Walaupun kelmarin ada cakap-cakap yang Calun BN bagi kerusi DUN Bukit Selambau akan diumumkan hari ini, saya sedikitpun tidak terkejut apabila yang benar-benar diumumkan ialah bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Kita semua maklum beberapa ketika ini telah ramai yang tampil menawarkan diri untuk dipertimbangkan sebagai calun. Diantara mereka ialah Timbalan Ketua Bahagian tempatan dan juga Dato Jins Shamsuddin. Dato Jins dalam kenyataannya menyebut beliau bersedia menjadi calun sekiranya tidak ada yang layak untuk diketengahkan.
Kebimbangan yang jelas pada firasat para pemimpin atasan Umno ialah lagi lama ditangguh pengumuman nama calun akan membuka ruang lebih ramai yang mahu menawarkan diri. Siapa tahu kalau-kalau Osman pun mahu dipertimbangkan sebagai membalas jasanya sampai hilang jawatan Exco baru-baru ini. Kesemua kemungkinan yang disebutkan ini ada asasnya.
Satu perkara lagi BN tidak mahu dilihat sudah berjangkit dengan apa yang sedang berlaku diBukit Selambau dimana setakat ini sudah ada 12 orang menawarkan diri untuk bertanding sedangkan tarikh penamaan masih lagi jauh. Diantara tajuk-tajuk berita dari Bukit Selambau yang membuat saya geli hati ialah (1) A long list of people wanted to become Y.B. dan (2) A long list of projects for Bukit Selambau folks if MIC wins.
Kepada penduduk/pemastautin Bukit Gantang gendang sudah mula dipalu lengguk liuk tariannya terserah kepada anda.
Memang gendang dah dipalu dibukit gantang dengan kehadiran hampir 10,000 penyokong BN.Seluruh penyokong BN perak dengan beratus buah bas yang disewa khas.Ramai tu….duit pun pasti banyak dikeluarkan untuk membawa penyokong-penyokongnya.Bendera BN pun banyak yang dipacakkan.Tentu seronok najid melihatnya kalau dibandingkan masa kat kuala terengganu tempoh hari.Harap-harap sewa bas tu pasti dah bayar.Lupa pulak nak tanya hutang BN kat satu syarikat lebih RM200 juta lebih tu dah bayar ke belum.Pasal perangai BN ni kita sedia maklumlah kalau melibatkan pulus.Pasal calon Bukit Gantang ni pulak telah memberi Pas 7% undi kredit.Faham-faham ajelah tentang penyokong umno ni bila calon pilihan mereka tidak dipilih.Kesian pula kat timbalan ketua umno bahagian yang awal-awal lagi minta beliau di calonkan kerana katanya beliau lebih mengenali orang bukit gantang.Belum apa-apa lagi dah belaku pengolakkan sesama mereka walaupun bila kita tengok muka diorang senyum-senyum belaka tetapi kat belakang masing-masing memegang sebilas pisau.Entah berapa pulak timbalan ketua bahagian dapat.
Assalamualaikum Pakcik . Sorry…
This is out of topic ……….
MAnchester kena belasah teruk dengan Liverpool ..macamana tu????