APA MISI MAK MINAH II

Hari  mengundi  diPenanti   hanya  tinggal   tiga ( 3 )  hari  sahaja.   Parti  Barisan  Nasional  telah  kalah  awal-awal   lagi.   Setelah  50  tahun  lebih   tidak  henti-henti   menyertai  setiap  Pilihanraya  tidak  kira  besar   ataupun  kecil,   baru   sekarang   mereka   faham   bahawa  ada    satu-satu  penyertaaan  mereka  itu  hanya  membuang  duit  sahaja.

Sememangnya   Pilihanraya   adalah  medan  rakyat.   Bagi  yang  merasakan   mereka    mampu   berkhidmat  tidak  salah  jika  menawarkan  diri  untuk  dipilih  sebagai  Wakil   Rakyat.  Bagi   rakyat  setempat  pula  secara  majoritinya  mereka   perlu  memilih  orang    yang   terbukti  layak  memperjuangkan  nasib  mereka.  Dan  yang   paling  penting   orang  yang  akan  kita  pilih  itu   mempunyai   hubungan  baik  dengan   pentadbir  ditempat  itu.

Tegasnya   DUN  Pena nti  adalah  dibawah  pentadbiran  Kerajaan   Pakatan  Rakyat (Negeri  Pulau  Pinang).   Dengan  memilih  Calun    yang  ditawarkan  oleh  Pakatan  Rakyat  segala  urusan  serta  sebarang  masaalah  yang  dihadapi  oleh  penduduk  setempat  dapat   diselesaikan   dengan  mudah  dan  berkesan.   Dalam  apa  keadaanpun   mereka  yang  Bebas  akan   melakukan  kerja  secara  bebas  juga. Mereka  tidak  mempunyai  platform  untuk  mengerakkan   segala  aktiviti  untuk  masyarakat.

Bagi  Mak  Minah  yang  pada  pandangan  saya  tidak  memberikan    sepenuh  tumpuan   untuk   mendekati  pengundi,  besar  kemungkinan   selepas  PRK  Penanti  ini    beliau  terus  mencebur  diri  dalam  kerja-kerja   “watchdog”  bagi   memastikan  pemimpin-   pemimpin   PR  terutama  PKR  yang  dipilih  oleh  rakyat  menjalankan  tanggungjawab  dengan  berkesan.  Dan  beliau  juga   mahu  melihat  Wakil-Wakil  Rakyat  Pakatan  Rakyat   bersih  dari  rasuah  dan  penyalahgunaan  kuasa.

Berpandu  kepada   segala  apa  yang  telah  Mak  Minah  lakukan  seperti  merakam  perbualan,  membuat  laporan  polis   dan   melaporkan   kesalahan-kesalahan   pilihanraya  kepada  SPR,   Negeri   Pulau  Pinang  akan   menjadi   negeri  pertama  dalam  negara  ini  yang  benar-benar   memandang  jijik  kepada  rasuah   dan  tidak   akan  memberi  ruang  kepada   sebarang  kegiatan  menyalahguna  kuasa.   Adalah  dijangkakan   lebih  ramai  rakyat  Pulau  Pinang  akan  mengikut   jejak  Mak  Minah.     Untuk  mencurah  bakti  tidak  semestinya  kita  seorang  Wakil  Rakyat.

Leave a comment