Sepintas lalu keruangan Akhbar Online terbaca oleh saya satu berita dalam Utusan Online pada jam 4.49ptg memuatkan keluhan Zambry tentang apa yang berlaku didepan bangunan SUK semalam.
Menurut beliau Pakatan sengaja rancang untuk bersidang dibawah pokok untuk memalukan negara dimata dunia. Sebagai bukti katanya lagi poster-poster “The World is Watching” telah tersedia lebih awal lagi.
Ta` tahulah apa nak cakap pada orang macam dia ini. Jadi kita ambil fahamlah bahawa walaupun seseorang itu terpelajar tidak bererti dia tahu semua. Dia sebenarnya tahu sikit sahaja, banyak yang dia tidak tahu. Tapi dia mampu pamer yang dia tahu semua.
Untuk meleraikan kekusutan dimindanya baiklah kita tolong jelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Untuk makluman umum Kompleks SUK sejak dari 2 Mac lagi telah ditutup dan tertera Notis meminta orang ramai tidak datang berurusan pada 3 Mac. Jadi poster “The World is Watching” itu adalah untuk tunjuk kepada dunia diMalaysia ini ada pejabat (tempat…
View original post 79 more words