Berbicara tentang pilihanraya sudah semestinya semua perhatian kini tertumpu diDewan Undangan Penanti. Banyak sekali telah diperkatakan oleh berbagai pihak mengenai kawasan ini. Ada yang menuduh Institusi ini diperguna oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan peribadi sehingga mengambil keputusan memboikotnya.
Disatu pihak yang lain pula sangat percaya jika seseorang itu telah tidak berkemampuan meneruskan khidmat kepada rakyat amat wajarlah melepaskan jawatan. Pihak yang ini terus membuat peristiharan mahu menyertai saigan diPenanti sebaik sahaja Fairus secara resmi melepaskan jawatan. Walaupun ada ternampak kesungguhan pada awalnya seperti liputan meluas disetiap Media Perdana, pada akhirnya senario yang ditonjolkan pihak ini hanyalah semata-mata mahu menunjukkan “parut yang masih jelas dilihat pada luka lama”.
Saya percaya para pengundi yang bijaksana tidak akan memberi simpati kepada perjuangan jenis ini. Terlalu banyak kekecewaan peribadi yang diminta pengundi pertimbangkan. Secara umumnya para pengundi mahukan nasib mereka terus dibela. Segala keperluan mereka tidak diabaikan. Dan pemimpin yang mereka mahu pilih ialah sesorang yang terbukti duduk pada satu platform politik yang kuat. Calun Bebas tidak mungkin dapat menyelesaikan masaalah rakyat yang pelbagai.
Kepada masyarakat Penanti dimana kita telah sama-sama membuat perubahan pada PRU ke 12 tempoh hari. Semasa kita membuat keputusan itu kita relakan selama 50 tahun kita dibelenggu kesusahan. Kita mahu menuju kepada kemajuan sebenar melalui Pakatan Rakyat. Kini Kerajaan kita Pakatan Rakyat diPulau Pinang sedang melakukan yang terbaik untuk kita semua.
Tuan-tuan dan Puan-puan diminta mengundi besok 31 Mei untuk memilih Wakil yang akan menyumbangkan khidmat bakti kepada Negeri Pulau Pinang secara berkesan.
Kepada Warga Penanti saya ucapkan “Selamat Mengundi”