Adakalanya kita berfikir alangkah baiknya jika kehidupan seharian ini tidak tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Undang-undang serta beberapa Peraturan digubal begitu rupa bertujuan mendisplinkan masyarakat. Namun ia kerapkali disalah tafsir terutama oleh pihak yang berkepentingan. Lantas timbullah terma-terma seperti Injunksi, saman pemula, semakan kehakiman dan sebagainya. Maka akan timbullah berbagai persepsi seperti salahguna kuasa, pendakwaan terpilih, sepatutnya begitu dan sepatutnya begini dikalangan masyarakat.
Teori durian dengan timun nampaknya seperti undang-undang dan peraturan yang tidak bertulis. Mana bisa timun dapat melukakan durian. Walaupun akan sampai masanya untuk membalas keangkuhan durian iaitu apabila ianya menjadi tempoyak, tetapi bagi timun jika ia mahu mengambil kesempatan tersebut (mencicah tempoyak) ianya juga terpaksa bersedia sama-sama terkorban.
Dalam lain-lain perkataan, untuk mendapat keadilan sebenar-benar keadilan kita kena yakin kekuasaan Allah s.w.t. Tidak ada yang kekal. Lambat laun kita akan pergi menemuiNya. Tidak ada satu bendapun yang kita kumpul didunia ini dapat kita bawa bersama untuk dibuktikan betapa berkuasanya kita.
Kepada semua kita sama ada pemimpin, petugas dan selebihnya kita patut sedar yang kita telah terlalu banyak membuang masa. Jika terus-terusan begini kita akan tenggelam dalam kemodenan sebenar dan daya saing sedikit sebanyak yang kita miliki ini akan segera lupus.
Kadang kadang timun terpaksa mengalah , tetapi mengalah bukan bermaksud kalah…tetapi untuk menjernihkan keadaan.
Rata rata orang sekeliling saya terutama bos saya (Seorang Jeun) risau dengan keadaan skrg, ketidakstabilan politik akan menolong merundum ekonomi . Mereka tak kisah pun siapa yang memerintah ,janji Perak aman damai sudah.
Memang nampak macam si durian tu dah melampau ..biokanlah …jika mereka salah guna kuasa , itu antara mereka dan Tuhan, jawablah kat akhirat nanti , tul tak? Selama ini BN memerintah memang macam mereka mengkayakan kelompok, gagal menjalankan tugas dengan cekap dan amanah, biokan lah….tapi tak semua orang BN sebegitu.
JAnji Perak aman damai sudahlah ..tak de pulak saya dengar ada orang Perak teraniaya sebegitu teruk..
So OKlah…
So rasanya Timun ..sabarlah..tunggu pilihanraya seterusnya. JAga maruah diri , tetap jalankan tugas dengan bersih, amanah dan cekap walaupun tak dapat memerintah…SAtu hari nanti kebenaran akan terlihat jua …just tawakal.
CAra begini orang akan lebih respect….Wallahualam.