Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah dinaikan ketaraf Bandaraya berkuatkuasa 1 Janari 2008. Peristiharannya telah berlansung dengan gilang gemilang. Bandaraya Warisan Persisir Air nama diberi. Kita semua maklum sesuatu bandar itu perlu menepati beberapa kateria tertentu sebelum boleh dipertimbangkan untuk naik taraf. Jelaslah yang sekarang ini rata-rata “city dwellers” diKuala Terengganu adalah orang-orang yang telah maju.
Apa yang peliknya BN mungkin terlupa atau seperti tidak mahu mengaku yang Kuala Terengganu ini bertaraf BANDARAYA. Jadi mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil, berbagai janji diIklankan untuk memikat hati pengundi. Baru-baru ini Menteri Besar mengumumkan bantuan RM 1 Juta kepada pengusaha Bas, 25,000 murid-murid sekolah berumur 11 tahun akan dibekalkan seorang satu Laptop. Dalam keadaan JKKK (JKKKP) rata-rata masih belum celik IT, budak-budak Darjah Lima disuruh pikul benda berat tu.
Ada yang mengatakan Pilihanraya Kecil ini akan menentukan samaada rakyat memilih Hudud atau kekal Secular. Saya tidak setuju terhadap analisa-analisa sedemikian. Alasannya untuk melaksanakan hudud Perlembagaan Malaysia mesti dipinda. Perkara yang melibatkan Perlembagaan tentu sekali rumit. Dengan kuasa Allah apa saja boleh berlaku bila sudah sampai ketentuannya.
Pada analisa saya penduduk (pengundi) Kuala Terengganu yang bergelar Warga Kota pasti tidak mahu ketinggalan dari rakan-rakan diBandaraya lain dalam negara seperti di Kuala Lumpur dan Ipoh yang telah lama percaya kepada perubahan.
Sebagai sebuah Bandaraya yang masih muda, banyak isu-isu prasarana perlu diatasi selain dari memberi RM 1 Juta setiap Pengusaha Bas. Hanya wakil dari kalangan pembangkang yang mampu membangkitkan Isu-Isu tersebut untuk diambil tindakan.
Memandangkan calun BN akan dilantik sebagai Timbalan Menteri jika terpilih maka beliau tentulah banyak tugas-tugas negara yang perlu diutamakan.