PRK SUNGAI BESAR : NAK PILIH WAKIL ATAU WAKIL RAKYAT KE PARLIMEN ?

Blog ini merasakan terpanggil untuk menyedarkan para pengundi di Sungai Besar dalam PRK pada 18 Jun nanti. Sebaik sahaja tamat proses penamaan calun, tiga orang telah disahkan bertanding. Hanya Parti Amanah (Pakatan Harapan) telah mengemukakan calun dikalangan rakyat biasa. Sedangkan Parti BN dan Parti PAS telah menghantar mereka-mereka yang sebenarnya sudahpun bergelar Wakil Rakyat. Dengan berbuat sedemikian BN dan PAS tidak bersedia memberikan perkhidmatan sepenoh masa kepada para pengundi di Parlimen Sungai Besar. Secara logiknya jika calun BN atau calun PAS dipilih terpaksalah mereka membahagi-bahagikan tanggungjawab. Separuh dikawasan Dewan Undangan Negeri dan separuh lagi untuk rakyat di kawasan Parlimen pula.

Mungkin pertimbangan mereka hayat Parlimen Penggal ke 13 ini hanya berbaki dua (2) tahun. Akan tetapi masaalah rakyat mesti disempurnakan sepenuhnya walaupun untuk tempoh yang lebih singkat daripada itu. Berbeza sama sekali gelagatnya apabila dewan-dewan hendak dibubarkan – Jika rakyat minta bulan dan bintang sekalipun akan mereka lunaskan sepenuhnya bukan separuh-separuh asalkan mereka dipilih semula.

Pengundi Sungai Besar tidak akan rugi memileh calun yang dikemukakan oleh Parti Amanah kerana Parti ini ada peranan dalam Kerajaan Negeri Selangor. Calun dari Parti Amanah ini pasti dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan kerana beliau mampu memusatkan seluruh tenaganya berkhidmat untuk pengundi Sungai Besar. Catatan ini hanya suatu analisa. Yang berhak hanya perlu tepuk dada….

2 Responses to PRK SUNGAI BESAR : NAK PILIH WAKIL ATAU WAKIL RAKYAT KE PARLIMEN ?

  1. SAIFUL says:

    Sudahlah boleh belah lah kalau PAN.cakaplah PAN. Azhar apa kurang sebuk memanjang dengan kumpul duit dengan ez korbannya.. Bisnis berbentuk agama ni boleh jadi jutawan tau. guna ugama sikit-sikit boleh kaut untung la

    • ahmadzawawi says:

      Terima kasih Sdra Saiful tentang maklumat yang sdra beri. Saya nampak ada unsur Patronage. Dalam pada memiliki ahli berjuta-juta tak kan tak ada seorangpun yang berwibawa untuk ditonjolkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: