Baru-baru ini terpampang didada akhbar berita tentang penemuan bangkai kepala babi satu dihadapan rumah sorang pesara dan satu lagi tergantung diatas pagar sekolah.
Saya difahamkan kejadian tersebut telahpun dilaporkan kepada pihak polis. Saya yakin dan percaya pihak berkuasa dapat selesaikan kes itu.
Pagi ini sambil minum pagi terbaca saya dalam akhbar Berita Minggu yang melapurkan upacara membakar replika babi. Dari gambar yang disiarkan saya lihat replika-replika babi tunduk saja dan saya rasa itulah sebabnya mereka tidak perasan yang gelagat mereka sedang dirakam. Jika sekiranya mereka sedar saya percaya babi-babi tu dah berasap tinggalkan tempat itu.
Orang yang membakar replika itupun saya kenal betul. Maksud saya, selalu benar muncul dikaca TV, sebagai penceramah, panel forum dan sebagainya.
Hairan betul saya orang-orang sekarang ni. Walaupun nampak bijak kerja-kerja bodoh seperti itu sajalah yang mereka suka buat. Sebagai contoh tidak beberapa lama dulu, itupun jika kita masih belum lupa. Kisahnya ialah seorang bapak pemerintah menghadiahkan “Penyapu” sebagai “token” menilai perkhidmatan pegawai kerajaan. Hatinya cukup puas tetapi pegawai tersebut jelas tidak sanggup menanggung malu lantas memohon bersara pilihan. Akibat dari keangkuhannya itu suku sakatnya hilang negeri dan beliau hilang jawatan.
Saya menulis ini semua bukan hendak discredit sesiapa hanya sekadar peringatan agar perkara mengReplikakan sesuatu tidak menjadi ikutan masyarakat kita. Nantinya banyak pula bisnes Replika yang muncul. Panduan kepada pembeli mudah saja “Beli dan adakan upacara membakar”.
Bercakap dari aspek keselamatan “Pembakaran terbuka boleh mendatangkan bahaya”.
Salam,
Kerja bodoh tu memang banyak. Berdiri tegak, angguk kemudian mara ke hadapan dan letak kalungan bunga kat batu, pun bodoh juga. Suatu masa dulu, kapal terbang baru sampai, kepalanya ditepung tawar, pun bodoh juga. Merenjis air mawar dan menabur beras kunyit pada kepala kereta api, lagi bodoh.
Anugerah gelaran Tan Sri pada si mati yang dah reput dalam kubur, pun bodoh bin bangang.
50 tahun UMNO memerintah, pemimpin mereka banyak lakukan kerja-kerja bodoh bin bangak.
Itu sebab Islam larang kerja-kerja bodoh tu, kerana sebahagiannya adalah syirik.