  Diah  dan  VS  Chandran  sudah  cukup  untuk  mewakili    “The  3rd  choice”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: