ITS OFFICIAL! UMNO tidak bertanding diPenanti. Alasan diberi kerana tidak mahu mengikut rentak Parti Keadilan Rakyat. Parti segagah UMNO tidak mungkin mengambil keputusan berdasarkan “rentak Tari”. Jika benar PKR sengaja memaksa ahlinya meletak jawatan untuk memberi laluan kepada calun pilihan maka disitu UMNO mempunyai “kes” yang kuat untuk merampas kembali Penanti. Ditambah pula dengan desakan PAS Permatang Pauh yang mahukan calun PAS mewakili Pakatan peluang UMNO dilihat begitu cerah.
Ada kebenarannya setiap kali diadakan Pilihanraya terlalu banyak “resources” digunakan seperti meletakkan sejumlah besar anggota keselamatan. Perkara ini sudah disedari oleh rakyat. Jadi dengan tidak adanya calun dari BN maka komitmen kerajaan terhadap PRK ini adalah “minimal” sahaja.
Saya melihat Barisan Nasional mahu mencari kemenangan-kemenangan bentuk lain. Penanti mahu dijadikan “pioneer” projek rebranding mereka. Didalam Pilihanraya Penanti ini sudah tentu para penyokong UMNO juga akan turun mengundi kerana semua faham mengundi adalah hak seseorang memilih wakil untuk membawa suara rakyat diDewan.
Banyak perkara dapat dibaca sebaik sahaja keputusan resmi Pilihanraya Penanti diperolehi. Dalam hal ini PKR lah yang sedang tertekan. PKR perlu mengekalkan majoriti kemenangan atau setidak-tidaknya mesti mendapatkan jumlah undi yang sama seperti dalam PRK Pmtg Pauh tempoh hari. Kali ini PKR hanya berdepan dengan calun-calun Bebas sahaja.
Seterusnya jika calun-calun Bebas berjaya mendapatkan “deposit” balik ini bererti populariti PKR sudah merosot walaupun dikubu kuat mereka.
Inilah kemenangan-kemenangan yang dicari UMNO. Para petugas Pakatan Rakyat mesti mampu menidakkan usaha- usaha tersebut. Dengan lain perkataan maklumat tepat perlu sampai diakar umbi. Lagipun Pakatan Rakyat sedang memerintah Pulau Pinang dengan jayanya. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu para pelabur masih berminat untuk datang kePenang.
Setuju dengan pakcik , inilah strategi mereka… dan tak salahkan…cause dalam politik kita kena bijak bermain dengan strategi.
Berbalik kepada politik di PErak..saya tertunggu tunggu pihak mana yang akan mengalah…. cause pada saya apa slahnya mengalah , ia sebahagian dari strategi . Dan of causse demi kepentingan rakyat salah satu parti kena mengalah…
Saya sedang tunggu siapa yang lebih prinhatin pada rakyat.
salam,
bgtau kat org UMNO penanti,NAJIB sisihkan depa..dlm ramai2,pada pandangan najib,sorang pun x leh pakey..hehe..
strategi boleh dilanjutkan sebab PM kite kate strategi selepas berbincangkan… pas ni katelah dun perak bubar… bn takyah letak calon lah kan…. hehehe jimat besar tu…. 🙂 dun sarawak pun tak yah letak pas nih…