Ramai yang teruja apabila Sudut Pidato atau Speakers` Corner diujudkan semula diKampus Universiti. Aktiviti yang telah diharamkan kira-kira tiga dekad yang lalu melalui Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 buat julung kalinya diujudkan semula diSudut Pidato Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memberi kesempatan kepada tiga orang pelajar UKM menyampaikan Pidato sulung. Berita mengenai Acara ini telah mendapat liputan Muka Depan Akhbar Berita Harian.
Secara jujur saya tidak nampak event seperti ini benar-benar mencerminkan keikhlasan pihak pemerintah terhadap keterbukaan mereka mendengar kepada sebarang rintihan. Sebagai pelajar diperingkat Universiti dizaman serba canggih ini sudut-sudut pidato sudah tidak berkesan lagi. Segala macam maklumat sudah boleh diperolehi melalui Internet dan tahap pemikiran penuntut-penuntut Universiti pun sudah cukup terkedepan.
Aktiviti seperti ini sebenarnya sangat-sangat perlu diujudkan ditempat-tempat awam. Masyarakat Awamlah yang sepatutnya diberi peluang menyampaikan sebarang masaalah yang sedang mereka hadapi. Melalui Forum yang dimaksudkan ini para penduduk dapat menyuarakan segala bentuk kepincangan perkhidmatan yang berlaku dikawasan kediaman mereka. DiSudut-Sudut Pidato Masyarakat yang dimaksudkan ini boleh juga berfungsi sebagai tempat meluahkan rasa kecewa penghuni Flat tentang Lift yang terlalu kerap rosak juga kehadiran lalat yang ketara banyaknya akibat dari sampah sarap yang tidak dilupuskan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan berbagai masaalah seharian yang terpaksa mereka terima.
Negara telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 Tahun malangnya segala pembaharuan yang cuba dibawa adalah benda-benda yang telah jauh kita tinggalkan seperti mengujudkan semula Speakers` Corner diUniversiti. Jadi tidak salahlah jika ianya dianggap sebagai Gimik sahaja.
Kepada semua para Pelajar Universiti Awam saya ucapkan selamat bermaraton pidato. Saya akhiri dengan kata-kata semangat “Baca, Baca, Baca dapat sijil Tarik Beca”.