Blogger Juga Terpanggil Untuk Memihak

Malam  kelmarin  saya  menonton  rancangan  Agenda  Awani  bentuknya   Diskusi  Umum.  Ahli-ahli   penal  ialah YB Nur Jazlan  dan YB  Mujahid.   Rancangan  yang  dipengerusikan  Sdra  Suhaimi   berjalan   dengan  begitu  menarik  sekali.

Seperti  biasa   bagi  yang  mewakili  Umno  akan  tetap  mengatakan  UMNO  sajalah  yang  mampu  mentadbir  negara  ini.    Apabila   beberapa  negeri  jatuh  ketangan  Pakatan Rakyat  para  pengundi  disalahkan  kerana  termakan  propaganda.

Apabila  satu  pihak  lagi  membangkitkan  yang Umno  tidak  ikhlas  membantu  negeri-negeri  yang diperintah  Pakatan Rakyat  sebagai  contoh  mengujudkan  JKKP  dinegeri-negeri  tersebut  pihak    yang  mewakili  Umno  tidak  menjawab  soalan  tersebut  malah   terus    highlight   aspek  pelabur-pelabur  luar  yang  datang   berdagang  keNegeri  Selangor  dan  Pulau  Pinang  kerajaan  pusat  tidak  ada  membuat   sebarang  sekatan.  Disinilah  kepintaran   orang-orang  umno ini.   Teknik-teknik   mematahkan  hujah  mereka  ada  50  tahun  pengalaman.

Dicelah-celah  penal   ini  ada  seorang  lagi   duduk  disebelah   Suhaimi.   Dia    mungkin  bertindak  sebagai  co-host   atau  mungkin  dia  seorang  Blogger.   Beliau  dilihat   ada  melontarkan  buah  fikirannya  yang  bernas  juga.   Tetapi  apabila  beliau   menegur   Kerajaan  Selangor   yang  membangkitkan  soal  tambang  kapalterbang  pemimpin  lalu  sebagai  membuang  masa   dan  tidak  tumpu  kepada  usaha-usaha  pembangunan,  jelas  sekali   beliau   memihak.    Mengapa  beliau  tidak  sanggup  menegur  pemuda umno Kedah   yang   mengadakan  beberapa  tekanan  kepada  Kerajaan Negeri?   Tidakkah  tindakan  mereka  itu  juga  boleh   membantutkan  usaha-usaha  kerajaan   negeri  membela  nasib  rakyat?

One Response to Blogger Juga Terpanggil Untuk Memihak

  1. Pengasas says:

    Salam saudara AhmadZawawi,
    Saya tak sempat tengok rancangan tu.
    Kira ok lah mau juga jemput wakil PR. Sebelum ni tak ada peluang.
    Mau tak mau, bloggers dah jadi komuniti baru dalam masyarakat kini. Dah ada yang kena tangkap pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: