PERAK PENTINGKAN REKOD (MENJADI YANG PERTAMA)

May 21, 2009

Sebutkan  apa   lagi   yang  Negeri  Perak  tidak  dapat  tempat  Pertama.   Mengikut  rekod   belum  ada  negeri-negeri  lain  yang   setanding  Perak.       Bermula  daripada  Landasan  dan   Stesen  Keretapi  ( Taiping ke  Port  Weld)  yang  Pertama.  Percaturan  yang  mengorbankan  Tuan  Residen   juga   boleh  dikira  sebagai  yang  Pertama.   Didalam  bidang  sukan    bolasepak  pula   Negeri  Perak   adalah  negeri  yang  buat  kali  pertamanya  menjulang     Piala  Malaya  yang  kemudiannya  ditukar    nama  kepada  Piala  Malaysia.   Begitu  juga     apabila  diperkenalkan  Piala  FA  Baru  dalam  tahun  Sembilan  Pulohan  (90`s)  Negeri   Perak   menjadi   penjulang  Pertama  Piala  tersebut.

Itu  dia  serba  sedikit   tentang  hebatnya  Negeri  Perak  dalam   mencipta  nama  ditempat  Pertama.   Selepas  daripada  itu  lihat    sajalah  dalam  bolasepak  sebagai  contoh.    Didalam  carta  liga  kedudukan   Perak  hanyalah  cukup  makan  sahaja. Memang  benar   pasukan  Perak   tidak  akan  turun  Division  buat  beberapa   musim   lagi.  Semua  ini  berlaku  kerana   matlamat   Perak  hanya  mahu  menjadi  yang   Pertama  didalam  semua  hal.

Baru-baru  ini   Perak  mencipta  satu  lagi  tempat  pertama.  Tiga  orang  Ahli   Dewan  Undangan  Negeri  mengambil  tindakan  nekad   keluar  Pakatan  lalu   ambilalih  Kerajaan  Negeri  yang  sebelumnya  diberi  mandat   kepada  Pakatan  Rakyat  iaitu  rakan-rakan  mereka  sendiri.  Ketiga-tiga   mereka  mengistihar  diri  sebagai  Bebas    dan   mendapat  kerjasama  dari   ADUN-ADUN    UMNO/BN   membentuk   Kerajaan  Baru.   Inilah  satu-satunya  REKOD  yang  dicipta  oleh   Negeri  Perak  bukan  setakat   diMalaysia   malah  ia  belum  pernah  berlaku   dimana-mana   kerajaan  dalam  dunia  ini.  Saya  amat  percaya  rekod   ini   tidak  akan  dapat  dipecahkan   oleh  sesiapapun.

Lanjutan  daripada    peristiwa  ini   berbagai  rekod  lagi  dicipta    seperti  Speaker  dijulang  keluar  Dewan  dan   Raja   Pemerintah terpaksa  menunggu   sekerat  hari  sebelum  boleh   menyampaikan  Titah  Ucapan.   Ini  semua  tidak  termasuk   yang  “in the  making”  diKamar-Kamar  Mahkamah.

Kemuncak  kepada   peristiwa-peristiwa  ini  ialah   satu  REKOD  ditempat  Pertama  dimana    rakyat   Perak  yang    terdiri   dari  berbagai   bangsa, etnik  dan  ugama   tidak   akan   begitu  mudah memaafkan   orang-orang  yang  telah  mereka  amanahkan  sebagai  wakil  mereka  diDewan  Undangan  Negeri  pada   PRU  12  begitu  sahaja.    Dalam  tempoh  setahun  lebih  ini  wakil-wakil  yang  rakyat  pilih  ini   hanya  berjaya  memperjuangkan  kepentingan  diri  masing-masing  sahaja.  Apakah  mereka  mahu  menghabiskan  tempoh  dengan  mencipta   rekod-rekod  Pertama  sahaja?   Carilah  jawapan  yang  sesuai  untuk  soalan  ini  dan  saya  pasti  ianya  ada   dicelah-celah  imbuhan  yang  kita  terima.


STRATEGI REBRANDING UMNO

May 20, 2009

ITS  OFFICIAL!     UMNO   tidak   bertanding  diPenanti.     Alasan  diberi    kerana  tidak  mahu  mengikut  rentak   Parti  Keadilan  Rakyat.   Parti     segagah  UMNO   tidak  mungkin   mengambil   keputusan    berdasarkan    “rentak  Tari”.  Jika  benar    PKR   sengaja    memaksa    ahlinya    meletak   jawatan   untuk   memberi  laluan   kepada   calun  pilihan  maka   disitu    UMNO  mempunyai   “kes”   yang   kuat   untuk   merampas    kembali   Penanti.   Ditambah  pula  dengan  desakan   PAS  Permatang  Pauh  yang  mahukan  calun  PAS   mewakili  Pakatan  peluang   UMNO  dilihat   begitu  cerah.

Ada  kebenarannya   setiap   kali  diadakan  Pilihanraya  terlalu   banyak   “resources”    digunakan    seperti  meletakkan   sejumlah   besar  anggota  keselamatan.  Perkara   ini  sudah  disedari  oleh  rakyat.  Jadi  dengan  tidak    adanya  calun  dari  BN  maka    komitmen    kerajaan   terhadap   PRK  ini    adalah  “minimal”     sahaja.

Saya  melihat   Barisan  Nasional   mahu   mencari    kemenangan-kemenangan  bentuk  lain.     Penanti   mahu  dijadikan  “pioneer”   projek  rebranding   mereka.    Didalam    Pilihanraya  Penanti  ini   sudah  tentu   para  penyokong  UMNO   juga   akan   turun  mengundi  kerana  semua  faham    mengundi  adalah  hak  seseorang   memilih  wakil    untuk  membawa  suara  rakyat   diDewan.

Banyak  perkara  dapat  dibaca    sebaik  sahaja  keputusan  resmi    Pilihanraya  Penanti  diperolehi.   Dalam  hal  ini   PKR  lah  yang   sedang  tertekan.   PKR    perlu    mengekalkan   majoriti  kemenangan   atau  setidak-tidaknya    mesti  mendapatkan    jumlah   undi   yang    sama   seperti    dalam  PRK  Pmtg   Pauh   tempoh   hari.    Kali  ini   PKR  hanya  berdepan  dengan  calun-calun  Bebas  sahaja.

Seterusnya  jika   calun-calun   Bebas  berjaya  mendapatkan  “deposit”  balik    ini  bererti   populariti   PKR  sudah  merosot  walaupun  dikubu  kuat  mereka.

Inilah  kemenangan-kemenangan  yang  dicari  UMNO.    Para   petugas  Pakatan  Rakyat    mesti  mampu    menidakkan   usaha-     usaha  tersebut.  Dengan  lain  perkataan   maklumat  tepat   perlu    sampai   diakar  umbi.   Lagipun  Pakatan  Rakyat  sedang  memerintah  Pulau  Pinang  dengan  jayanya.  Walaupun  dalam    keadaan   ekonomi  yang  tidak  menentu  para  pelabur  masih   berminat  untuk  datang  kePenang.


JANGAN YANG DIKENDONG BERCICIRAN

May 18, 2009

Rata-rata  para  pemimpin  dan  para  pendokong  terlalu  ghairah  membicarakan   pembubaran   Dewan  Undangan  Negeri  Perak.             Dirancakkan  lagi  oleh   ramai   para   Bloggers   yang    dikenali   sebagai  Bloggers  Pakatan Rakyat.

Perbualan,  cakap-cakap  dan   berbagai  bentuk  tulisan  hanya  tertumpu  di  Dewan  Undangan  Negeri  Perak.     Beberapa  mechanisma    dikenalpasti  boleh   menyelesaikan   kemelut          yang  telahpun    berada  ditahap  kronik.   Ia   hanya    dipekakkan  telinga  oleh  pihak  yang  lagi  satu.    Mereka  cukup   sedar   tentang  mala   petaka  yang   akan  terjadi  jika  terus   mengikut  rentak  Pakatan.   Berpandu  kepada   sentimen  rakyat    Parti  Barisan  Nasional    hanya  mampu  mempertahankan    beberapa  Wakil  sahaja   di  DUN   Negeri  Perak   pada    Pilihanraya  ke  13  nanti.   Dengan  lain  perkataan  mereka   tidak  ada  pilihan  selain  daripada    mempertahankan   “status quo”  mereka  sehingga   tempoh    sebenar  PRU  12  berakhir.

Dalam  Kem  Pakatan  terutama   PKR    kerja-kerja  melobi   untuk    dipilih   sebagai  Calun  sedang   berjalan.   Kepada  yang  dulunya    tidak  rapat  dengan  pucuk  pimpinan  negeri  malah  ada  yang   “condemn”  pemimpin  tersebut  secara  terbukapun  sudah  mula   sedar betapa  besarnya  pengaruh  pemimpin  tersebut   apabila   tiba  hendak  menentukan  siapa  calun  yang  layak  mewakili parti.

Krisis  Politik  Negeri  Perak  sudah   dibawa  keMahkamah.  Beberapa   rayuan  sedang  dalam  proses   perbicaraan.  Dalam  pada  itu  ada       lagi Saman  menyaman  difailkan.   Tidak  ada  siapa  berani  meramalkan   bilakah   kemelut  ini  boleh  berakhir.  Bagi  saya  mudah  saja  iaitu  “get   everything  in  order  and  get  ready for  the  13th  GE”.

Mulai  dari  sekarang  mari  kita  tumpukan  sepenuh  hati  diPilihanraya  Kecil  Penanti.   Kita  jangan  sekali-kali  memandang   ringan   ancaman  dari  BN  itu.  Dikhalayak  ramai   mereka  mencanangkan   yang  mereka  mungkin  tidak  meletakkan  calun  tetapi  dibelakang  secara  diam-diam   mereka  membuat  perancangan  rapi.

Pada  persepsi  umum  jika   Pakatan   boleh   menawan  semula   kerusi  ini   ia  hanyalah   kembali  kepada  yang  berhak   dimana  Penanti   adalah  milik  Pakatan  secara  tradisinya.  Bagaimana  jika   BN  dapat  merampasnya  pula?  Tidakkah   mungkin  ada  persepsi  yang  mengatakan   rakyat  sudah  sedar  permainan  pembangkang  dan  rakyat  juga   sudah  kembali  yakin  dengan   BN?

Jika   para  pemimpin  berserta  ahli-ahli  dalam  Pakatan   memandang   enteng   sahaja   masaalah  diPenanti  tidak  mustahil  perkara  yang  ditakuti  tersebut  boleh  terjadi.

Mari  beri  penuh  tumpuan  diPenanti.  Jagan  sampai  terjadi..       Yang dikejar  tidak  dapat……Yang  dikendong berciciran.


SIAPA TAKUT?

May 16, 2009

Soalan  Siapa Takut  ini  sedang  dijual.  Ramai  yang  memberi   jawapan  yang  tidak  kena  mengena  dengan  soalan.  Orang-orang   UMNO  dari   Presiden  kebawah  dengan  tegas  menyatakan  mereka  tidak   takut    menghadapi   Pilihanraya  semula  bagi  Negeri  Perak.   SPR  pula  telah     menetapkan   mulai  sekarang   penyokong  yang  akan  mengiringi  Calun    kePusat  Penamaan  Calun   akan  dihadkan.   Dipihak    berkuasa    keselamatan  pula  menyatakan  mereka  sentiasa  bersedia  kepada    sebarang  kemungkinan  ini  bermakna  rakyat  tidak  perlu  risau  tentang  keselamatan  mereka.

