Singkatan-singkatan seperti PKR, PRK, RPK nampak macam ada persamaan tetapi sebenarnya setiap satu mewakili institusi masing-masing. PKR adalah sebuah Parti Politik yang semakin hari semakin mendapat tempat dihati rakyat. Manakala PRK ialah satu aktiviti yang diselenggara oleh Suruhanjaya Pilihanraya bertujuan mengisi kerusi-kerusi yang kehilangan penghuni. Bagi menjelaskan RPK pula ianya adalah nama seorang seliberiti yang tidak perlu diperkenalkan. Bila disebut namanya orang akan terbayangkan Internet dan bila dibicara tentang Intenet orang akan terbayangkan dirinya.
Cerita diatas berkait terus dengan perihal jenama atau lebih difahami bila disebut “Branding”. Pengaruh “Brand” telah begitu sebati dengan masyarakat umum. Lihat saja pada satu contoh produk Pengguna iaitu Ubat Gigi Colgate. Bila membeli kita hanya sebut “colgate”. Jika kita memerlukan ubat gigi jenama lain maka kita kena bersedia dengan maklumat tentang produk tersebut seperti keluaran siapa, dimana boleh didapati, adakah produk tersebut disahkan halal dan sebagainya.
Begitu juga jika sekiranya sesuatu jenama yang telah ujud sekian lama. Apabila telah usang dimakan usia ia sangat perlu kepada pembaharuan. Orang-orang sekarang menyebutnya sebagai “rebranding”. Untuk terus bersaing kaedah perlu dalam penjenamaan baru mesti digunapakai.
Begitu jugalah yang diharapkan kepada parti-parti politik. Jika tidak mahu tertinggal jauh dibelakang usaha-usaha “rebranding” hendaklah dilakukan dengan pantas. Saya nampak sebuah Parti yang telah lama ujud dalam negara kini sedang melakukan “rebranding” dengan cukup pantas iaitu Parti PAS. Perubahan yang ketara berlaku dalam PAS semasa PRU 12 ialah calun-calun yang mereka ketengahkan terdiri daripada berbagai profession dan pemimpin-pemimpin muda. Ianya pula diimbangi dengan para alim ulamak. Dengan memberikan pilihan sebegini pihak masyarakat akan berasa lebih berkeyakinan.
Bagi mereka yang masih berpegang teguh kepada “retorik” usang, tidak ada siapapun mahu menghalang. Para pemilih dihari ini terdiri daripada orang-orang yang berilmu pengetahuan. Mereka tidak semudah itu untuk percaya kepada janji-janji. Dan seperkara lagi mereka juga tidak pernah lupa tentang penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka. Untuk berlaku adil kembalikanlah hak kepada yang berhak.
dulu pas dilebalkan oleh umno sebagai parti kampung ataupun parti tok lebai tapi sekarang ni dia tak berani dah bawa isu tersebut.Pas sekarang dah jadi satu parti yang berjenama kerana susah sangat nak pilih calon dalam satu-satu piliharaya kerana terlalu ramai yang terpelajar tak macam umno yang terlalu susah nak pilih pasal depa ni suka cantas mencantas calon masing-masing.itilah perbezaan antara pas dengan umno.
Setuju sgt dengan pendapat pakcik dan musafirlalu , UMNO patut rebranding.
Mendengar Ucapan orang UMNO tak ubah mendengar siaran Filem P Ramlee yang diulang tayang berkali kali , dah boleh hafal skripnya…Contoh baru baru ini ..’Kami tak akan melakukan pembangunan Mi Segera’..rasanya dah banyak kali saya dengar.
Wahai orang UMNO berubahlah….soory pakcik pun tahu saya ini penyokong BN, masih menanti bila UMNO nak berubah.
Dan….
Nasihat saya untuk orang UMNO ,memang skrg ini BN menang secara teknikal (ye..ke)..tapi dari segi moral BN kalh. Bila ditanya pada orang sekeliling..tak siapa pun merasakan katak katak yang melompat itu melompat dengan hati yang ikhlas ..Semua dah tahu taktik BN…dari segi itu BN dah kalah…
Hukum dunia (dari pandangan mata saya) kalau dari segi moral U dah kalah ..alamat kemenangan yang dikecapi tak akan kekal lama…fikir fikirkan lah …
Dalam kajian tentang pilihanraya bukit gantang yang terbaru….Insyallah… Pas pasti menang.Semalam saya ada bersembang dgn Blogger Alhusseeyn tentang kajian yang saya lakukan,beliau pun terkejut dengan kajian saya itu.Beliau bertanya bagaimana saya boleh memdapat angka tersebut.Kemudian saya bagilah sikit tentang bagaimana saya dapat formula tersebut dan saya ada mengatakan yang saya hantar email kajian saya kat beliau,kat saudara dan beberapa lagi blogger yang say percayai.Rupa-rupanya semua email saya hantar tak sampai kerana ada masaalah daripada Yahoo.Walau bagaimana pun kajian saya .kita yang yelah lama berjuang didalam gerakan islam ini mestilah bekerja kuat bagi menunjukkan yang Pas adalah parti yang patut diikuti bukan sebagai parti altinatif.Kalau tak ada apa-apa masaalah saya akan emailkan semula kajian saya itu….Insyaallah
Yang penting jauhkan diri kita dari menyekutukan Allah yang Mengetahui lagi Bijaksana. Terima Kasih