PILIHLAH AKU

PILIHLAH   AKU   adalah  tajuk   lagu   yang     dirakam    Lartiff  Ibrahim   disekitar    tahun-tahun   lapan pulohan ( 1980s).    Lirik  lagu  ini  sarat  dengan  janji.     Antara  lirik  yang  menyentuh   hati  ialah  seperti  berikut :

…” Andainya  aku jadi  temanmu…akan ku hibur hidupmu”

… “Andainya  aku   jadi  kasihmu…akan   ku   setia   selalu”

Apabila  kita  terjemahkan    untuk  bersesuaian  dengan  pelaku-pelaku  politik  lihat  saja  semasa  kempen-kempen  pilihanraya.   Bagi   sebuah  parti  yang   berhasrat     merampas    kekuasaan   disatu-satu  kawasan  mereka  sanggup  berjanji  apa  saja.      Bagi  orang-orang  yang  tidak  pandai  membaca  “body  language”  mereka  pasti  percaya  bulat-bulat  apa  yang  dijanjikan.

Masa  sudah  berlalu.    Para  pak  turut  sudah  kian  pupus.  Peti-peti  undi  kini  dikuasai  oleh  Saluran  Tiga  kebawah.  Kamu  janjilah   hendak  bawa   bulan  turun  keriba  –  mereka  (pengundi)  tidak  akan  percaya.  Mereka  sudah  cukup  kenal  pemimpin  “panas  tahi  ayam”.  Mereka  tidak   akan  tertipu  lagi   jika  pemimpin  seperti  Osman, Jamal,  Nasa  dan  Hee  ditonjolkan  jadi  calun.  Dalam  hati  kecil  mereka  Osman,Jamal,Nasa,Hee  masih  berhutang.  Tinggalkan  kerusi-kerusi  itu  dan  anggaplah  hutang  sudah  selesai.

Mereka    sudah   zahirkan   semasa  PRU  12  tempoh  hari.  Dan  pada  Pilihanraya  Kecil  Bukit  Gantang/Bukit  Selambau  nanti    mereka  sudah  bulat  hati  dan    akan  tunjukkan  dengan  lebih  jelas  bagaimana  mereka  menolak  calun-calun  dari  parti  yang  rakus    dan korup.  Beratus-ratus  aduan  rasuah  politik  yang  ahli  kemukakan  hanya  dikumpul   untuk    dijadikan   bantal  peluk  saja.

Pesanan  khas  kepada  parti  yang  mahu  mempertahan  kerusi-kerusi  yang  telah  kosong  ini  ialah  satu  saja.  Letakkan  calun   yang  moderate,  terbukti    mudah  didekati  dan  berjanji   dilingkungan  yang  berupaya  sahaja.  InsyaAllah  kita  akan  berjaya.

One Response to PILIHLAH AKU

  1. ANJA says:

    Setuju , calon yang dipilh mesti yang benar benar berwibawa dab benar ikhlas ingin membantu dan memajukan rakyat

    Tapi di akhir zaman ..memang sukar untuk cari calon sedemikian , saya tak salahkan mereka , kerana saya mengaku diri saya sendiri banyak di antara perbuatan saya tak ikhlas..melakukan bukan kerana Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: