Malam ini saya tinjau Surat Khabar Online. Salah satu tajuk yang menarik perhatian ialah NST Online mengenai perkara berikut:
Kota Baru, Isnin
TPM Datuk Seri Najib berkata: PAS dilihat sengaja membangkitkan Isu yang telah basi apabila ia membawa kembali persoalan perlaksanaan Hukum Hudud dengan mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
Berita dalam Akhbar Berita Harian 22.12.08 pula memuatkan kisah berikut:
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membina 17,000 unit rumah PPRT membabitkan RM500 Juta diseleruh negara tahun depan.
Berita dalam Akhbar Perdana juga sewaktu menjelang Pilihanraya ke12 bertajuk: RM590 Juta Basmi Miskin. Antara lain dalam berita tersebut Perdana Menteri berkata:
“Membasmi kemiskinan tegar adalah janji kerajaan dan diharap dicapai menjelang 2010. Kita juga mahu mengurangkan kemiskinan relatif”.
Bagi saya kesemua berita diatas mempunyai merit. Tidak nampak ada salahnya diulangi selagi ianya belum tercapai.
Salam,
Tahniah kerana dah siap kertas-kerja projek KAMAR.
Meeting 27hb minggu depan saya tak dapat hadir.
Namun 24hb saya akan berada dalam kawasan Bukit Chandan.
Terima kasih Doktor kerana selalu membakar semangat saya.
Seperti yang pernah saya katakan saya akan curahkan segala
keringat untuk KAMAR.
Saya mahu disuatu hari nanti segala ilmu politik, perdagangan,
segala bentuk kajian yang betul-betul mutlak hanya terdapat didalam
KAMAR. Terima kasih.