Sempena menyambut Hari Lebaran ini saya dengan rendah diri menyusun sepuloh jari memohon kemaafan zahir dan batin, dari hujung kaki kehujung rambut kepada semua yang pernah mengenali diri ini. Terutama kepada Pembaca setiap tulisan saya dalam Blog saya yang ta` seberapanya ini.
Kepada individu-individu yang ada disebut dan yang dimaksud didalam tulisan saya sepanjang tempoh yang lepas ini saya memohon berbanyak maaf. Tujuan saya hanyalah semata-maata mengkritik secara membina. Sekiranya dirasakan kritikan saya itu ada kebenarannya, perbaikilah dan sekiranya dirasakan yang saya ini hanya menyebok, teruskanlah apa saja yang hendak dilakukan.
Pada kebiasaannya orang akan mengingatkan kita supaya berhati-hati di Jalanraya tetapi bagi saya kita mesti berhati-hati dimana -mana saja.
Sekian, Ikhlas dari saya,
Ahmad Zawawi Hashim