PILIHANRAYA ADALAH MEDAN PILIH PEMIMPIN BUKAN PESTA

Bertolak  dari  Tajuk  diatas  inilah  satu-satunya   kenyataan  SPR  yang   saya  sangat  setuju.    Kita   harus  menghormati   sesiapa  sahaja   yang  berhasrat   untuk  menghambakan  diri  kepada    rakyat  disatu-satu    tempat  itu.  Malah  kita  perlu  juga  berterima  kasih  kepada  mereka.   Kini   Resmilah  sudah  empat ( 4 )  orang   rakyat   Malaysia  menawarkan  diri   untuk  diberi   pertimbangan    oleh    pengundi.    Orang-orang  yang  berani   ini    berhasrat  mengisi   ruang   yang  ditinggalkan  oleh  Fairus  yang  gentleman.  Maksud  gentleman  disini  jika  kita   sendiri  rasa  kita   sudah  tidak  mampu   memberikan  khidmat  yang  memuaskan   adalah  lebih  baik  kita  menarik   diri  dan   serahkan  kepada   orang    lain.    Saya    tidak   nampak  ada  unsur-unsur   mengalakkan  pembaziran  disitu.

Tegasnya  disini  laungan  SPR  telah  disahut   oleh  orang-orang  ini.   Kepada   yang   tidak  sanggup  menawarkan  diri   kita   juga  harus   menghormati  mereka.   Benarlah   kita  semua  setuju  bahawa  mereka  itulah   yang   sepatutnya  awal-awal  lagi    menawarkan  diri  sebab  mereka  mempunyai  banyak  resources  dan  lagi  mereka  sudah  established.   Tetapi,     itu  semua   yang   kita   nampak.   Bagaimana  pula  dengan   benda-benda  yang  kita  tidak  nampak.    Masaalah-masaalah  dalaman   seperti  sukar  membuat   pilihan    kerana   terlalu   ramai   calun  yang  layak  juga  boleh  jadi   satu  daripada  sebab   mereka  mengambil  keputusan  tersebut.

Kini  rakyat  Penanti   sudah  boleh  mula  menilai    orang-orang   yang   berempat  ini   untuk  diputuskan  pada  31  Mei  nanti.  Bagi   Pakatan  Rakyat   walaupun  dilihat   mempunyai  banyak  kelebihan  gunakanlah  kesempatan   ini  untuk  menjelaskan  kepada   masyarakat  Penanti  tentang  komitmen   yang  sedang  dilakukan  oleh  Kerajaan  Negeri  pimpinan  mereka  serta   huraikan  apa  lagi   yang  boleh  mereka  laksanakan  untuk  memakmurkan  Pulau  Pinang.

Kepada   pendokong  Pakatan  Rakyat  anggaplah   kerja-kerja  diPenanti  ini  sebagai   “Pemanas  Badan”   untuk    Manek  Urai  yang  UMNO  telah  terlepas  peluang.

Harapan  saya  para  pembaca  tidak   jemu-jemu   menyingkap  Blog  ini  dari  semasa  ke  semasa   berkaitan   Pilihanraya  Kecil    DUN     Penanti.

2 Responses to PILIHANRAYA ADALAH MEDAN PILIH PEMIMPIN BUKAN PESTA

  1. mazar says:

    harapan rakyat agar semua nya dapat penujuk yg benar,,,

  2. BR says:

    salam tuan,

    macamana sok kite PUASE… hehehe

    calon bebas lebih bermaruah dari BARISAN NASIONAL… bak kata najib… “sy mmg gile kuase, sy perlukan kuase untuk berkhidmat pada rakyat”…. persoalannye macamana nak berkuase kalau calon pun tak letak….? owh lupe di malaysia bukan saja cara mengundi dapat kuase memerintah cara makamah rayuan pun boleh… oooo itu yg dimaksudkan oleh NAJIB… hmmmm..

    kecewa la tuan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: