Diantara yang keluar PKR sempena Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini terdiri daripada mereka yang pernah mewakili PKR sebagai calun pada beberapa Pilihanraya Umum yang lalu. Ada juga diantaranya semasa Pakatan memerintah Negeri Perak dilantik sebagai Ahli Majlis. Dalam bahasa ringkasnya Habis Madu Sepah Dibuang. Semua orang tahu jika hendak mencari kedudukan ataupun kesenangan bukannya didalam Parti PKR. Mereka-mereka yang kuat mempercayai perjuangan PKR adalah dikalangan orang-orang yang tidak mementingkan diri. Mereka memperjuangkan hak yang sepatutnya dinikmati oleh semua. Mereka membenci rasuah serta menentang kronisma.
Walau bagaimanapun bagi bekas-bekas ahli PKR yang cukup cemerlang membantu BN diHulu Selangor sukalah diingatkan yang segala penat lelah tersebut akan berakhir hari ini. Seharusnya tuan-tuan dan puan-puan berasa sangat bangga berbuat demikian. Kita percaya ada diantara mereka sudah selesaikan tugas dan telahpun pulang ketempat masing-masing.
Memang benar ramai orang-orang PKR marah dan benci terhadap tindakan mereka memperdaya parti tetapi sebaliknya saya tidak mempunyai sedikitpun perasaan sedemikian terhadap perbuatan mereka itu. Apa yang saya harapkan sebaik saja mereka pulang kekampong masing-masing mereka tidak terkena sindrom “Mengeghoteh tikor dan milang kasor”. Mengikut cerita orang tua-tua belum ada seorang bomohpun berjaya memulihkan mereka yang terkena sindrom ini.
Dipihak Sekretariat Parti PKR haruslah berhati-hati dengan mereka-mereka ini kerana tidak mustahil pelompat-pelompat tersebut memohon kembali menjadi ahli kerana didalam PKR seseorang itu boleh terus memohon menjadi ahli. Jika mana-mana pengkhianat ini diterima semula saya percaya diketika itu lebih ramai akan meninggalkan parti.