Melalui  penjelasan-penjelasan  tersebut  diatas   jawapan   kepada    soalan  yang  diajukan  (Siapa Takut?)  masih  belum  ada  siapapun     yang  berani  menjawab.    Didalam    satu-satu    peperiksaan    jika     jawapan  diataslah  yang  diberi  bagi  menjawab  soalan  yang  dimaksudkan  maka   keputusan  peperiksaan  tersebut  bukan   hanya  meminta  “resit  exam”   malah   akan  diminta  “repeat  course”.  Ringkasnya  ia  memberi  erti  “lain  yang  disoal  lain  pula  yang  dijawab”.

Oleh  kerana   belum  ada   seorangpun (yang saya tahu)  mahu   menjawabnya  biarlah  saya  sendiri (orang yang membuat soalan)  menjawabnya.  Sekurang-kurangnya  untuk  memuaskan  hati  saya   sendiri.  Berikut  adalah  jawapannya:

1.  Jika  diadakan  Pilihanraya  Semula   diNegeri  Perak  ini  Wakil-Wakil  Rakyat   BN   yang  telah  berpenggal-penggal   sebagai   ADUN  dan  sebelumnya  berpenggal-penggal  pula  sebagai  Ahli  Parlimen  sudah  tentu  tidak  disenaraikan.  Jika  diberikan  juga  bertanding maka  slogan  Rakyat  didahulukan  menjadi  tidak    relevant.  Jawapannya   Wakil-Wakil  yang  sedia  ada  yang TAKUT.

2.  Jika  Dewan  Undangan  Negeri  dibubarkan   sekarang  iaitu   kurang  dari   3  tahun  maka  ini  bererti   ADUN  yang  baru   menjadi   Wakil  Rakyat  pada  Penggal  ini  tidak  akan  dapat  menikmati  Pencen  sepatutnya.    Jawapannya   ADUN-ADUN  BN    yang  barulah  yang  cukup   TAKUT.

3.  Memandangkan   kebangkitan   parti-parti  dalam  Pakatan  yang  begitu  memuncak  kebelakangan  ini  besar  kemungkinan  keputusan  Pilihanraya  itu  nanti  59 – 0  memihak  kepada  Pakatan.  Jawapannya  UMNO/BN   TAKUT  semasa  PRU  13  nanti  pengaruh   mereka  terus  lenyap.

Sebenarnya  banyak  lagi  jawapan  boleh  diberi.   Tiga ( 3 )  jawapan  ini  sahaja  sudah  cukup  untuk  Score  ” A “.     Jadinya,  kepada  yang  sentiasa  bertanya  mengapa  susah  sangat   untuk  dibubarkan  Dewan  Undangan  Negeri  Perak  ini,  saya  berharap   para  pembaca  sudah  tahu  sebab-sebabnya.

Akhir  sekali  semua  ini  adalah   pendapat  dan   pandangan   saya  sendiri.  Saya  tidak  menceduknya  dari   Obama,  Ghandi   ataupun  Mandela.


RAKYAT JUGA ADA PILIHAN

May 14, 2009

Pemasaalahan  yang  sedang  menimpa   rakyat  diNegeri  Perak  sebenarnya  tidaklah  serumit  mana  jika  semua  bersedia  mengaku  kesilapan   dan  ketelanjuran   masing-masing.

Biar  saya  imbas  kembali  detik    bermulanya   peristiwa  ysng   telah   menghasilkan   kemelut.    Ianya  bermula  apabila    ada  pihak  yang  merasakan  beliaulah  yang  paling  layak  dilantik  sebagai  CEO  Negeri.   Ada  ketikanya   persetujuan  tidak  boleh  dicapai.     Sehingga   untuk  berlaku  adil   tiga  nama  dipersembahkan  kepada  Raja   Pemerintah.   Tetapi  yang  dikatakan  manusia  ini  memang  lumrah  setiap  Kata Setuju   yang  keluar  dari  mulut   itu   tidak  serupa   yang   terukir  didalam  dada.   Bagi    yang   bergiat   cergas   dalam   parti  mereka     memang  sedar   ujudnya   krisis  ini.

