Ramadan Untuk Memulakan…

Umat Islam dengan tidak mengambilkira  status,  kerjaya dan juga kumpulan tertentu akan bertukar karektor apabila tiba bulan Ramadan.

Perpaduan yang begitu erat bermula sebaik sahaja berada di Gerai-Gerai  jualan juadah berbuka puasa diPasar Ramadan yang tumbuh melata disegenap ceruk.   Perpaduan yang saya maksudkan diPasar-Pasar Ramadan ini para peniaga tampak jelas boleh bertolakansur.  Walaupun terpaksa berhimpit-himpit meletakkan barang-barang jualan tetapi jelas terbayang pada airmuka mereka yang secara bersama mereka sanggup menghadapi kesulitan yang terdapat ditempat mereka berniaga itu.

Para pembeli disamping mendapat juadah untuk berbuka puasa dengan tidak secara langsung turut menunjukkan sokongan kepada peniaga-peniaga. Dengan lain perkataan proses jualbeli dipasar-pasar Ramadan terlihat sungguh ceria dan berjaya.   Para peniaga begitu yakin dengan sambutan terhadap barang dagangan mereka dan para pembeli juga begitu yakin mereka memperolehi barangan yang berkualiti.

Disebelah malam dalam bulan Ramadan ini pula umat Islam dari segenap lapisan masyarakat berpusu-pusu kemesjid-mesjid atau kesurau-surau untuk menunaikan Sembahyang Terawih. Disini juga dapat dilihat perpaduan masyarakat kita begitu akrab.  Mereka bersama-sama menyempurnakan  ibadah ini sepanjang bulan.

Apabila tibanya 1 shawal masyarakat Islam akan terus bersatupadu merayakan kemenangan. Terpancar diwajah-wajah mereka rasa kepuasan  dan dengan penuh insaf memuji-muji kebesaran Allah  Yang Maha Berkuasa.

Persoalan kepada rentetan diatas ialah :  Mengapa perkara-perkara murni ini  hanya kita lakukan sebanyak 30 hari sahaja dalam setahun?   Tidakkah kita merasa teramat rugi dengan mempersiakan semangat yang telah dibina disepanjang bulan puasa ini kita sendiri lunturkan.  Mengapa kita tidak komited untuk terus menjadi peniaga-peniaga yang setia untuk terus berniaga dan para pembeli terus menerus memberikan sokongan kepada masyarakat kita ?

Kita perlu kikis sikap buruk iaitu berniaga secara bermusim. Begitu juga para pembeli janganlah hanya sanggup menyokong peniaga masyarakat sendiri pada musim-musim tertentu sahaja.   Kita perlu terus memberikan sokongan setiap barang jualan orang kita  dan senantiasa memberikan galakan supaya taraf hidup sama-sama ditingkatkan dan meletakan matlamat supaya barangan masyarakat kita menjadi satu jenama terkenal diseluruh negara.

Semoga semangat Ramadan berjaya mengubah era.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: