Hari ini 12 Rabiulawal 1430 Hijrah. Seperti tahun-tahun sebelum dan telah berkurun-kurun lamanya amalan menyambut ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. diadakan secara besar-besaran dinegara tercinta ini. Seperti lazimnya kemuncak aturcara ialah perarakan oleh berbagai golongan masyarakat diIbu Negara Kuala Lumpur. Para peserta akan membawa beberapa sepanduk memuji-muji kebesaran Baginda Rasullallah.
Malangnya ketaatan tersebut hanya terdapat pada “show” nya sahaja. Jika benarlah Nabi Muhammad itu contoh dan tauladan mengapa kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral juga yang menjadi pilihan dan yang di lakukan. Lihat saja bagaimana rakusnya pihak-pihak dalam umno merampas kuasa diNegeri Perak dengan berselindung disebalik kehendak majoriti. Tidak jijikkah bersengkokol dengan wakil-wakil yang telah pupus maruah. Bagi golongan ini untuk mendapatkan kuasa tidak semestinya perlu mencontohi Nabi. Berbagai fatwa diujudkan untuk menghalalkan cara.
Apabila ada desakan yang meluas dari rakyat meminta dimansuhkan PPSMI puak-puak mereka ini menempelak balik dengan mengatakan ada pihak yang menghasut rakyat dan menuduh mereka-mereka adalah parti pembangkang nak cari sedikit mileage. Untuk pengetahuan Menteri yang berkenaan bantahan yang dimaksudkan ini sebenarnya telah dibuat awal-awal lagi. Apa yang difahamkan semasa ianya mahu dimulakan dulu, tenaga pengajarnya pun belum ada. Jangan fikir rakyat ta` tahu semua itu. Pelik betul pemimpin gomen ni, ambil satu-satu keputusan tidak berfikir panjang. Bila dikatakan mereka terdiri daripada pak-pak hangguk, tahu pula mereka marah. Jika betullah para graduan kita tidak mendapat pekerjaan disebabkan tidak ada kemahiran dalam Bahasa Inggeris mengapa tidak diusahakan kelas-kelas ekspres untuk menguasainya.
Yang jelas pihak berwajib mahu lepas tangan daripada mengatasi masaalah pengangguran. Jadi mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan kekurangan tersebut dengan dasar jangka panjang (kononnya). Maka dipaksalah murid-murid sekolah belajar Maths dan Sains dalam bahasa inggeris.
Sebaik saja mengetahui yang sebilangan besar rakyat berhimpun untuk menyampaikan Memorandum agar pihak Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong memahami keluhan rakyat, Perdana Menteri segera mengarahkan agar perkara tersebut ditangani dengan SEGERA. Jika tidak diselesaikan cepat ditakuti berbagai lagi masaalah akan timbul. Tetapi berbeza sekali response dari Menteri yang bertanggungjawab. Beliau secara sinis memberikan ulasan yang dasar tersebut telahpun ujud lebih enam tahun lamanya – mengapa baru sekarang nak bising?. Apabila diminta komen kenyataan Perdana Menteri yang memihak kepada rakyat, beliau (menteri) menyatakan sebarang kajian mestilah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Menurut beliau lagi semua keputusan telah diperolehi didalam sidang-sidang meja bulat. Dan lagi beliau menyelar parti- parti lawannya sebagai dalang.
Daripada analisa kepada senario diatas, nampaknya kata-kata P.M. sudah tidak diendahkan lagi. Benarlah Pak Lah sudah mengambil keputusan untuk bersara. Selagi beliau belum “punch out” untuk yang terakhir kalinya janganlah terlalu angkuh dengan menunjukkan Jalan Keluar kepada Memanda Perdana Menteri.
Que Sera ..Sera….
Mat Keris ni juga kata demo ni didalangi pembangkang. Dah puak-puak UMNO Keris ni kerisnya dah tumpul dan patah.. Nak buat macam mana? Mana UMNO di saat rakyat memperjuangkan Bahasa Melayu? Mana pemimpin UMNO yang bercakap soal ketuanan Melayu, nak memartabatkan bangsa Melayu? Mana? Apa salahnya bersama-sama pembangkang bersatu untung menentang usaha menguburkan bangsa Melayu. Mungkin persidangan UMNO sudah dekat. Pemimpin UMNO tak boleh buka mulut walaupun dalam hati tak setuju juga dengan PPSMI. Aku nak tengok apa yang pemimpin UMNO nak cakap semasa ucapan tu nanti. Terbelakah Bahasa Melayu? Jika tidak, lebih baik berpidato dalam Bahasa Inggeris saja. UMNO yang penakut, pembangkang pula disalahkan. Apa punya menteri la.. Dah baca kandungan Memorandum tu?
Di negara mana pun sekiranya saru akta atau program yang diadakan kalau tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat, apatah lagi merugi dan menyusahkan rakyat ianya pasti akan berkubur tidak berninsan. Dari mulanya lagi sudah tidak betul sampai habis pun tidak akan menjadi betul.Jangan terus menipu rakyat. Inilah perangai UMNO. Atas nama bangsa, atas nama agama, atas nama masa depan negara dan rakyat konon. Tapi dengan ikhlas cuba tanya siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan.Sekedar nak bertanya,betul tak semua ini disebabkan ‘survival’ MSC (Multi.media Super Corridoor bukan sebab penguasaan bahasa?
mereka bukannya monyet atau beruk.. mereka adalah rakyat malaysia.. demi bahasa melayu dan ilmu matematik dan sains untuk anak-anak di desa sana.. usah ambil pandangan dari mereka yang tinggal di bandar dgn gya hidup yg mewah.. walaupun melayu, tetapi kecil2 anak mereka sudah bertutur dlm bahasa inggeris.memang la mereka setuju.. bagi mereka anak2 nelayan,petani(tradisional),buroh2 kasar bagaimana.. nak bayar yuran sekolah satu masalah besar,inikan nak hantar anak ke tuisyen?? nak memberi kefahaman matematik ndan sains dalam bahasa melayu begitu memeritkan.. inikan pula dalam inggeris.. kesian cikgu2 turut terkial2.. inikan pula anak2 yg dok di hulu mcmna nak paham?? atau sengaja kerajaan nak menjahanamkan anak2 desa dan hulu ni ke?? senang la mereka nak perbodoh bodohkan lagi?? aku langsung tak suka dgn hishamudin ni la dari dulu.. kalau sepupu najib jadi pm naik lemak ler dia
Mendakwa tidak berkomproni dengan maruah bangsa tetapi kesampingkan bahasa sendiri dalam PPSMI. Dia tahu ke apa yang dia ucap tu. Nak loyar buruk pun biar kena masanya.
Juga mendakwa tetap mempertahankan bahasa Melayu walau PPSMI diteruskan. Maknanya dia pertahankan bahasa Melayu daripada terus dimaju dan dimartabatkan.
Mahathir pula bercakap seperti negara ini tidak pernah mempelajari bahasa Inggeris di sekolah. Dihujahkan China dan KOrea mula mementingkan bahasa Inggeris. Selama ini kita tak pernah pentingkan BI ke.