Masaalah  tersebut  menjadi  cukup    ketara    dan    pihak  musuh  berjaya  mengambil  kesempatan.   Dendam  yang  sudah  begitu  membara  dileraikan  dengan   satu  tindakan   nekad    iaitu   melumpuhkan   perjuangan   dan   berkelana   kehulu  kehilir    bertindak  sebagai    “power  broker”.    Bermulalah   satu   demi   satu  peristiwa   yang  sehingga  kehari  inipun  masih   ” On ”     dan   penghujungnya   juga   masih   samar.   Rakyat  sudah  tidak  boleh  berbuat  apa- apa  lagi.    Kuasa  sudah  bertukar   dari  tangan  mereka  ketangan-tangan  yang   terang-terangan  mengutamakan  kepentingan  diri    sendiri.

Rencana   mementingkan   diri   oleh   wakil-wakil  rakyat  ini  sudah  terang  lagi  bersuluh.  Mereka    kini   mengikut   giliran   mendapatkan   kata  putus  diMahkamah.    Mereka  terlupa  sama   sekali  kepada  rakyat   yang  meminjamkan   Kuasa.   Mereka    hanya  percaya  apa   yang    sedang   mereka   lakukan  ini   adalah   hak  mutlak  mereka.

Kini  rakyat  berada   digarisan  luar  dan  sedang   memerhatikan   telatah   orang-orang  yang  telah   memegang  amanah    dari  luar  gelanggang.    Dari   hari  kehari   jumlah   rakyat  yang   merasa  kecewa   dan  bimbang   terhadap  kemelut  ini   terus    meningkat.    Apa  akan  terjadi   jika    rakyat    meragui  demokrasi?   Satu  soalan   yang  berat  tetapi  tidak  mustahil  ianya  boleh  datang   dari  “suara  rakyat”.   Bukan kah  kita  juga  bersetuju  bahawasanya   suara  rakyat  itu  adalah  “Suara  Keramat”.   Bukti  yang  rakyat  kecewa  dengan   pengamal-pengamal  politik  lihat  sahaja  kepada   peratusan    orang   keluar  mengundi.   Hanya  disekitar  80%>  sahaja  yang  keluar   mengundi  semasa  Pilihanraya  Umum.  Bagi  Pilihanraya  Kecil    peratusannya   jauh   berkurangan    daripada    angka  itu.

Marilah   kita  sama-sama   membuka  minda  seluas-luasnya.  Mari  kita   memohon  maaf  kepada  rakyat  diatas  tingkah  laku  buruk  kita  itu.  Mari  kita  memohon  sekali  lagi  kepada  rakyat  diNegeri  Perak  untuk  diberikan  MANDAT  BARU  dan    benar-benar   berjanji  dari   sekarang    Rakyatlah   yang    AKAN  DIDAHULUKAN .

Semoga  Allah  selamatkan  Negeri  Perak,  negeriku.


BELAJAR MENGHARGAI KUASA

May 12, 2009

Sekali  imbas  menjeling  kepada  tajuk  diatas  tentu  ada  pihak      yang  merasa   seram  dan  ada  juga  yang  berasa  nak    marah.   Peringatan  berat  seperti  ini   tidak    sepatutnya  datang   dari   seorang   Blogger  nyamuk  lagi   kerdil.

