Melalui gempa bumi berukuran 9.0 skala richter Tsunami telah hadir dikepulauan Sumatera (Acheh), Pusat Peranginan Phuket diThailand manakala diMalaysia ia datang keKedah, Pulau Pinang dan Perak.
Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh hari ini 4 tahun dahulu. Kita pasanglah secanggih mana sekalipun Loceng Amaran jika ia hendak datang loceng tersebut juga menjadi kelu seribu bahasa. Yang berada jauh dari tempat dilanda tsunami akan hanya mampu melihat saja. Semua ini terjadi adalah atas kehendak Allah Yang Maha Berkuasa. Satu lagi peristiwa yang menunjuk akan kekuasaan Allah ialah kejadian banjir besar diJohor. Dikota yang begitu tinggipun dilanda banjir juga.
Tidak beberapa lama sebaik sahaja banjir diJohor pulih, tsunami hadir lagi – tetapi kali ini melalui pilihanraya. Akibat mengabaikan kebajikan untuk rakyat terbanyak, kuasa difederal susut dibawah 2/3 dan 4 + 1 negeri hilang sekelipmata.
Ada beberapa theory tentang masa depan politik ini. Yang paling popular empat tahun lagi (PRU13) difederal akan bertukar Penjaga dan beberapa negeri lagi akan mengikut langkah 4 + 1. Bagi saya theory apapun jika Allah tidak mengizinkan ia tidak mungkin berlaku.
Yang jelas jika tidak ada usaha keras dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat jelata, segala khazanah hanya mahu diagih-agih di- kalangan mereka yang berjasa kepada pemimpin tertentu dan berikrar akan terus memberikan sokongan manakala pejuang-pejuang sebenar dibiar dan tidak ada tempat dihati – TUNGGULAH untuk dianugerahkan gelaran Pemimpin Sepenggal. Satu pengiktirafan yang jarang-jarang diterima oleh pemimpin dunia.
Selepas itu bolehlah balik minum sekolay dengan pejuang-pejuang yang tadinya dipinggirkan.