Rata-rata para pemimpin dan para pendokong terlalu ghairah membicarakan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Dirancakkan lagi oleh ramai para Bloggers yang dikenali sebagai Bloggers Pakatan Rakyat.
Perbualan, cakap-cakap dan berbagai bentuk tulisan hanya tertumpu di Dewan Undangan Negeri Perak. Beberapa mechanisma dikenalpasti boleh menyelesaikan kemelut yang telahpun berada ditahap kronik. Ia hanya dipekakkan telinga oleh pihak yang lagi satu. Mereka cukup sedar tentang mala petaka yang akan terjadi jika terus mengikut rentak Pakatan. Berpandu kepada sentimen rakyat Parti Barisan Nasional hanya mampu mempertahankan beberapa Wakil sahaja di DUN Negeri Perak pada Pilihanraya ke 13 nanti. Dengan lain perkataan mereka tidak ada pilihan selain daripada mempertahankan “status quo” mereka sehingga tempoh sebenar PRU 12 berakhir.
Dalam Kem Pakatan terutama PKR kerja-kerja melobi untuk dipilih sebagai Calun sedang berjalan. Kepada yang dulunya tidak rapat dengan pucuk pimpinan negeri malah ada yang “condemn” pemimpin tersebut secara terbukapun sudah mula sedar betapa besarnya pengaruh pemimpin tersebut apabila tiba hendak menentukan siapa calun yang layak mewakili parti.
Krisis Politik Negeri Perak sudah dibawa keMahkamah. Beberapa rayuan sedang dalam proses perbicaraan. Dalam pada itu ada lagi Saman menyaman difailkan. Tidak ada siapa berani meramalkan bilakah kemelut ini boleh berakhir. Bagi saya mudah saja iaitu “get everything in order and get ready for the 13th GE”.
Mulai dari sekarang mari kita tumpukan sepenuh hati diPilihanraya Kecil Penanti. Kita jangan sekali-kali memandang ringan ancaman dari BN itu. Dikhalayak ramai mereka mencanangkan yang mereka mungkin tidak meletakkan calun tetapi dibelakang secara diam-diam mereka membuat perancangan rapi.
Pada persepsi umum jika Pakatan boleh menawan semula kerusi ini ia hanyalah kembali kepada yang berhak dimana Penanti adalah milik Pakatan secara tradisinya. Bagaimana jika BN dapat merampasnya pula? Tidakkah mungkin ada persepsi yang mengatakan rakyat sudah sedar permainan pembangkang dan rakyat juga sudah kembali yakin dengan BN?
Jika para pemimpin berserta ahli-ahli dalam Pakatan memandang enteng sahaja masaalah diPenanti tidak mustahil perkara yang ditakuti tersebut boleh terjadi.
Mari beri penuh tumpuan diPenanti. Jagan sampai terjadi.. Yang dikejar tidak dapat……Yang dikendong berciciran.
Salam saudara AhmadZawawi,
Nasihat matang yang sungguh tepat.
Benar, usah jadi seperti anjing dengan bayang-bayang. Tulang di mulut jadi kehilangan.
Memang terlalu ramai , yang suruh bubarkan Dun , saya kadang kadang terfikir boleh selesaikan masalah ke?
Jika Bn menang ,, akan adakah yang mengatakan BN letak pengundi hantu,?
JIka PKR menang , akan adakah katak yang melompat?
Dari segi undang undang BN memang ada hak memerintah , (walau dari segi moral ia satu tindkan yang tak bermoral.) seperti yang pakcik explain padasaya hari itu , jika calon melompat , kemenangan juga akan turut melompat sebab kita memgamalkan undang undang liberal demokrasi.
So why not kita hormat undang undang , dan serah kepada siapa yang patut memerintah kepada undang undang.
PAda saya jangan di fikirkan kan sangat tentang bubarkan DUn, kuatkan semangat parti ,tanamkan semangat untuk bersatu dan berpolitik kerana Allah.
Kalau sekarang tak dapat memerintah, terimalah itu suratan dari Allah, pasti ada kebaikan kenapa Allah jadikan begitu.