Diminta  janganlah  ada  yang    tersilap  faham.    Tulisan  ini  tidak    sekali-kali  mahu   memperkecilkan   pihak-pihak   yang   sedang    selesa  berkuasa.     Ramai  rakyat   tidak   mahu  memikirkan   yang   proses  Mahkamah  itu   mempunyai  berbagai  peringkat.  Ada  kalanya   mereka  keliru  dimana  terdapat   perintah  yang   telah  diperolehi  secara  mutlak  dihapuskan   kemudiannya  diMahkamah  yang  lebih    tinggi  oleh  pihak  yang  kalah  sebelumnya.   Memang  benar    kita   mesti  akur  kepada  perintah-perintah   Mahkamah.  Tetapi  kepada  rakyat  biasa  yang  mengikuti  pekembangan  ini    akan  bertanya  ” apa  yang  dicari  sebenarnya”  oleh  orang-orang   besar   kita  itu.

Daripada  kronologi   yang  dihidangkan  kepada  rakyat  selama  beberapa  bulan  ini  jelas  sekali  pihak  yang  telah  kehilangan   kuasa  pada  PRU  ke 12  itu  tidak  mengiktiraf   mandat  rakyat.    Mereka  tetap  mengatakan  rakyat  telah  dipesongkan.   Mereka  berasa  amat  kesal  kerana  banyak  juga  yang  telah  mereka  berikan  kepada  rakyat   seperti  Petronas Twin Tower   dan    MRR2.   Yang  mereka  tidak  sedar  setelah  lebih   50  tahun   diberi  kuasa  memerintah   masih  ramai    rakyat   yang   terpaksa   menjalani  kehidupan  dengan  serba  serbi  kekurangan.  Sebagai   contoh   ada   lagi  tempat-tempat  yang  tidak  diliputi   khidmat   Pengangkutan  Awam  seperti  Bas  sedangkan  untuk  mendapatkan  rawatan  perubatan  kliniknya  terletak   jauh   dari  kediaman  mereka.  Memanglah  ada  kajian  yang  menyatakan  setiap  rumah  dalam  negara  ini  memiliki  sekurang-  kurangnya  sebuah   motokar  tetapi  tidak  semestinya   setiap   rakyat   memiliki  kenderaan  sendiri.

Cukup  ketara   Barisan   takut  menghadapi  Pilihanraya semula  bagi  Dewan  Undangan  Negeri  Perak  lantas  berbagai  usaha  diperah.  Ketakutan  mereka  itu  sebenarnya  berasas.  Semenjak   PRU  ke 12  satu  demi  satu  Pilihanraya  Kecil  dimenangi  oleh   Parti  bukan   Barisan.   Saya  selalu   berkata  kepada  kawan-kawan  kita  tengok   sajalah   akhirnya   ” destiny ”    UMNO/Barisan  Nasional   ini.    Kita    patut  ada  rasa  simpati  kepada  mereka  kerana  tidak  dapat  menyelami  hati  nurani    rakyat.   Dalam  lawatan  saya   ke sebuah  kampong  baru-baru  ini  ramai   yang   “looking  forward”    kepada  satu   perubahan  sebenar  untuk   mereka  nikmati     dalam   masa  terdekat.   Kepada    orang-orang  kampong  yang  saya  ketemui   itu  saya  hanya  mampu  berkata  Allah  akan  melindungi  dan  akhirnya  memberikan  kemenangan  kepada  orang-orang  yang   dianiaya.


TERKENANG MAT TOMORROW

May 10, 2009

Diantara  ingat  dan  lupa  dikala   saya  masih  kecil   orang-orang  kampong    selalu bercakap    tentang   seseorang.     Orang   yang  mereka  sering  bicarakan  itu    dikenali  sebagai  ” Mat Tomorrow “.    Alkisahnya   si Mat  Tomorrow    ini   berwatak  ceria  dan  disenangi  oleh  masyarakat.   Menurut  ceritanya  beliau   berkulit  sawo  matang  dan  suka  bergaya.        Diantara  keistimewaan  beliau  ialah petah  berbicara  dan  sentiasa  dapat  menangkis  sebarang   hujah.     Kelemahan   ketara   yang  beliau   miliki  ialah  apabila  berjanji.   Tidak  kira  bilapun  masanya   beliau  tetap  berjanji  membereskan  atau  memberinya   “tomorrow”.  Walaupun   orang  tahu   yang  beliau ucapkan  itu   sebenarnya  janji  kosong,  orang  tetap  juga sukakan  dia.  Saya  pernah  bertanya  kepada  Opah  tentang  orang  ini  kerana  saya   sudah  mula  minat  kepada  watak  tersebut.  Opah  kata  diapun  ta`  faham  mengapa  ramai  sangat  orang  suka  dekat  dia  sedangkan  menurut  Opah   dia  tu   malas  bekerja.

