Kenyataan diatas bukan tujuannya hendak mempersenda golongan orang-orang Asli. Ia lebih merupakan memberi credit berikutan dari beberapa pandangan bernas yang diluahkan oleh perwakilan mereka iaitu daripada para Ilmuwan dari kalangan orang-orang Asli sendiri.
Perwakilan mereka yang saya maksudkan ialah Yang Berhurmat Senator Mohammad Olian Abdullah dan Prof. Madya Dr. Juli Edo yang keudara sebentar tadi dalam Rancangan sukaramai “Hello Malaysia” kendalian BERNAMA TV dan dihoskan oleh Sharkawi Jirim. Slot satu jam ini membawakan tajuk 1Semangat – 1 Visi – 1Malaysia. Jika ditelek betul-betul, tajuk ini tidaklah hanya dituju kepada masyarakat orang Asli sahaja. Walau bagaimanapun pengisiannya khusus berpusat kepada perkara-perkara yang mempengaruhi masyarakat Orang Asli.
Kedua-dua tokoh tersebut telah mengunakan kesempatan ini dengan cukup berkesan. Secara umumnya mereka berkata yang masyarakat Orang Asli tidak menolak Pembangunan. Malahan mereka mahu diberikan sama taraf dengan kaum lain. Sebagai contoh dalam aspek pemberian tanah kepada para Peneroka. Mereka kesal dalam pada orang-orang lain diberi 10 ekar tanah untuk diteroka masyarakat Orang Asli hanya diberi sekitar 6 ekar sahaja.
Dari aspek politik mereka mahu Kerajaan menimbangkan beberapa jawatan Senator lagi kerana masyarakat Orang Asli yang berjumlah kurang lebih 150,000 orang bukannya tinggal setempat. Sukar bagi hanya seorang Senator memberi perkhidmatan keseluruh negara. Dalam aspek pelajaran pula mereka tidak menuntut diadakan Kuota dan sebagainya. Cukuplah bagi pihak Universiti menerima penuntut dari kaum orang Asli yang memiliki kelayakan masuk yang minima.
Sepanjang menjawab soalan-soalan sama ada dari Hos Rancangan itu sendiri ataupun Pertanyaan melalui Telefon kedua-dua Tokoh Orang Asli ini sentiasa Fokus dan sedikitpun tidak emotional. Yang benar-benar diharapkan agar pihak-pihak yang bertanggungjawab segera menyempurnakan segala kewajipan yang sepatutnya kepada masyarakat mereka. Saya sangat kagum dengan cara kedua-dua Tokoh ini membawa kes mereka. Sememangnya mereka terdiri daripada orang yang terpelajar.
Perkara sebegini jarang berlaku dikalangan masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu. Lihat saja telatah mereka didalam Rancangan Bual Bicara yang disertai seperti Sudut Pandang dalam Astro AWANI. Yang mewakili UMNO sampai kering-kering tekak mempertahankan apa yang UMNO buat semuanya betul belaka. Begitu juga yang mewakili PAS atau KEADILAN sampai naik urat-urat tengkok mengatakan merekalah sahaja yang rakyat harapkan menuju perubahan.
Akhir sekali berdasarkan fakta-fakta diatas masyarakat Orang Asli sudah banyak berubah dan sedang menghayati cara memperlengkap Modal Insan dikalangan mereka. Manakala kaum yang terbesar hanya memiliki semangat juang memajukan kelompok dan terus leka ber-retorik.
Reblogged this on Ahmadzawawi's Weblog.