Sepintas lalu keruangan Akhbar Online terbaca oleh saya satu berita dalam Utusan Online pada jam 4.49ptg memuatkan keluhan Zambry tentang apa yang berlaku didepan bangunan SUK semalam.
Menurut beliau Pakatan sengaja rancang untuk bersidang dibawah pokok untuk memalukan negara dimata dunia. Sebagai bukti katanya lagi poster-poster “The World is Watching” telah tersedia lebih awal lagi.
Ta` tahulah apa nak cakap pada orang macam dia ini. Jadi kita ambil fahamlah bahawa walaupun seseorang itu terpelajar tidak bererti dia tahu semua. Dia sebenarnya tahu sikit sahaja, banyak yang dia tidak tahu. Tapi dia mampu pamer yang dia tahu semua.
Untuk meleraikan kekusutan dimindanya baiklah kita tolong jelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Untuk makluman umum Kompleks SUK sejak dari 2 Mac lagi telah ditutup dan tertera Notis meminta orang ramai tidak datang berurusan pada 3 Mac. Jadi poster “The World is Watching” itu adalah untuk tunjuk kepada dunia diMalaysia ini ada pejabat (tempat rakyat berurusan) ditutup mengikut kehendak seseorang yang berkuasa untuk mengekalkan kuasanya walaupun hari tersebut sebenarnya hari bekerja.
Jika sekiranya dunia betul-betul nak tengok Pokok Hujan mereka tentunya lebih suka ditunjukkan Lake Garden Taiping. Kepada pihak yang menyediakan poster yang ditakuti itu saya ucapkan syabas. Sememangnya peristiwa pejabat ditutup walaupun tidak cuti ini dunia patut tahu. Seperti disuatu masa dulu dunia juga pernah dikejutkan oleh Abu Nawas. Iaitu cara-cara memperdaya pencuri dengan menyorok pintu pagar rumahnya ditempat lain.
peristiwa semalam menujukkan umno-bn dengki dengan pemerintahan kerajaan popular pr perak. mereka iri hati dan sanggup melacurkan undang-undang demi mabuk kuasa.
Salam AhmadZawawi,
Maaf dah lama tak ziarah.
Persidangan di bawah pokok ada dalam Qur^an dan sejarah. Saya dah tulis posting mengenainya.
Kalau PR tak bertamaddun, bagaimana dengan Rsulullah?
Pandangan saya sebagai salah seorang dari mata dunia , saya tak nampak apa yang dilakukan oleh PKR sebagai nak memalukan Malaysia di mata dunia ,
Ia menggambarkan , anda bukan berurusan dengan budak kecil , saya dah agak PKR pasti ada plan B , kerana saya dah pasti mereka tak boleh masuk ke SUK.
Tidak membenarkan dewan bersidang hari itu , adalah sesuatu yang memalukan. DEpa kata dewan hanya boleh bersidang dengan perkenan Sultan . BEtul ke pakcik macam tu ?, and Sultan ada kata ke dia tak perkenankan sidangan tersebut …sorry saya memang kurang membaca suratkhabar . Saya ni memang rabun bab undang undang ni. Yang saya tahu setelah dewan di bubarkan and then jika nak bersidang semula baru kena dapat perkenan Sultan..please explain.
Saya sanjung tinggi luahan sdra/sdri.
Teruskan apa saja komen saya sedia
menghayatinya.
hanya orang yang berakal sahaja yang dapat berfikir dan menerima pakai tindakan PKR bersidang dibawah pokok semalam,orang yang tidak terima adalah mereka yang bodoh berlagak pandai.Rententetan peristiwa berlaku di perak mendorong saya rakyat marhein mempelajari sesuatu mengenai undang undang.Moga moga Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mendapat perlindungan Allah,amin
kalau UMNO ni berakal dan berhati perut kenapa di tutup DUN pada hari bekerja, kerana busuk hati takut..
sanggup gunakan samseng,untuk provok. kalau berani bubarkan DUN Ng Perak ni,kami rakyat perak mahukan Pilihanraya, bukan untuk membuat kacau bilau seperti Pakida..Daulat Tuanku dengarlah kelohan rakyat bersuaralah.. bubarkan DUN supaya Negeri ini dapat memilih siapa yang patut memerintah
Reblogged this on Ahmadzawawi's Weblog.