BERHIJRAH! BUNYINYA HEBAT TETAPI KEMANA?

Hari  ini  kita  sudah  melangkah  ketahun  baru  1432  Hijrah.   Sudah  1432  kali  bermula  daripada  zaman  para  monyang   dan   atuk-atuk   nenek   sehingga  kini  (dizaman  cucu  cicit)   iaitu  kita  sendiri  perkataan  Hijrah  dan  Berubah  terus  dilaung-laungkan  tetapi  implimentasinya  tidak  ada.  Buat  kata  orang  Penang  “Pi mai,  Pi  mai  duk  tang  tu”.

Memang  ada  perubahan,  saya  tidak  nafikan  kerana  jelas  dapat  dilihat.  Yang  dulunya  cuba  main-main  hisap  ganja  kini  sudah  maju  beberapa  tapak  dengan  pil-pil  sentatik  pula.  Yang   menghairankan   walaupun   saban   hari   rampasan   demi   rampasan  dadah   dilakukan   oleh  pihak  berkuasa   bekalannya  didalam  pasaran  tidak  juga  berkurangan.

Hijrah  dalam  aspek  salah  laku  seks  juga   semakin   sofistikated.   Perkhabarannya  seringkali  menjadi  tajuk  berita  METRO.   Lagipun  apa  nak  dirisaukan  sangat  –  sekarang  kan  dah   ada  tempat  untuk  orang-orang  terlanjur  berlindung  sehingga  melahirkan   dan  kebajikan  bayi-bayi  itu pun  akan  dibela.  Bagi  bakal-bakal  ibu  pra-matang  (masih  pelajar)  pelajaran  mereka   juga tidak  akan  terganggu  kerana  Sekolah  bagi   orang-orang  bertaraf    mereka   akan  disediakan.   Dalam  aspek  ingat  mengingat  pula  saya  berpendapat  lagu  “Kalau   Berpacaran” nyanyian  Sohaimi  Meor  Hassan (orang  Beruas, Perak)  is  a  litle  to  late.

Hijrah  yang  paling  ketara  ialah  memaksimakan  sifat  ” malas “.   Tahun  demi  tahun  bilangan   pekerja  asing  kian  bertambah.  Angka  yang  haramnya  pula  segera    akan memotong   jumlah  yang  datang  secara  sah.   Kalau  dulu  pekerja-pekerja  asing  tidak  dibenarkan  berkerja  dalam  Sektor  Perkhidmatan  tetapi  sekarang  mereka  sudah  berada  disegenap  tempat  yang  memerlukan  tenaga  kerja  seperti  Pengawal  Keselamatan,  Pembantu  Restoran  dan  Gerai  dan  lain-lain.

Saya  sekarang  sedang  menjalani  Kursus  Intensif  diUSM  Pulau  Pinang.  Alangkah  terkejutnya  saya  bila  melihat  terlalu  ramai  orang  asing  berkerja   disini  terutama  sebagai  pembantu diKantin  pelajar.  Dan  memang  benarlah  kata-kata  Datuk  Hang  Tuah  “Tak  kan  melayu  hilang  didunia“.  Yang  tentu  akan  hilang  hanyalah  kita.

5 Responses to BERHIJRAH! BUNYINYA HEBAT TETAPI KEMANA?

  1. anjar says:

    ckp Abg Zawawi ada betulnya, kita terutamanya org melayu memang ada perubahan, tapi macam yang Abg bagi tau kita, terutama muda mudi berubah kepada perkara yang lebih buruk bukan lebih baik, cuma kat sini saya kurang setuju kalau Abg katakan kita berhijrah kepada perkara macam ni, bukan apa hijrah tu sendiri bukan saja membawa maksud perubahan semata-mata tapi lebih luas maksudnya, sefaham saya hijrah membawa maksud perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. wallahualam…

  2. ANJA says:

    Memang kebelakangan ini banyak berlaku ‘hijrah’ ke arah negatif. Tapi tak dinafikan banyak usaha di ambil agar dapat mengurangkan hijrah yg negatif ini.

    PAda saya hijrah yg positif patut bermula di rumah, ibubapa memainkan peranan yg besar.
    Bila difikrkan mmg risau ; dapatkah saya membimbing anak saya ke jalan yg betul. Pada saya selain memberi contoh tauladan yg betul , menasihat mereka , ibubapa sendiri perlu pasti rezeki yg diperolehi adalah halal , mulut sentiasa perlu dijaga agar tidak mendpat ‘kredit’ dpd Allah yg esa, selain kena selalu berdoa….
    ha..ha…h.a.tak tanya pun , sori hari ini saya peramah

    • ahmadzawawi says:

      ANJA,

      Terima kasih kepada komen yang bernas. Lambat sedikit menjawab kerana berada diPenang. Hari ini baru dapat
      tinjau laman sesawang ini.

  3. Paksu Pencen says:

    Sudah fitrah alam,perubahan mmg sukar nak dilaksanakan. Lihat diri kita pun dah mencukupi….dari kecil sampai tua kekadang tabiaat dan kesukaan kita tetap sama dn jarang nak berubah walaupun kita tau baik buruknya.

    Yg pasti perubahan sangat perlu utk kebaikkan kita sendiri,keluarga,masyarakat dan seterusnya negara kita……mulakan perubahan melidi kita sendiri terlebih dulu sebagai langkah pertama,Insyaallah pasti akan beroleh kejayaan seterusnya……

  4. ahmadzawawi says:

    Paksu Pencen,
    Terima kasih kepada ulasan yang bernas daripada sdra.
    Masyarakat kita (melayu) jika tidak diketuk alamat
    terus terlena diulit mimpi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: