JAUHARI JUGA YANG MENGENAL MANIKAM

April 24, 2010

Jika  dibaca  sekali  lalu  tajuk  diatas  menerangkan  bahawa  seorang  yang  bernama  Jauhari  sahaja  yang  kenal  seorang  yang  bernama  Manikam.      Sebenarnya  bukan  begitu.    Tajuk  tersebut  adalah  satu  Peribahasa melayu.       Maksudnya  secara  umum :      Hanya   orang-orang  yang  bijaksana  sahaja  dapat  memahami  sesuatu  keadaan  dan  menghargai  nilai.    Dalam  lain-lain  perkataan   satu   lagi   peribahasa  iaitu    Jika  tidak  ada-ada   ta`  kan   Tempua    bersarang rendah juga  ada  persamaan.

Oleh  yang  demikian  tulisan  ini  ditujukan  kepada  golongan  muda   berpelajaran  tinggi  yang  secara  kebetulan  berpeluang  kali  ini   mengundi  diPilihanraya  Kecil   P.094  Hulu  Selangor.    Setelah   sekian  lama   negara  mencapai  kemerdekaan  dan   mempunyai  pemerintahan  secara  demokrasi  mengapa  pula   apabila   ada   Pilihanraya  Kecil  baru   berbagai  bantuan  hendak  diberi.   Dan  masa  inilah   juga sekolah-sekolah  yang  usang  hendak  dibina  semula.  Perkara  sebegini  jugalah  yang  berlaku  pada  setiap  kali  adanya  Pilihanraya  Kecil.   Pembangunan  dan  kemajuan  bagi  rakyat  sepatutnya  menjadi  agenda  yang  berterusan  bukan  hanya  direncanakan  apabila  terdapat  sesuatu  pilihanraya.

Dengan  mengutarakan  perkara  ini  bukan  bererti  saya  menghina  perbuatan  tersebut  atau  memperkecil  hasrat  Kerajaan  itu.  Oleh  sebab  ianya  hanya  dilakukan   secara  kebetulan  apabila   menjelang   Pilihanraya   maka  ianya  seperti  budaya   give  and  take pula  yang    tidak  sepatutnya   terjadi   dizaman  yang   sudah  jauh   bertamadun   dan  ditengah-tengah  era  ledakan  maklumat.

Pada  PRU  ke  12  majoriti  pengundi  disini  telah  membuat  perubahan  dengan  menghantar  Wakil  Parti  Keadilan  Rakyat  keParlimen.   Perubahan  tersebut   perlu  dikekalkan   supaya  suara  hati  rakyat  terus  diperdengarkan  dengan  lebih  lantang  lagi.

Sekian.  Selamat  Mengundi.


HULU SELANGOR KINI MEDAN TERBUKA

March 29, 2010

Semoga    dicucuri   rahmat  keatas  roh  Allahyarham  Datuk   Zainal  Abidin  Ahmad.   Sudah  menjadi  adat  kehidupan   –  yang   pergi   akan   berganti   dan  yang    kosong    akan   segera   diisi.    Siang-siang  lagi   Suruhanjaya  Pilihanraya  sudah  bersedia  untuk   bermesyuarat      bagi  memutuskan  tarikh  Pilihanraya  Kecil   kawasan  Parlimen  Hulu  Selangor.

Diatas  kertas  Barisan  Nasional   berpeluang  merampas  kembali  Kerusi  ini   yang    disifatkan  sebagai    kubu  kuat mereka. Dalam  apa  perkiraanpun  faktor  yang  menentukan  menang  atau  kalah  ialah  Calun.    Memandangkan   sekitar   55%   adalah   pengundi   Melayu  BN  hanya  ada  50 – 50  peluang  sahaja  jika  dikekalkan   juga calun  dari   MIC.

Bagi  PKR  pula  mereka  perlu  bekerja  keras  menyakinkan    pengundi  yang  Parti  ini  masih  relevan  diNegeri  Selangor.   Kepercayaan  rakyat  terhadap  Kerajaan  Pakatan  Rakyat perlu  menjadi  testimoni  penting.    Jika  episod  keluar  parti   masih   tidak  dapat  dibendung  dan  ciri-ciri  menjaga  kepentingan  sendiri   terus   berleluasa   pengundi  setiapun  boleh  menukar  arah.

Setelah  meneliti  perkembangan  diatas  peluang  Calun  Bebas  memenangi  Kerusi  ini  juga  dilihat  amat  baik.    Jika  hendak  dikatakan  Calun  Bebas  tidak  mampu  melakukan  apa-apa  sebab  tidak  berParti  kita  lihat  saja  apa  yang  sedang  berlaku  diParlimen.  Hari  ini  Wakil-    Wakil  Rakyat  Bebas  menyampaikan   ucapan  yang    begitu  lantang   dan  sentiasa  sahaja  mendapat  sokongan  moral  dari   para   Backbenchers.   Sedikit  sebanyak  masyarakat  kita sudah  mula  percaya  kepada  kebolehan    Wakil   Rakyat Bebas.

Suasana  semasa  menunjukkan  siapa  yang  dapat  menyakinkan  pengundi   tentang  kebolehannya   membela  nasih  rakyat   akan   tetap  berjaya   tidak   kiralah     calun  itu  Wakil  Parti  atau  Wakil  Bebas.