Menyelesaikan Masaalah Tidak SEPANTAS Kehadirannya

April 27, 2009

Seluruh  dunia  sekarang  dalam  keadaan  panik  disebabkan   hadirnya  sejenis  penyakit  Selsema  yang  baru  yang  dikenali  sebagai  “swine  flu”.  Ia  mula  dikesan  diMexico  dimana  sehingga  kini  seramai   81  orang  telah  meninggal  dunia.  Di Amerika Syarikat (US)  seramai  kurang  lebih  1 dozen  telah  dikesan  mendapat  jangkitan  virus  tersebut.

Wabak  selsema  babi   “swine flu”   ini   jika  tidak  dapat  dicegah  segera  ia  akan  merebak  menjadi  “pandemic”  dimana  kuman-kuman  itu  akan  berada  diseluruh  dunia.    Dan  umum  mengetahui  penyakit  yang  paling  mudah  berjangkit  dan  merebak   sepantas  kilat   ialah  penyakit   “selsema”.      Dengan  itu   marilah  kita  berdoa  semoga  Allah  selamatkan  negara  kita  Malaysia   daripada  bala   yang  amat  ditakuti  ini.

Tajuk  diatas   segaja   saya   buat  sebagai  bukti  menunjukkan  yang  dikatakan  manusia  ini  banyak  kelemahan.  Apabila  diamanahkan  menyempurnakan  sesuatu,  perkara   yang   dilakukan   hanyalah   benda-benda   yang  mengikut  “standard  procedure”   yang  mereka  tetapkan   sahaja.

Saya  sangat  sedih   apabila  mendapat  tahu   ramai  orang-orang  miskin   tidak   layak  mendapat    bantuan   dari  pihak  Kebajikan  Masyarakat  disebabkan   dirumah  mereka  ada  Aerial  TV  Astro  dan  juga    ada  memiliki  kereta.  Tidak  termasuk  lagi  unsur-unsur  menyokong  pembangkang.    Dengan  meletakan  syarat-syarat  ini  saya   cukup  yakin  diMalaysia  sudah  tidak  ada  orang  miskin.

Jika  sesebuah  rumah  memiliki  peti  TV  dan  sebuah  kereta    ia  sebenarnya   adalah  perkara  asas.  Maklumat   tidak   akan  datang  melalui   ”  burung  merpati”     dan  apabila   berlaku  sebarang  kecemasan  tidak  akan  ada   “kenderaan  rakyat”  datang  secepat  kilat  datang  membantu.

Jadi  setelah   meneliti   perihal     “orang miskin”    dan  ta`rifnya  saya  dapati  mereka-mereka  yang  tersidai  dikaki-kaki  lima  kompleks  belibelah,   bermain  muzik  dibawah  tangga  jejantas,   membawa  tempurung  kehulu  kehilir  dipasar-pasar  dan  kedai-kedai  sahajalah  yang  boleh   dikelasifikasikan  sebagai  miskin.  Tetapi  mereka-mereka  inipun  tidak  juga  mendapat  pembelaan.

Akhir  kata ,  saya  suka  melihat  peruntukan  bagi  orang-orang   miskin  didalam  “Bajet 2010”  nanti  dikurangkan  seminima  yang  mungkin.  Jika  tidak  dikurangkan  saya  risau  ianya  pergi  kepada  orang-orang  yang  berada.


Populist Bukan Yang Kucari

September 1, 2008

Setiap kita sebagai rakyat tidak kira apa kedudukan sekalipun adalah tertakluk kepada Bajet yang diumumkan oleh Menteri Kewangan setiap berakhirnya tahun kewangan.  Selesai saja Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Membentangkan Bajetnya pada hari jumaat terakhir dalam bulan Ogos yang lalu , seperti lazimnya banyak pihak memberikan respond.  Para pimpinan kerajaan tidak seorangpun yang berani berkata ada kekurangan atau sebagainya tentang Bajet ini. Pemimpin-pemimpin kanan memuji-muji sifat perihatin kerajaan dan menolak sama sekali cakap-cakap yang mengatakan  yang Bajet ini berbentuk Populist.

Bagi saya walaupun tidak bijak dalam economics tetap mengatakan Bajet ini  populist. Mana tidaknya. Yang pertama keseluruhan Bajet yang dicadangkan ialah 5.1% lebih tinggi dari 2008. Deficit melonjak ke 4.8% dari 3.3%.   Pengumuman bekalan letrik  percuma membuat Bandar Tun Razak senyum meleret (dalam hatinya:  Ta` malu ikut idea orang).

Seterusnya peruntukan yang tinggi  RM160J diperuntukan bagi masyarakat Orang Asli.  Berkaitan dengan peruntukan yang besar ini, saya melihat buat kali pertamanya masyarakat Orang Asli sendiri merasakan seperti dipermainkan. Seperti yang dilaporkan  (The Star 30th Aug)  Pengerusi Yayasan Orang Asli Perak  Suki Mee disamping mengalu-alukan pengumuman tersebut,   juga mengzahirkan keraguannya samada ianya benar-benar sampai kepada mereka. Menurutnya lagi pengumuman sebegini telah terlalu kerap didengarnya dan mengikut pengalaman katanya lagi setiap peruntukan RM100 hanya RM10 yang sampai kepada Orang Asli. Berdasarkan maklumat ini tidakkah pengumuman-pengumuman tersebut bersifat populist?

Dalam kenyataan seterusnya Dr Colin Nicholas Koodinator bagi Centre of Orang Asli Concern juga bersetuju bahawa perlaksanaan kepada projek yang dimaksudkan untuk Orang Asli adalah lebih mustahak daripada jumlah wang yang diperuntukkan. Buat Majid Suhut President Peninsular Malaysia Orang Asli Association perkara yang paling penting  hendaklah dipastikan setiap projek yang dirancang dilaksanakan seperti yang dirancang.

Kesimpulannya  jelaslah kepada kita semua bahawa masyarakat Orang Asli juga sudah sedar yang disebut hanyalah Angka semata-mata, yang sampai kepada mereka ta` seberapa.  Apakah ini semua bukan Populist.