Setiap  petang   semasa  orang-orang  kampong   yang  berlonggok  menonton  pakar-pakar  “terup  keling”  bersidang   tidak    putus-putus   saya   dengar  mereka    mengolah  cerita   kehebatan  Mat  Tomorrow.   Pada  suatu  hari  sebelum  senja  sewaktu  saya  menghalau  kambing  balik  kandang  saya  berfikir   dapatkah  saya   mengenali  orang  ini  suatu  hari  nanti.  Mungkin  saya  dapat  jumpa  orang  ini   apabila  saya  sudah  dewasa   kelak    dan    berpeluang   bersiar-siar  dipekan  Kuala.

Nak  dijadikan  cerita  tidak  lama  kemudian  saya  berpindah  sekolah   dari  Sekolah  Melayu  Bukit  Chandan  ke  Sekolah  Clifford  kerana  saya  lulus  peperiksaan   untuk  masuk  Special  Malay  Class.  Dipendekkan  cerita  pada  satu  hari    sambil  menunggu   untuk  masuk  sekolah  sessi  petang  saya   pergi  tengok  orang “kempen”   jual  ubat  dibawah  tebing   Pekan  Kuala.  Yang  sedang  bercakap  berapi-api  ialah   “Wak  Melaya”.   Ramai  orang-orang   tua  yang  berhimpun  begitu  asyik  mendengar  temberang  Wak  Melaya.  Salah  seorang  diantara  mereka  ialah  Mat  Tomorrow.   Rupa-rupanya  rakan karib  saya  Fadzil Shahbodin  pun minat  juga  dengan dia  tu.  Dialah  yang  tunjuk  Mat  Tomorrow  didepan  gelanggang  “jual ubat”  itu.    Sebaik  sahaja  saya  melihatnya  saya  terpempan  seketika.  Teringat  saya  kepada  kata-kata  Opah .  Mungkin  ada  benarnya.  Orang  yang  membawa  watak  “Mat  Tomorrow”  tersebut  saya  lihat  sihat  ceria  tetapi  mengapa  menghabiskan  masa   merayau  dipekan  tidak  mahu  membuat   sebarang  pekerjaan.  Alangkah  ruginya  tenaga  muda  disia-siakan  begitu  saja.   Saya  yang  budak  inipun   diluar  waktu   sekolah  sempat  juga  memelihara  kambing  dan  bercucuk  tanam.

Moral  cerita  ini  tercetus  kerana  saya  terlalu  serious   berfikir  tentang  keputusan   Mahkamah   yang  menentukan  siapa   yang   berhak  bergelar  Menteri  Besar  Negeri  Perak    yang  akan  diketahui   umum  pada   11  Mei  iaitu   “tomorrow”.     Sudah  semestinya  saya   mengharapkan   satu  keputusan  yang   mutlak   seperti  yang  saya  fahami  dalam  Undang  Tubuh  Negeri   tetapi  perkara  sebenar    yang  akan   terukir  tiada   siapa  dapat  men-  jangkanya.    Berpandu  kepada  siapa  “Mat  Tomorrow”   sebenar    yang  mana   sebelumnya    sangat  saya  kagum   bolehkah   saya   berharap  yang  saya  tidak  dikecewakan  buat   kali  kedua.