Dalam kes kekosongan kerusi diManik Urai pihak SPR telah bertindak proaktif dengan mengumumkan tarikh mesyuarat Suruhanjaya tersebut untuk menetapkan tarikh Penamaan Calun dan Hari Mengundi walaupun secara resminya belum menerima maklumat dari Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Darul Naim. Buat kata orang Perak “ta` nyempat-nyempat”. Langkah serupa juga diikuti oleh UMNO/BN iaitu segera mengambil inisiatif untuk menabur bakti. Berbagai persiapan telah diatur agar segala kepincangan dan kekurangan yang terdapat disitu bisa diatasi.
Sebaik sahaja selesai urusan Penamaan Calun UMNO bergerak keFasa seterusnya iaitu kerja-kerja menabur (janji). Pening lalat masyarakat Manik Urai jadinya. Daripada sekecil-kecil projek seperti jalan-jalan kampong hinggalah Jejambat untuk melintasi landasan Keretapi dan Jambatan Hebat menghubungi kedua-dua Manik Urai Lama dan Baru ditawarkan sekiranya para pengundi bersedia berubah dengan memberikan kemenangan kepada UMNO/Barisan Nasional.
Melihat kepada perkembangan tersebut maka ramailah yang meramal Parti PAS akan kecundang dikerusi tradisi mereka ini. Lanskap Politik Kelantan akan berubah wajah menuju PRU ke 13 kata sesetengah pihak. Memang jelas satu “upset” boleh berlaku.
Keputusan pada 14 Julai menunjukkan betapa matangnya para pengundi menyempurnakan tanggungjawab mereka. Mereka memastikan Parti PAS terus diberikan mandat. Soal majoriti walaupun mencapai sehingga 2000 sekalipun Kerusi yang ada hanya satu.
Setelah sekian kalinya berlaku Pilihanraya Kecil diSemenanjung inilah satu-satunya kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh UMNO/BN iaitu kemenangan moral kerana berjaya kurangkan majoriti. Dengan kemenangan ini adalah diharapkan UMNO/BN segera menunaikan janji yang dilafaskan semasa mereka berkempen.
salam tuan
he he org german kate win-win le kot, mun udah kalah tu kalah le, ate nak ke deme muat gotak tu
we dasan,
Terima kasih tuan. Teman perli deme ni sebab
deme suka ngecik org kampong. Deme ingat org
kampong le ni masih tengok bayang-bayang nak
tentukan waktu.
jembatan udah selesai di MU ke tuan? hehehe tabuq ayaq liuq je BN nih…