SATU RAMALAN : TAJUK AKHBAR FEBRUARI 10 BUKAN BERITA BIASA

January 28, 2010

Saya  bersetuju  dengan  Dato  Seri  Nizar  Jamaluddin  yang   sesiapa  sahaja  boleh  membuat  spekulasi   tentang  keputusan  Mahkamah  berkaitan  dengan  kedudukan  beliau  sebagai  Menteri  Besar  Perak.    Ia  boleh  jadi  5 – 0,   4 – 1  ataupun  3-2.    Kita  tidak  akan  dapat  meramalkan     kepada  siapa  keputusan  itu  memihak.   Jadi  tuduhan  YB  Hamidah  kepada  pembangkang  diNegeri  Perak  adalah  tidak  berasas.

Bersabit  dengan  persiapan  kemungkinan  berlakunya  Pilihanraya  adalah  sesuatu  yang  perlu.  PRU  ke  12  sudah   berlalu  separuh  jalan.   Pihak  yang  berkuasa  boleh  memanggil  PRU  ke  13  sebaik  sahaja  melepasi   tempoh   tiga  tahun.    Setiap   Wakil  Rakyat  yang  telah  berkhidmat  lebih  tiga  tahun  layak  mendapat  pencen.  Jadi  itulah  rationalnya.

Saya  mengambil  kesempatan  disini   meramalkan  akan  ada   kemenangan   bagi  sesaorang   tetapi  tidak  akan  ada  Pilihanraya.   Ramalan  saya  ini  berdasarkan   kepada    keputusan-keputusan   yang    diperolehi  bagi   Dewan  Undangan  Negeri   Kota  Siputeh  diKedah.     Bukan  perkara   mudah  untuk   mengadakan   sesuatu  Pilihanraya.   Ia  melibatkan  perbelanjaan  yang    besar  dan  juga  pengembelingan  tenaga  manusia    yang  ketara  banyaknya.     Ini  tidak  termasuk  lagi  aspek  keselamatan   semasa  berkempen  dan  pada  hari  mengundi.

Walau  apapun  keputusannya  nanti  semua  rakyat  perlu  menghurmatinya.  Mengenai   hak  mengundi  kita  tidak  perlu  terlalu  gusar.   Bila-bilapun  kita  boleh  mengundi.  PRU  ke  13  sudah  tidak  berapa  lama  lagi.     Bagi  masyarakat  dalam  Parti  Keadilan  Rakyat   hak  anda  mengundi  akan  bermula  pada  bulan  Mac  2010.    Disinilah  bermulanya  demokrasi.

Perkara  diatas  hanyalah  ramalan  dari  saya  secara  peribadi.   Jika  sekiranya  ditakdirkan  Dewan  Undangan  Negeri  Perak   bubar  sayalah  orang  pertama  yang  akan  turun  padang   bagi  menentukan  Pakatan  Rakyat   kembali  berkuasa  diNegeri  Perak.