PKR : KEUTAMAAN SEBUAH PARTI BUKAN KE AHLI?

Berpatah  balik  kebelakang    penubuhan    PKR  (  ketika  itu  namanya  Parti keADILan Nasional)  dianggotai  oleh  berbagai  lapisan  masyarakat.    ABIM  dan  JIM  dari  Non-Governmental  Organisations,   bekas  YB  dan Bekas  Pimpinan  Bahagian  dari  UMNO,  pegawai-pegawai  kerajaan  dan  pekerja-pekerja  bawahan  sektor  swasta  dan  seterusnya  drebar-drebar  teksi   beramai-ramai  membulatkan  muafakat  dan  tekad      mencipta    satu   perjuangan   yang   diberi   nama  Reformasi.

Sejak  penubuhannya  semua  tenaga  yang  ada  digembeling  dan   wang  ringgit  ahli  juga  terkorban.  Parti  PKN   mula  memperlihatkan     kekuatan  dan   kian   mendapat  keyakinan  rakyat  jelata.  Ramai  yang    sudah  mula  memahami  apa  itu  Reformasi dan  pentingnya   diujudkan  sebuah  Kerajaan  yang  telus.

Walaupun  berbagai  masaalah   dikalangan  pimpinan  timbul  ianya  terus  diperkukuh  melalui  percantuman  dengan  Parti  Rakyat  Malaysia  pimpinan  Syed  Husin.   Representation PRM   dalam  Majlis  Pimpinan  Tertinggi  sangat  ketara  pada   pemilihan  tahun  2007  diSeremban.    Anehnya  pada  PRU  ke  12  kita  dengar  PRM    masih  hidup   dan  didokong  oleh  ahli-ahlinya  yang  tidak   ikut  serta  berpindah  kePKR.

Lanskap  politik  Malaysia  berubah  pada  tahun  2008.    Parti-Parti  dalam  Pakatan  menang  besar  manakala  Barisan  Nasional  hilang    majoriti  2/3   diparlimen.  Dari  tarikh  itu  Pakatan   Rakyat    sudah  dilihat   anytime sahaja  akan  berada  diPutrajaya.

Malang  tidak  berbau,  ku  sangka  panas  hingga  kepetang  rupanya  hujan  ditengahari.   One  member  one  vote  yang  di champion oleh   PKR   gagal  diterjemah.   Banyak  Cabang  merekodkan    antara  5  hingga  8  peratus  sahaja     ahli  keluar  mengundi.  Berbagai  andaian  diberi   sebab-sebab  kekurangan  tersebut  ia  termasuk  pertembungan    perlawanan  akhir  Piala  Malaysia  antara  Kelantan  vs  Negeri  Sembilan.   Dalam  erti  kata  lain  Stadium  Bukit  Jalil  dipenuhi  oleh  ahli-ahli  PKR   dari   seluruh  negara.

Alasan  yang  diberi  ini  tidak  masuk  akal  langsung.  Yang  sebenarnya  ada  dua  kemungkinan  sahaja  mengapa  perkara  sebegini  terjadi.       Yang  pertama,  kebanyakan  ahli  sudah  jelak   melihat  pemimpin  hanya  menumpukan  sepenuh  masa  untuk  merebut  kuasa.  Yang  sudah   jadi  Yang  Berhurmat  terus  berusaha  untuk  kePenggal  berikutnya.   Yang  tewas  pada  tahun   2008  pula  mahu  diberikan  sekali lagi   peluang.   Yang  memasang  cita-cita  untuk  menjadi  calun  pula  tersentak  bila  Anwar  kata    calun   PKR   pada   PRU  ke  13  nanti   adalah  mereka-mereka  yang  berumur  20  hingga  30  sahaja.

Yang  keduanya   boleh  jadi  banyak  nama  dalam  Buku  Daftar  ahli  hanya  tinggal  nama  sahaja.  Pimpinan  diCabang  pun  sama  sahaja  lagaknya.   Bila   hendak  diadakan  pemilihan  baru  nak  cari  dimana  ahli  itu  tinggal.  Mahu  tidak  mahu  pimpinan tertinggi  PKR  perlu  mengaku  akan  kelemahan  yang  dinyatakan  ini.    Jika  masaalah  keahlian  ini  masih  tidak  diberi  perhatian  dan  diambil  tindakan  sewajarnya  –  bersedialah  duduk  tanpa  kerusi.   Bersabit  dengan  beberapa  lapuran  yang  mengatakan  berlakunya   berbagai  penyelewengan   dalam  proses  pemilihan  adalah  lebih  baik  dibatalkan  sahaja  cara  pemilihan   tersebut.  Fikirkan  satu  cara  baru  yang  terbaik  untuk  memikat  hati  ahli.  Berpatah balik  kepada  sistem  Perwakilan boleh   juga   dijadikan  satu  opsen  jika  ianya    terbukti  lebih  baik.

4 Responses to PKR : KEUTAMAAN SEBUAH PARTI BUKAN KE AHLI?

  1. ANJA says:

    Sori kalau saya salah, tapi pada pandangan saya Penubuhan PArti Keadilan dari awal hingga kini hanya untuk kepentingan DSAI.

    • ahmadzawawi says:

      ANJA,
      PKR ujud diketika terlalu banyak penginayaian berlaku. Salah satunya peristiwa “mata lebam” Anwar. Jika seorang Bekas
      Timb. P.M. pun boleh diperlakukan sedemikian apa rumitnya
      untuk terjadi kepada orang biasa yang menentang kezaliman.

      Artikel saya ini bertujuan memberi wake-up call kerana sudah
      ternampak ianya hendak dijadikan sebuah Kelab Ekslusif.

  2. ANJA says:

    Setuju, Anwar & Co patut berubah ..toksah lah dok gila kuasa, kena rewind semula apa tujuan sebenar mereka atau sememangnya tujuan sebenar mereka untuk jadi orang yang berkuasa.

    • ahmadzawawi says:

      ANJA, Thank you for your fair comment. I`ll be away in Penang (USM Campus)) for one month beginning on 29/11/10 and my Blog has to take a good rest.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: