Hari ini secara resmi Parti KITA dilancarkan. Saya hanya dapat melihat sekilas rangkuman upacara tersebut dalam Berita Awani (Astro 501) sebentar tadi. Presiden Zaid Ibrahim tampak cukup tampan dan melalui body language nya beliau dilihat sudah tidak menoleh kebelakang lagi. Kehadiran Presiden PPP dan juga Sdra Gobalakrishnan didalam majlis bolehlah dianggap sebagai added decoration bagi memperingati detik tersebut.
Melalui tulisan ini saya memohon berbanyak maaf kerana telalu lama tidak kemaskini Blog ini. Sebagai pelajar lanjut usia diUSM saya baru sahaja menyelesaikan Tugasan bagi Sidang 2010/2011. Untuk tempoh sebulan dua ini adalah sedikit masa untuk relaks.
Kembali kepada tajuk, saya berharap Parti KITA dapat menyertai Pilihanraya Kecil DUN Tenang diNegeri Johor. Ada beberapa perkara yang boleh dikutip oleh Parti KITA diTenang. Sebagai sebuah Parti yang mewakili 3rd Force dalam politik Malaysia Parti KITA tentunya mudah mendapat sokongan mereka yang berada diatas pagar. Secara tidak langsung jika kedua-dua BN dan PR memperolehi kurang daripada undi yang pernah mereka dapat dalam PRU sebelum ini, maka dengan sendirinya ia menunjukkan yang BN masih belum boleh mendabik dada dan populariti PR pula semakin terhakis. Saya harap benar Datuk Zaid dapat fikir-fikirkan saranan ini.
Sempena dengan namanya, Pilihanraya Kecil kali ini tidak mempunyai Isu-Isu yang boleh membantu mana-mana pihak. Selain daripada Kerajaan Negeri Johor tidak akan berubah walaupun tidak dapat mengekalkan kerusi Tenang – Wakil Rakyat yang bakal dipilih hanya akan menabur bakti beberapa ketika sahaja. Yang pasti kerajaan yang bertunjangkan kurang 2/3 jumlah kerusi diParlimen tidak mampu menunggu hingga kehari akhir tahun yang kelima. Lainlah bagi Kerajaan Negeri Sarawak walaupun tempoh 5 tahun segera akan berakhir tidak sedikitpun menampakkan urgency untuk membubarkannya.
Akhir sekali sebagai seorang Blogger saya mengalu-alukan kehadiran Pilihan Ketiga untuk kesejahteraan politik Malaysia.